WARGA SCP

Jumaat, Oktober 14, 2011

LEPAS PENCEN NANTI

Pembentangan belanjawaan baru2 ni ada mencadangkan agar usia persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun bagi kakitangan awam. Itu pun katanya atas permintaan cuepacs . Tapi rata2 kenalan2 ku yang berkerja di sektor kerajaan kata , mereka tak mau "sign" opsyen 60 tu .

Sampai yang ada kata, kalau boleh pencen awal, lagi mereka nak pencen kerana takkan nak mengadap kerja dan mengadap dunia je .


Memang terdapat pro dan kontra bagi pilihan ini. Puak yang pro akan mempertahankan pendirian mereka dan puak yang kontra pun begitu juga . Namun bagi semuanya sebenarnya , terpulang kepada yang empunya diri,

Perlu diingat, kerja sampai mati pun tak habis .

Nanti tak sempat merasa duit ganjaran perkhidmatan dan pencen , kita dipencenkan dulu oleh Allah S.W.T .

Pulak tu kalau dah berniat nak pegi haji lepas pencen, dan lepas tu sain opsyen sampai 60 pulak ,kira tambah lagi 2 tahun, pencen2 je terus Allah kasi "tetap dan berpencen" dari dunia yang fana'. Dah tak sempat ke tanah suci mengerjakan rukun yang ke lima tu.

Sebulan yang lepas , seorang kenalan ku yang seminggu je lagi nak pencen, tapi Allah dah pencenkannya dulu dari dunia . Kasihan aku tengok pasal tak sempat merasa duit pencen dan kenikmatan orang yang dah pencen.

Kalau tak percaya betapa nikmatnya orang yang pencen, tanyalah kak nab dan rakan2 lain yang dah pencen .

Aku dah dapat ilham kalau aku dah pencen meniaga , apa aku nak buat
Aku tak nak pening2 kepala , karang orang tu nak ini , orang ni nak tu


Aku nak meniaga mcm orang tua ni buat,
Rasanya kat Malaysia takde lagi ini
Aku jadi orang yang pertama

Takyah pening2 nak bukak kedai
Takyah pening2 bila stok baru sampai
Takyah pening2 nak hantar barang
Takyah pening2 bebudak keja aku mengulo

dan paling best sekali,
Tak payah pening2 bila pelanggan tak bayar dan lambat bayar

pakaian kemas mcm pengarah urusan
berkot dan bertali leher

Modalnya dalam 30-40 ringgit , cari penimbang yang baik sikit. Lepas tu cari jalan yang ramai orang lalu lalang dan letak alat penimbang kat situ . Sapa nak timbang bayar 20 sen. Terus timbang dan terus dapat result kat situ juga.

Senang meniaga mcm ni, barang tak busuk dan rosak serta lusuh. Tak pening orang tu nak itu, orang ni nak ini hehehe

Tu angan2 aku je le kalau pencen meniaga nanti

hehehe


36 ulasan:

  1. Salam pak itam...

    Ramailah warga emas kat ofis kerajaan nanti...heheh
    Ramai lagiklah siswazah kita yg tak leh isi jawatan yang ada...heheh

    BalasPadam
  2. salam CR

    55 tahun adalah usia ideal utk berpencen.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    he he saya tukang kira duitnya

    Wassalam

    BalasPadam
  4. kik..kik.. kat mesia ni kalau ko duduk tepi jalan siap berkot bertai alamatkan masaklah ko pak itam tetengah panas tu.

    BalasPadam
  5. Setuju dgn entri ni. Kena ada masa untuk bekerja dan masa utk diri sendiri..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Tn Hj,

    Had umur pencen 55tahun rasanya sudah baik bagi k/tangan kerajaan.... memandangkan ramai anak-anak muda yang sedang mencari kerja....

    Seperti yang Tn Hj katakan lebih baik kita pencen dahulu/awal sebelum kita di pencenkan oleh yang ALLAH oleh kerana sekurang-kurangnya dapat kita beribadah bagi menampung kekurang waktu-waktu semasa kita bekerja.....

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Ana syorkan niaga ubat batuk jer kat tangga atau lift pejabat.

    BalasPadam
  8. As Salam Pak Menakan,

    sorang kawan cheq yang kije cikgu cikgi kata, dah kena kije sampai umoq 60.. jenuhlah dia nak panjat tangga skolah kalu kena ngajaq kelas kat tkt 3.. pas tu plak nak kena lari2 jaga budak 'koko'.. adussss

    kat estet yg cheq dok menoreh nie.. bila2 pun bley pencen.. mandor kata bagi notis sebulan je.. kije estet mana ada duit pencen bulanan.. harap EPF je lah.. jangan esok lusa depa kata EPF hanya boleh dikeluarkan setelah berumur 60 tahun sudah lah.. masak cheq nak tggu.. hu hu

    BalasPadam
  9. Salam,

    Bagi saya 55 tahun itu untuk lelaki khasnya dan 50 tahun untuk perempuan...

    Dah penat bekerja sebenarnya... kesian ke anak2 juga... asyik bertanya ibu... bila ibu nak berhenti keje ?

    BalasPadam
  10. salam pak itam...

    memang sedap & lazat bila pencen niii...hihihi...tak perlu fikir hal keje..keje..budak2 sek..soalan periksa...markah...tanda kertas..blablabla....sungguh nikmat dok kat umah...alhamdulillah..sempat rasa nikmat pencen...

    eh pak itam...best gak keje camtu yer...kak nab ada alat tu kat umah..:)

    BalasPadam
  11. bapak sy dulu pencen..adik ada 5 org lagi yg brsekolah...tapi org tua tu nak juga gi haji dgn duit pencen...mak marah sbb duit pencen x cukup utk tanggungan. bapak beri mak separuh aje duit pencen. mak cerdik dia besarkn rumah buat rumah sewa.
    balik haji bapak trpaksa kerja lagi sbb duit pencen x cukup.
    skrg alhamdulillah..duit pencen bapak dia mkn sorg sbb mak dah dpt hasil rumah sewa.

    BalasPadam
  12. saya ingat nak pencen umur 65!!!!

    BalasPadam
  13. Assalam Pak Itam,

    Kalau Pak Itam nak meniaga lagu tuh..saya nak jadik JV bleh hehehe..

    Huhu 60 thn?? Kalau ramai yg dipencenkan Allah sblm umur tuh..agak2 Kerajaan untung tak? gegegege

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam shami

    hehe nanti sampai satu masa, pencen umur 80 kot

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam az

    saya rasa pun begitu

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam atuk

    kira duit graduiti hehe

    BalasPadam
  17. kak pah

    saya nak meniaga timbang tu kat turkey kak hehehe

    BalasPadam
  18. che mid

    betul tu kak, tapi terpulang yg empunya diri masing2

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam hj pesona

    tu yang takut dipencenkan Allah dulu

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam hj aki

    hehehe karang kena tangkap pulak pasal jadi penjual ubat batuk

    BalasPadam
  21. kak ngah

    hehehe masa tu yang sedih , nilai wang terkumpul epf tu pasti tak sama psl semakin hari semua keperluan semakin naik, jgn jadi duit jepun sudah le hehehe

    sib baik cikgu saari mengajar kelas malam kat pondok je hehe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam natra

    saya pun rasa itulah umur pencen yg ideal

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam kak nab

    alhamdulillah

    saya dapat rasakan betapa nikmatnya org yg sudah berpencen dan Allah kurniakan pula kesihatan yang baik

    meniaga timbang best agaknya kak hehe

    BalasPadam
  24. zue

    alhamdulillah

    akhirnya dua2 dapat merasa

    kita tak tahu sebenarnya perancangan Allah pada kita

    tentang umur pencen tu, semua berbalik kepada tuan punya diri untuk buat pilihan

    BalasPadam
  25. uncle

    up lagi 5 tahun hehe

    BalasPadam
  26. kak nab

    hehehe

    saya dah suruh uncle up lagi 5 tahun

    BalasPadam
  27. waalaikumsalam shima

    JV tu apa ke benda hehehe

    semua ada pro dan kontra

    tepuk dada, tanya selera

    BalasPadam
  28. saya memang pilih pencen 55 tahun, nak beri peluang kpd org lain, muga niat suci saya itu diberkati Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah

      Yg penting masa tu kita masih diberi kesihatan yg baik dari Allah

      Padam
  29. Tanpa NamaMac 27, 2014

    Saya nak pencen umur 50 tahun. Nak rehat. Kejar duit sentiasa tak cukup......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rata2 kenalan saya yang kerja kerajaan nak pencen awal dan rasa menyesal bila sign opsyen 60 tahun tu .

      Padam
  30. Tanpa NamaJulai 02, 2014

    Kerja sampai mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      dalam lubang kubor pun tak selesai lagi keja kita psl nak mengadap soaljawab malaikat lagi

      Padam