بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
Alhamdulillah
Kita sambung cerita semalam .
Aku sorongkan muka ku ke dalam Hajarul Aswad dan rasanya hampir 30 saat juga aku dapat mengucup di situ tanpa mempedulikan suara hiruk pikuk dan jeritan belakang, kiri dan kanan yang tengah berebut2 nak masuk dan mencelah bawah kedua ketiak ku laksana nak buat "scrum" dalam permainan ragbi , tapi mereka tak perlu risau pasal ketiak ku mmg sentiasa harum dengan deodorant.
Semasa mengucup Hajarul Aswad, kedua tangan ku memegang erat kedua kain kiswah kaabah dibuat seakan simpulan besar sambil kedua tangan dan siku ku di rapatkan sedikit. Kalau tak nanti sedang aku asyik mengucup Hajarul Aswad, ada pulak pak arab syok mengucup pipi dan leher aku yang disangkakan Hajarul Aswad. Semua itu boleh berlaku dalam keadaan keributan dan kelam kabut di situ sebenarnya.
Aku sempat berdoa semasa mengucupnya dan ditelinga ku kedengaran sendiri suara ku seakan bergema dan juga kedengaran sekali nafas ku turun naik di telinga ku kerana ruang hajarul aswad tersebut bukanlah besar sangat dan cukup2 untuk muka je.
Riuh rendah di belakang , kiri kanan janganlah cakap , mengalahkan Pasar Borong Selayang di waktu dinihari tengah lelong udang geragau.Tapi aku tak faham apa yang mereka katakan. Tolak menolak terus berlaku .
Tadi fikir nak masuk ,
sekarang aku pikir nak keluar pula kerana pengalaman aku yang lepas2 menyaksikan bagaimana ada jemaah yang melambung terhambur keluar selepas mengucup hajarul aswad akibat asakan dan gelombang manusia di sana.
Kalau wartawan sebelum ini mengkategorikan bumi Somalia sebagai salah satu tempat paling bahaya di dunia , aku rasa kalau wartawan tu menyaksikan sendiri bagaimana keadaan di penjuru Hajarul Aswad , pasti insaf wartawan tu .
Selepas aku lepaskan kuncupan ku , maka berebut2 pula entah berapa banyak muncung dan kepala menyorong2 ke arah hajarulaswad hingga seorang jemaah yang besar tubuh badannya yang berpakaian ihram jatuh terlentang betul2 di hadapan hajarul aswad dan menjerit2 kerana jemaah lain tidak perasaan hingga bibir dan mulutnya berdarah akibat terpijak .
Kalau nasib tidak menyebelahinya dan dah sampai hukum Allah, aku rasa jemaah tersebut pasti menemui ajal terpijak di situ.
Macam aku katakan,
Nak keluar lepas kucup di hajarul aswad pun besar juga cabarannya dan dugaannya. silap hari bulan boleh melambung wooooo
Alhamdulillah , misi terlaksana dengan izin Allah jua.
Selepas keluar sahaja dari penjuru Hajarul Aswad, aku terus menunggu dengan penuh sabar hanya selangkah dari bawah jenang Multazam. Ketika itu ramai jemaah yang sedang melekap dan berdoa di situ yang merupakan salah satu tempat paling mustajab berdoa. Aku takkan lepaskan peluang kerana jasad dan roh ku bukan selalu dapat menjejak ke tanah suci .
selepas sahaja aku keluar dari situ
Penantian ku akhirnya berakhir apabila kelibat seorang jemaah kelihatan mahu keluar dari situ dan sepantas kilat aku pula menyelit dan terus berpaut di jenang Multazam . Aku memang suka kalau ada asakan dari belakang di Multazam kerana secara tak langsung , badan ku akan terdorong melekap di dindingnya sambil berpaut dengan kedua belah tangan ku.
Aku terus berdoa dan terus berdoa dan terus berdoa berulang kali tanpa jemu di situ sehingga aku merasakan peluh mula menitik membasahi keseluruhan anggota badan ku dari kepala hinggalah terasa sejuk di kaki ku akibat peluh yang mengalir .Biasanya orang berpeluh kat dahi , leher , badan , tapi kali ni aku rasa peluh aku keluar dari seluruh badan. Baju ku telah kuyup dan aku tidak hiraukan semua itu. terus aku berdoa sehingga aku berasa puas dan apa yang ku harapkan doa2 ku itu diterima dan dimakbulkan Allah .
Semasa aku hendak keluar dari Multazam, aku terus menarik seorang jemaah yang begitu taat menunggu dibelakang ku mengantikan tempat ku . Tercapai sudah hajat ku yang kedua . Lihat sahaja jam yang kupakai,
Ya Allah, hampir 1/2 jam rupanya aku dah melekap di jenang Multazam, mana tak semua keluar peluh jantan dan betina akibat kepanasan di asak dari belakang.
Namun aku merasa puas sekali.
Perasaan ketika itu, sukar untuk digambarkan kerana hanya sesiapa yg pernah berpeluang berada di situ yang mengetahui betapa manisnya saat dan detik melekap di jenang Multazam yang pasti sukar digambarkan dengan perkataan kerana disitulah salah satu tempat yang sangat mustajab berdoa.
Bagi sesiapa yang belum pernah berpaut dijenang Multazam, pasti agak sukar untuk pertama kali kerana kedudukannya agak tinggi . Tu sebab kalau kita lihat bila depa nak masuk dalam kaabah setahun sekali , depa kena gunakan tangga kayu yang bergerak tu.
Lagi satu tempat kita berpijak bukanlah rata dan senget . Jadi mudah nak jatuh. Tu sebab kalau ada kalangan jemaah yang menghimpit kita dari belakang adalah lebih baik kerana dada kita terdorong dengan sendirinya melekap di dindingnya.
Pengalaman ni takde di mana2,
Pengalaman ni ada kat Baitullah je dan sungguh istimewa,
Bagi jemaah lelaki yang berhajat melakukan, cubalah sementara berpeluang dan kudrat masih ada .
Rasailah sendiri kemanisannya berpaut , melekapkan dada dan berdoa dijenang Multazam kerana di situ salah satu tempat mustajab berdoa .
OK, 2 serangkai dah dimakbulkan Allah ,
tinggal lagi satu je .....
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamAlhamdulillah
Allah makbulkan
moga doa yg dipohon akan dimakbulkan oleh Allah jua
saya belum kesempatan lagi untuk merasai suasana sebegitu
mukin Allah memberi peluang dimasa akan dtg semasa menjadi tetamuNya nanti...Insyaallah
Wassalam
sungguh dramatik sekali...
BalasPadamwaalaikumsalam atuk
BalasPadamalhamdulillah
insyallah,mungkin rezeki atuk akan datang bila dijemput lagi menjadi TetamuNYA
moga segala doa2 kita dimakbulkan Allah S.W.T
kak nab
BalasPadamalhamdulillah
esok punya n3 lagi dramantik
kak nab tunggu ya apa bahan n3nya esok heheheheheheheheheheheheheh
Salam Rezeki.
BalasPadamTak jumpa Tok Penghulu Mekah ka?
waalaikumsalam uncle
BalasPadamhehehe tak sompek
takde rezeki nak jumpa, insyallah lain kali
Salam pak itam
BalasPadambaca citer ni pun dah dramatik...hehehe
tunggu n3 seterusnya.
Psst aper yg pak itam doakn kat situ ...
waalaikumsalam shami
BalasPadamhehehe n3 seterusnya bahasa arab tau hehe
doa yang biasa saya amalkan setiap hari
CR,
BalasPadamPengalaman yang sangat menarik. Akhirnya....yang papling best dapat melekap di bawah jenang Multazam tu
en rosli
BalasPadammemang kekal sepanjang hayat sampai bila2, sebenarnya masa tu saya berdoa sambil menangis teresak2 minta Allah ampunkan segala dosa2 yang lalu utk diri saya , kedua ibu bapa , isteri dan anak2 serta kaum keluarga dan sahabat taulan