WARGA SCP

Khamis, Oktober 20, 2011

USS : PART 3 : LUNCH TIME

4D Matix
ALHAMDULILLAH

Perhentian seterusnya menyaksikan 4D cerita Shrek ni . Kena beratur tapi panggungnya boleh memuatkan ratusan pengunjung pada setiap masa. Macam biasa kalau nak tengok 3D atau 4D kena pakai spek mata khasnya.

Yang buat seronok menonton ni ialah kerusi yang kita duduk pun sama tunggang langgang bergerak ikut jalan cerita. Sekali kat screen dia tumbuk, terasa bagai penumbuk tu nak hinggap kat muka kita hehehe

Tapi paling aku tak gemar bila depa kat screen ikut jalan cerita suka main air, kita pun sekali kena tempiasnya pasal air tu keluar dari paip kecik depan kita , kalau sekali takpe, ni 3-4 kali, basahlah juga muka kita terkena semburan


Dah tengahari, perut pun dah terasa lapar. Apa lagi . Ke restoran
le
Ada 7 park semua kat sini dan setiap park tersedia dengan 1 atau 2 buah restoran dan kebanyakkannya berstatus "HALAL".Setiap restoran yang halal akan memaparkan logo besar tu di hadapan premisnya.

Kekadang kat luar dari malaysia , status halalnya memang lebih telus kerana premis halal ni sentiasa diperiksa secara berkala dan lagi satu, akta dan undang2 mereka sungguh ketat dan takde peniaga yang berani nak "kong kali kong" berbanding tempat kita yang mengaku negara islam , tapi logo palsu "Halal" Jakim dan logo halal entah dari mana2 melambak dipamerkan . Ini semua sebenarnya bergantung kepada kesedaran peniaga sendiri dan juga kesedaran mereka mematuhi sesuatu undang-undang.

Kami ke Goldilocks yang terletak di Park Far Far Away. Punyalah ramai umat dalam dan luarnya . Lunch time la katakan. Jadi sementara mak itam pi order dan bayar, aku dan anak2 ku dok tunggu kat tepi meja mana yang dah nak habis makan. Kena buat macam tu, kalau tak, maka bersilalah kat bawah

Tapi kat sini semua sporting, lepas makan terus pegi, takdelah nak duduk menaun mcm kat kedai mamak tu

Jadi orang lain boleh ambil tempat yang kosong tu


Semua urusniaga dalam Sing dollar ,
alhamdulillah, duit singapore dulu banyak lagi,
kena set famili ayam goreng dgn fries dan air untuk 4 orang mcm kat KFC tu, kenyang kami sekeluarga . Tapi napa aku rasa ayam dia lebih sedap dari KFC hehehe

Mungkin pasal lapar kot dan ayamnya panas2 berasap lagi

Tapi janganlah pulak tekak kita mengatal nak cari nasi campur ke kerana kebanyakkan restoran di sini hanya menyediakan "fast food"

Ni aku senaraikan 5 restoran yang berstatus halal di dalam tu dari 11 buah restoran yang terdapat di dalam tu:

1. Goldilocks
2. Friar's
3. Marty's Casa Del Wild
4. Oasis Spice Cafe
5. Mel's Drive-In

bahagian luar penuh

bahagian dalam pun penuh

Rabu, Oktober 19, 2011

USS : PART 2 : INSIDE MADAGASCAR


Join Alex, Marty, Melman and Gloria, the four heroes from DreamWorks Animation's blockbuster movie Madagascar, as they embark on an unforgettable river ride adventure in Madagascar: A Crate Adventure...

Itulah tarikan di dalamnya yang menjanjikan kecerian dan kegembiraan buat seisi keluarga. Perjalanan menggunakan bot kecil yang boleh memuatkan berpuluh orang juga dengan sebaris 4 orang.

Aku yang dah tua bangka ni rasa terhibur juga melihat gelagat haiwan2 ni yang sebenarnya robot yang bergerak memakai "costume" dan diiringi dengan muzik dan suara latar mereka.

Dulu kecik2 mana aku jumpa semua ni.
Dulu kecik2, aku main dengan tangkap spider je dan simpan dalam kotak mancis buat laga nanti.

Di samping tu sebenarnya, aku mempelajari serba sedikit bagaimana teknologi robotik yang inovatif dan kreatif dilahirkan oleh manusia yang diberi Allah akal fikiran . Kalau digunakan akal fikiran tu sebaik-baiknya insyallah, tapi kalau akal dan fikiran kita manusia diletakkan pada bontot atau kepala lutut .......

tu yang manusia suka buat sesuatu melulu dan tanpa usul periksa dan pikir baik buruknya

Sekarang aku lihat ramai pemandu2 kenderaan yang memang letak otak depa kat kepala lutut dan bontot. Dia nak memotong , dia potong je tanpa menghiraukan garisan berkembar atau kat selekoh , dia nak masuk simpang pun masuk je , agaknya berat sangat dia nak bagi signal

Macam baru2 ni masa aku nak pulang ke hutan dari HC, tetiba kereta depan aku terus brek mengejut perlahankan kenderaan tanpa sebarang tanda atau signal kerana dia nak berhenti kat gerai tepi jalan tanpa menghiraukan aku yang kat belakangnya dan juga deretan kenderaan2 lain,

tapi kerana keadaan "side table" jalan yang tak berapa baik, tu yang dia teragak2

Suka hati dia je,

Aku yang berada lebih kurang "setiang" di belakang terpaksa buat sesuatu secara spontan

Mak itam sempat jerit dan aku pula sempat paut stereng mengelak ke kanan sikit sambil aku dah tekan "horn" panjang sekali

Kebetulan takde kenderaan dari arah hadapan , kalau tidak ada pilihan , aku rasa aku terpaksa sebat bontot kereta dia dengan warung2 tepi jalan tu sekali

Aku nak berhenti je lepas tu,
ingat aku "nak sekolahkan" jenis pemandu macam ni
mak Itam kata ,"dah-dah, alhamdulillah sempat mengelak tadi"

Tu lah akibatnya bila akal dan pertimbangan letak kat kepala lutut atau bontot,
aku ingat pemandu macam ni bagus letakkannya dalam kumpulan haiwan2 yang ada kat dalam Madacasgar ni .
Jadi iktibar dan pengajarannya, gunakanlah akal dan fikiran yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dengan sebaik mungkin .

Yang pasti semua yang terjadi tu adalah dengan kehendak Allah jua,
tapi akal dan fikiran serta pertimbangan yang Allah kurniakan kenalah kita gunakan sebaik-baiknya kerana itulah yang membezakan antara kita dengan haiwan yang dijadikan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini.

Sedikit leteran dari ku utk semua sebagai renungan bersama,
Semoga memberi manafaat untuk diri ku dan kalian semua agar kita sentiasa menggunakan pertimbangan dan akal fikiran yang sewajarnya dalam kehidupan kita seharian.

Kalau tak, maka kita layak bersama2 haiwan dalam Madacasgar ni

ngeh,ngeh,ngeh




mcm muka buaya gatal je






kotak ni dia acah je
mcm nak jatuh atas kepala kita tetiba bergerak sendiri

Selasa, Oktober 18, 2011

SAPA ADA GOUT , JANGAN TENGOK ATAU BACA N3 NI

ALHAMDULILLAH

Allah masih mengekalkan nikmat ini kepada ku , iaitu masih boleh menikmati keenakkan dan kelazatan makanan laut berbanding individu2 yang Allah telah tarik nikmatnya ini kerana penyakit gout.

Aku punya beberapa kenalan yang Allah dah tarik nikmat seperti yang aku perkatakan diawal tadi akibat gout.

Gout ni ada bermacam2 alahan rupanya.Ada yang tahap kronik dan ada yang tahap sederhana sahaja . Kalau yang tahap kronik , makanan yang diambil langsung tak boleh ada bahan2 makanan yang menyebabkan penyakitnya menyerang. Sebagai contoh dia pantang atau kalah pada udang, langsung dalam makanannya seperti mee ke, langsung tak boleh ada udang . Kira pantang "mak bapak" lah kata orang tua, kalau makan je terus bengkak kat kaki

Bagi tahap biasa , masih ok lagi kalau terdapat bahan dalam mee tu tadi , janji dia tak telan benda yang dia alah tu.




Kekadang terdapat segelintir insan yang terlupa atau teralpa yang nikmat menikmati makanan itu adalah kurniaan Allah sebenarnya dan dia boleh tarik bila2 masa je kalau itu kehendaknya .Masa tu ada lauk pauk yang sedap depan mata pun tak berguna, duit mengunung pun masa tu dah tak berguna.

Semuanya berbalik kepada kuasa Allah S.W.T dan dalam masa tu juga kita kena bersederhana dalam pemakanan dan menjaga kesihatan seperti yang disarankan oleh islam. Bukan tak boleh makan , tapi kena ingat2 lah. Terutama bagi kita usia semakin meningkat .

Aku mohon pada Allah agar nikmat yang dipinjamkannya dalam menikmati makanan terus dikekalkan dan tidak ditarik olehNYA pada ku selagi hayat dikandung badan.


Gout ni kira kalangan dalam keluarga arthritis berlaku bila kandungan acid uric dalam darah kita meningkat dan tidak dapat dikeluarkan secara semulajadi melalui proses perkumuhan.Ia akan menyebabkan kesakitan kepada sendi2 anggota badan kita dan kalau tahap serius pula akan menyebabkan hampir kesemua sendi terasa sakit yang teramat sangat berulang-ulang .

Antara sintom2 gout ni ialah kesakitan pada satu atau beberapa sendi yang terasa macam mencucuk2 seperti di tumit, sendi kaki yang menyerang secara tetiba terutamanya sewaktu malam hinggakan kawasan yang terkena serangannya kelihatan membengkak kemerah-merahan .

Ia juga boleh menyerang buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Yang paling tak tahan, terkena selimut atau kain pun akibat geseran akan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat.


satu untuk pak itam ,satu untuk mak itam
dua untuk pak itam , dua untuk mak itam
adil


Sebagai langkah pencegahan awal, kita mesti hadkan corak permakanan sedemikian disamping kita memastikan makanan yang kita ambil banyak sumber karbohidratnya.


Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin yang menjadi punca
gout :

ELAKKAN MAKAN
• Organ dalaman seperti hati, paru-paru,
ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti
Marmite) dan kiub rebusan
daging
• Makanan bercengkerang seperti
ketam, udang dan kerang

KURANGKAN MAKAN
• Asparagus, bunga kobis,
cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and
peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin


Kawan aku yang ada penyakit gout ni katalah kat aku, apa yang dia pantang tu langsung tak boleh ada dalam makanan dia , macam dia kalah kat udang dan daging , mee goreng dia pun kira pantang mak bapak ada benda2 tu , kira senang cerita mee goreng dia kosong je ada lada dgn bawang je

Tapi belum ada lagi sampai sekarang yang aku dengar ,
langsung tak boleh tengok gambar pun sumber makanan yang mengandungi banyak purin tu seperti tengok gambar udang ni .

Kalau tengok atau tertengok terus gout menyerang .

Kalau ada mcm tu, alamat n3 ni amat berbahaya pada pengidap gout hehehe

Sekian pesanan dari Dr Itam yang takde tauliah buat rakan2 sekalian

Selamat menjamu mata.

Isnin, Oktober 17, 2011

USS : PART 1 : AROUND MADAGASCAR


ALHAMDULILLAH

Setelah agak lama juga USS dibuka, baru kami tergerak nak pergi kerana sekarang dah hampir lengkap juga "attraction"nya berbanding baru di buka dulu.

Bolehlah dikatakan USS ni dalam tahap yang mini berbanding yang asal di USA . Warner Bros di Australia juga boleh tahan besarnya. Namun itu dari segi aspek perniagaan sudah mencukupi bagi menampung pengunjung sekitar Asia dan terutama sekali Asia Tenggara.Lagi satu, tak payah berbelanja terlalu besar kerana letaknya berdekatan , lebih2 lagi kami yang hanya sejam perjalanannya sahaja.

Namun kalau waktu sesak walaupun hari biasa , tak dapat menampung pengunjung dan terlalu sesak.Tu sebab dia hadkan jumlah pengunjung pada setiap hari.

dunia dah canggih
depa ambik gambar takpakai kamera, guna samsung galaxy tab je atau ipad
aku hanya ada test pad je

Semua urusan tiket telah aku lakukan secara online dengan diskaun 20 % bagi pemegang kad kredit master card.Tapi kena tengok hari juga dan tak jatuh "peak season" . Kami pegi 4 beranak kerana akak dan adik yang beriya2 nak pegi .

Untuk memudahkan , kami dah siap isi "imigresen form" yang memang kami ada simpan, start motor roda 3 , hidupkan GPS dan kami melalui CIQ Tuas kerana bimbang sesak di Woodlands dan kebetulan USS ni terletak di Pulau Sentosa. Jadi lebih senang sikit ikut sini.

Motor kami parking kat bahagian bawah yang boleh menempatkan beribu2 kenderaan . Besar betul tempat parking dia. Kalau tak cam , boleh sesat wooooo .
Namun tak perlu menapak jauh kerana disediakan kenderaan pengantara untuk membawa pengunjung ke pintu masuk ke taman temanya.

Kami sampai pukul 11 lebih juga dan lihat boleh tahan ramai orang . Muka melayu macam aku tak berapa ramai , muka cina lebih ramai tapi bila mendengar percakapan mereka dengan berbahasa indonisia, sah ini mesti cina indonisia . Ramai betul mereka di sini. Kalau di Indonisia , cina ni dalam kategori kaya bangat.


Untuk perhentian kami yang pertama ialah Madagascar yang mempunyai 2 tarikan utama iaitu A Crate Adventure dan King Julien's Beach Party-Go-Round.

Kami pun cuba nak masuk dan beratur tapi panjang la pulak lingkaran pengunjungnya. Ni mau beratur 45 minit buang masa je kat situ .Kita tangguh dulu le dan pegi jalan2 tempat lain dulu.

4-5 langkah kami beredar ,petugas di situ tiba2 telah memanggil kami dan bermurah hati membenarkan kami berempat masuk menggunakan lorong ekspress dan tak perlu beratur.

Alhamdulillah,
Allah permudahkan kami tanpa perlu beratur panjang .

mamat kepala hijau a.k.a shrek

barisan panjang tu

kami tak payah beratur panjang
rezeki Allah permudahkan terus masuk ke laluan ekspress

Ahad, Oktober 16, 2011

PI RONDA-RONDA

Sabtu , aku tak pi motong,
jadi dapat pi ronda2 pakai moto estet

pi mana
esok nanti aku cerita
pasal gambar2 tempat yang aku pegi tu
tengah peram, esok lusa masaklah ia

ngeh,ngeh,ngeh




Jumaat, Oktober 14, 2011

LEPAS PENCEN NANTI

Pembentangan belanjawaan baru2 ni ada mencadangkan agar usia persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun bagi kakitangan awam. Itu pun katanya atas permintaan cuepacs . Tapi rata2 kenalan2 ku yang berkerja di sektor kerajaan kata , mereka tak mau "sign" opsyen 60 tu .

Sampai yang ada kata, kalau boleh pencen awal, lagi mereka nak pencen kerana takkan nak mengadap kerja dan mengadap dunia je .


Memang terdapat pro dan kontra bagi pilihan ini. Puak yang pro akan mempertahankan pendirian mereka dan puak yang kontra pun begitu juga . Namun bagi semuanya sebenarnya , terpulang kepada yang empunya diri,

Perlu diingat, kerja sampai mati pun tak habis .

Nanti tak sempat merasa duit ganjaran perkhidmatan dan pencen , kita dipencenkan dulu oleh Allah S.W.T .

Pulak tu kalau dah berniat nak pegi haji lepas pencen, dan lepas tu sain opsyen sampai 60 pulak ,kira tambah lagi 2 tahun, pencen2 je terus Allah kasi "tetap dan berpencen" dari dunia yang fana'. Dah tak sempat ke tanah suci mengerjakan rukun yang ke lima tu.

Sebulan yang lepas , seorang kenalan ku yang seminggu je lagi nak pencen, tapi Allah dah pencenkannya dulu dari dunia . Kasihan aku tengok pasal tak sempat merasa duit pencen dan kenikmatan orang yang dah pencen.

Kalau tak percaya betapa nikmatnya orang yang pencen, tanyalah kak nab dan rakan2 lain yang dah pencen .

Aku dah dapat ilham kalau aku dah pencen meniaga , apa aku nak buat
Aku tak nak pening2 kepala , karang orang tu nak ini , orang ni nak tu


Aku nak meniaga mcm orang tua ni buat,
Rasanya kat Malaysia takde lagi ini
Aku jadi orang yang pertama

Takyah pening2 nak bukak kedai
Takyah pening2 bila stok baru sampai
Takyah pening2 nak hantar barang
Takyah pening2 bebudak keja aku mengulo

dan paling best sekali,
Tak payah pening2 bila pelanggan tak bayar dan lambat bayar

pakaian kemas mcm pengarah urusan
berkot dan bertali leher

Modalnya dalam 30-40 ringgit , cari penimbang yang baik sikit. Lepas tu cari jalan yang ramai orang lalu lalang dan letak alat penimbang kat situ . Sapa nak timbang bayar 20 sen. Terus timbang dan terus dapat result kat situ juga.

Senang meniaga mcm ni, barang tak busuk dan rosak serta lusuh. Tak pening orang tu nak itu, orang ni nak ini hehehe

Tu angan2 aku je le kalau pencen meniaga nanti

hehehe


Khamis, Oktober 13, 2011

LAWAN AYAM PANGGANG MAK DARA

pose dalam periuk nasi


Inilah dia kawan si Ayam Panggang Mak Dara ,
Nasi Jagung yang dimasak oleh ucuk ku.

Kami pakat2 buat keje kawin kat rumah dengan masak menu ni, tapi kami berdua je , cuma kami tak bersanding je hehehe

No pengantin baru,
yang ada pengantin lama je

Tu yang malamnya pi beli keperluan2 menepati menunya seperti minyak sapi , jagung dan lain2 keperluan serta paling utama Moghul Basmathi Faiza yang packing 1 kg . Kalau tak salah dalam 8.50 se KG juga.

Tapi dalam satu KG, sebenarnya boleh makan 7-8 orang juga kerana tengahari tadi mak itam makan sepinggan, aku pulak makan dua pinggan dan 2 packing besar juga buat anak ku dan rakan2 di asrama serta kami yang jarang makan malam , sempat juga mengulang sekali lagi hehehe

Kismis tu pula yang besar2 dan lazat tu dalam nasi jagung ni datang dari jauh. hari tu kami beli bang sekilo dua juga masa kat Istanbul . Banyak khasiat sebenarnya kismis ni.

Antaranya khasiat dan kegunaan kismis ialah :

1. Melindungi hati.
2.Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.


Untuk khasiat kismis ni yang no. 5, aku rasalah
aku mahu kena makan bang sekilo sekali makan, baru ada kesan hehehe

Cuma satu je terkurang dalam nasi jagung ni pasal takde gajus. Gajus hari tu semua yang beli kat istanbul dah kena bedal hehehe
tak perasan , ngap sebiji2 sambil buat kerja, habis dah

Lepas tu malas pulak nak keluar pegi kedai cari gajus ni


Gajus ganti gabus, bolek tak ???

Takkan takde kuah pulak lawan nasi jagung dan ayam panggang mak dara ni. Tentu sekali tak kena kalau lawan dengan kuah asam pedas atau kuah kacang atau kuah kicap serta lodeh

Ibarat pompuan pakai baju kurung tapi pakai tracksuit serta terompah kayu ,
langsung tak kena kan

Padanan yang paling sesuai ialah dalca lembu yang mengandungi sedikit tetel serta sayuran macam terung, kacang panjang dan kentang .

Barulah cun

Ok, selamat menjamu selera







JOM

+
+

=

ALHAMDULILLAH
KENYANG