WARGA SCP

Selasa, September 27, 2011

MAKKAH : SUATU KETIKA DULU






polis duk meronda
berterabur peniaga haram jalanan

waktu wukuf, tiada seinci pun dataran ni tanpa penghuni

kehausan


towkey ambik duit dari atas bumbung van

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Alhamdulillah


Aku begitu tertarik dengan suasana dan panorama di Jabal Rahmah pagi ini.
Yang pasti suasana tenang, tidak bersesak2 ini hanya sementara dan kembali rancak dengan pengunjung apabila musim haji tiba yang mana persinggahan di sini pasti menjadi salah satu agenda .

Bagi jemaah dari negara timur tengah, Jabal Rahmah akan menjadi tumpuan mereka apabila tiba hari wukuf nanti manakala jemaah haji negara kita akan ditempatkan jauh dari jabal rahmah , tapi yang penting masih lagi terletak di kawasan Arafah .


"apa yang di tenung tu"



Insyallah,
kalau dipanjang umur dan dimurahkan rezeki, kami sekeluarga 4 beranak pada tahun 2020 akan berwukuf di sini lagi setelah kali terakhir kami berdua pak itam dan mak itam menjadi tetamu Allah 4 tahun yang lalu.

Balik je dari sana masa tu, awal tahun 2008 terus kami mendaftar semula termasuk kedua putera dan puteri kami dan masa tu masa menunggu hampir 12 tahun , sekarang dengarnya sampai 18 tahun juga masa menunggu .

Diam tak diam 4 tahun lebih sudah berlalu dari masa kami mendaftar dan hanya tinggal 9 tahun je lagi menjelang 2020. Moga kami diberi usia yang panjang, dimurahkan rezeki , diberikan kesihatan yang baik dan dapat mengecapi saat2 indah di sana nanti pada tahun 2020 nanti.

Itulah antara salah satu doa ku ketika berada di Multazam agar kami dijemput ALLAH menjadi tetamunya lagi dan sekiranya panggilan illahi datang dahulu, gantikan syurga buat kami.

tempat melontar riyal

sesat rasanya jemaah ni takjumpa bas

haus , boleh beli air kat sini

Terkenang arwah datuk dan nenek ku dahulu yang pasti tanah Arafah pernah menjadi saksi ketika mereka menjejakkan kaki ke sini dahulu semasa berwukuf. Masa tu menurut apa yang diceritakan mereka, kedatangan ke tanah suci Makkah ibarat pergi yang tidak kembali kerana pada masa itu, kemudahan yang tersedia hanya pada paras minumun.

Kuota masa tu takde , tapi nak kena pegi ada yang sampai kena jual lembu dan kebun semata2 nak menyambut panggilan dan jemputan dari Allah . Berbanding sekarang , walaupun punya kemampuan, belum tentu lagi dapat menunaikan haji kerana kekangan kuota haji ni.

Arwah datuk ku pernah beberapa kali menunaikan haji hanya menaiki kapal sahaja di Pelabuhan Kelang atau masa tu Port Swettenham . Segala kelengkapan dimuatkan dalam peti kayu . Semua ada kerana perlu memasak sendiri dalam pelayaran nanti. Tu yang buah kelapa pun habis diangkut bersama.

Bila ada jemaah yang meninggal dalam pelayaran yang memakan masa hampir 3 hingga 4 minggu tu, jenazah akan disempurnakan di atas kapal juga lalu diletakkan di atas sekeping kayu dan diikat pula kayu tersebut dengan batu agar tidak timbul dipermukaan laut nanti apabila dilepaskan di lautan biru.. Dasar lautlah akan menjadi tanah perkuburan mereka ketika itu.

Setibanya di pelabuhan Jeddah pula , penggangkutannya pula adalah unta menuju ke kota Makkah . Masa tu jemaah haji tak seramai sekarang .

Itulah sedikit gambaran yang terlintas di hati ku ketika aku berada di Jabal Rahmah ini leka memerhatikan suasana sekeliling sambil aku merakamkam beberapa foto sebagai koleksi peribadi ku .

Allahuakhbar
Aku sungguh bersyukur kerana masa kini, kita semua tidak perlu melalui kepayahan sebagaimana dilalui dan dihadapi datuk dan nenek kita terdahulu.

Apa yang hendak aku kongsikan di sini ialah kepada bakal tetamu2 Allah, banyakkanlah bersabar atas segala ujian Allah samada kesenangan atau kesusahan ketika berada di sini kerana kalau dikenang2 jemaah dahulu, kesukaran yang mereka hadapi lebih hebat dari sekarang . Jadi janganlah cepat merungut dalam hati hanya kerana ujian2 kecil yang Allah berikan pada kita si sana nanti.

Sebelum pergi, tinggalkan segala pangkat, darjat atau gelaran di tanahair kerana kita sama sahaja di sisi Allah sebagai tetamu Allah. Jadi gelaran dato atau tan sri , towkey niaw atau tuan pengarah, dr atau professor atau apa sahaja jangan di bawa sekali kerana itu semua panggilan di dunia dan tidak akan diguna pakai apabila kita di soal oleh Mungkar dan Nakir nanti.

Alhamdulillah.

penuh dengan jemaah

meriah kawasan persekitaran

sluruppppppp

"mana bas aku ni"

foto ni bapak suka
tengah skodeng puncak jabal rahmah dari jauh
bapak pula dok skodeng dia pulak


mutawif kami dok melilau cari jemaah
yang tak jumpa bas

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,

    Melihat kepada gambar-gambar di blog Tn Hj membuat hati merasai kerinduan untuk beribadah di MH...

    Alhamdullilah Tn Hj dapat mendaftar utk pergi menunaikan Haji dijangkakan 2020 sekembali drpd menunaikan haji 2008 tetapi bagi kami jemaah yang menunaikan haji pada tahun 2010 hanya dibenarkan utk mendaftar selepas 5 tahun.....Muga ALLAH murahkan rezeki dan permudahkan permohonan hambamu ini untuk mengunjungi dan beribadah di MH.....

    BalasPadam
  2. CR,

    Saya suka semua foto, dan citer yang paling saya suka pasal pergi haji ikut port swettenham tu....saya pun pernah hantar mak long saya gi haji tahun 1973....sekarang baru saya faham kenapa Allah bagi saya peluang gi hantar orang naik haji tahun 1973 tu...Alhamdulillah

    BalasPadam
  3. nenek kakpah dulu pergi naik kapal. Masa tu kpah masih sekolah rendah, hantar kat port swetnhm. Memang habis segala benda di hangkut. Emak dan abah kpah naik haji semasa pertama kali mesia gunakan kapalterbang. Memang dulu2 kemudahan agak minima ek. Tak macam sekarang.
    Masa kpah mula2 pergi haji dulu tahun 87, arafah masih togel. Satu pokok pun tak ada.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tn Hj,

    Kita sama sahaja bila berpakaian ihram, tinggalkan semua pangkat. Tapi kenapa masih ada lagi yang bertanya 'awak ikut pakej ke muasasah'

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam hj pesona

    rindu yg tidak berkesudahan

    moga kita dijemput lagi menjadi tetamu Allah

    BalasPadam
  6. en rosli

    alhamdulillah

    apalah sangat kepayahan sekarang berbanding zaman datuk nenek kita dahulu yang sungguh mencabar semasa mengerjakan haji dan umrah

    kita ambil ia sebagai ikhtibar
    insyallah

    BalasPadam
  7. kak pah

    1987 ,lama benar tu
    untung kak pah kerana dapat merasai suasana dan situasi dari tahun 80 han dan sekarang ni

    tentu banyak kenangan masa tu yang dalam serba kekurangan berbanding sekarang

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam tanpa nama

    alhamdulillah

    satu persoalan yang bagus utk diperbincangkan,

    itulah kejadian Allah ke atas manusia ni yang mempunyai pelbagai ragam dan persoalan yg tidak boleh kita nafikan

    jika kita ada sedikit kelebihan rezeki yang Allah bagi, tidak salah memilih pakej , tapi janganlah kita membanding2 dan membezakan pula dgn org lain dan kita sepatutnya tidak lari dari niat dan tujuan asal kita ke sana

    tu belum lagi sesetengah jemaah yang dalam satu pakej juga tapi kerana pakej yang digunakan mahal dan ekslusif, jadi ia merasa megah dgn apa yang dibayar sehingga timbul perasaan riak pula

    sebagai perbandingan , saya ambil contoh ni apabila kita cuba membanding2kan dan membezakan

    2 orang anak yang sebaya tamat peperiksaan SPM , seoarang berjaya melanjutkan ke unversiti di luar negara manakala seorang lagi hanya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan

    jika ada perasaan saling bersyukur akan nikmat yang Allah kurniakan, situasi di atas pasti akan membawa kegembiraan kepada kedua2 ibu pelajar tadi

    tapi sebeliknya jika ibu yang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara itu bertanya,

    ibu a :"anak awak dapat belajar kat mana"

    ibu b: "di universiti sini je"

    ibu a:" kat sini je " (dgn nada sinis dan menyindir)

    pasti pelbagai tafsiran dan konflik timbul dengan pertanyaan sedemikian rupa




    insyallah saya cuba kupas nanti dalam n3 yang akan datang

    BalasPadam