WARGA SCP

Isnin, September 26, 2011

MAKKAH : 3 SERANGKAI part 3 - Solat sunat di Hijir Ismail

2 org jemaah yg dihadapan ku ni telah diminta petugas MasjidilHaram
untuk beredar kerana kedudukannya telah melebihi kedudukan saf imam nanti
bila solat isyak dimulakan
kedudukan aku pula sebaris saf pertama
depan dinding Hijir Ismail


Kerana waktu Isyak hampir masuk ,kelihatan petugas Masjidil Haram sedang mengarahkan jemaah yg berada di Multazam beredar dan kerja pemasangan mikrofon dilakukan di situ. Nampaknya malam ni, imam akan mengetuai solat isyak di hadapan Multazam .

Selepas sahaja selesai berpaut dan berdoa di Jenang Multazam tadi , aku terus mencari tempat dan dapat aku di saf pertama
walaupun bukan di belakang imam malam tu, tapi saf pertama di hadapan dinding Hijir Ismail.Kira kedudukan ku , kalau jeling kiri , aku nampak imam dan kalau imam jeling kanan, dia nampak aku .

Lepas selesai solat isyak, imam dan bilalnya pula memasuki Hijir Ismail untuk solat sunat sambil aku menunggu dengan sabar dalam lebih kurang 5-6 minit juga. Selesai sahaja mereka keluar dari kawasan hijir ismail, baru pintu yang dihadang menggunakan plastik dibuka.

Aku terus menuju ke dalam Hijir Ismail dengan izin Allah jua walaupun jemaah di dalamnya ramai dan padat. Melakukan solat sunat dan berdoa di dalam hijir ismail juga memerlukan kesabaran kerana kekadang nak rukuk pun terhalang dengan jemaah , begitu juga dengan dan sujud di situ.


aku menunggu dengan sabar
tepi hijir ismail
hingga selesai imam dan bilalnya solat sunat di dalamnya


Tapi solat di dalam hijir ismail seumpama bersolat di dalam kaabah itu sendiri , jadi semua halangan dan rintangan aku ketepikan dan aku juga sempat berdoa di situ semasa sujud terakhir kerana kalau jemaah terlalu ramai, petugas di situ dan polis tidak memberikan kita kesempatan berdoa selepas solat di dalamnya. Jadi lebih baik kita berdoa semasa dalam sujud terakhir .

Alhamdulillah,

tu tengah tunggu nak ayomark,gesek, go
pintu hadangan dibuka ke dalam hijir ismail

Allah dah makbulkan ketiga-tiga hajat ku.
Mengucup Hajarul Aswad, Melekap dan berdoa di bawah jenang Multazam serta solat sunat di Hijir Ismail.

Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, aku lanjutkan pula dengan tawaf sunat selepas itu kepada Allah kerana dengan kehendaknya jua, aku dapat merealisasikan ketiga2 hajat ku ini yang hanya terdetik semasa aku menanti solat magrib tadi .

pancur emas,
salah satu lagi tempat mustajab berdoa di bawahnya


Aku pulang ke Al Massa dengan penuh kegembiraan malam tu hampir jam 10.00 malam juga dengan baju yang kuyup tadi akibat peluh dah naik kering .

Balik , mandi dan macam biasa aku akan menghabiskan masa ku di tingkap kamar ku memandang kawasan Haram tanpa rasa jemu sebelum aku melabuhkan mata ku

Alhamdulillah




Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahuakbar.


16 ulasan:

  1. Assalammu'alaikum..
    Alhamdulillah syukur..
    Subhanallah, Allahhuakbar..
    InsyaAllah..Ameen.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    Alhamdulillah, diberi kesempatan beribadat di Hijir Ismail

    moga semua doa2 tu akan dimakbulkan oleh Allah

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Laibbaikallahummalabbaik....

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...dpt beribadah di tpt mustajab...

    BalasPadam
  5. cantik gambar header tu.
    kpah pergi haritu orang terlalu ramai. nak solat sunat tawaf pun kena halau jauh-jauh kat tepi tebing.

    BalasPadam
  6. Assalam,

    Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!!

    Semuga dapat doakan saya & keluarga termasok emak di tempat tempat mustajab agar dapat menjejakan kaki ke rumah Allah hujung bulan desimber ini.

    AJ

    BalasPadam
  7. CR,

    Tahniah....tiga serangkai semua dapat. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Tuan,

    Alhamdullilah...tuan dapat bersolat di dalam kaw. Hijir Ismail dengan penuh dugaan dan rintangan & semuga doa2 tuan dimakbulkan oleh ALLAH...sebagaimana dugaan yang tuan hadapi begitulah juga dengan saya apabila hendak bersolat sunat di Hijir Ismail

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam mamasita

    alhamdulillah kak

    semua dengan izin Allah

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam atuk

    moga segala doa2 kita diterima Allah hendaknya

    insyallah

    BalasPadam
  11. mamawana

    air mata menitis dan sebak bila kali pertama dijemput menjadi tetamu Allah dulu

    BalasPadam
  12. kak nab

    alhamdulillah kak

    semua dari Allah jua

    BalasPadam
  13. kak pah

    cabaran semasa bulan ramadhan di sana tentu menjadi kenangan terindah kak pah

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam AJ

    insyallah

    moga kita semua dijemput lagi menjadi tetamuNYA

    BalasPadam
  15. en rosli

    Alhamdulillah

    bersyukur sangat kerana dapat ketiga2 nya serentak

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam tuan hj pesona

    alhamdulillah

    pasti akan kekal dalam ingatan kita kenangan semasa berada di sana

    walaupun bersesak2 dan berhimpit2, kita tetap nak ke sana lagi

    BalasPadam