WARGA SCP

Rabu, Oktober 19, 2011

USS : PART 2 : INSIDE MADAGASCAR


Join Alex, Marty, Melman and Gloria, the four heroes from DreamWorks Animation's blockbuster movie Madagascar, as they embark on an unforgettable river ride adventure in Madagascar: A Crate Adventure...

Itulah tarikan di dalamnya yang menjanjikan kecerian dan kegembiraan buat seisi keluarga. Perjalanan menggunakan bot kecil yang boleh memuatkan berpuluh orang juga dengan sebaris 4 orang.

Aku yang dah tua bangka ni rasa terhibur juga melihat gelagat haiwan2 ni yang sebenarnya robot yang bergerak memakai "costume" dan diiringi dengan muzik dan suara latar mereka.

Dulu kecik2 mana aku jumpa semua ni.
Dulu kecik2, aku main dengan tangkap spider je dan simpan dalam kotak mancis buat laga nanti.

Di samping tu sebenarnya, aku mempelajari serba sedikit bagaimana teknologi robotik yang inovatif dan kreatif dilahirkan oleh manusia yang diberi Allah akal fikiran . Kalau digunakan akal fikiran tu sebaik-baiknya insyallah, tapi kalau akal dan fikiran kita manusia diletakkan pada bontot atau kepala lutut .......

tu yang manusia suka buat sesuatu melulu dan tanpa usul periksa dan pikir baik buruknya

Sekarang aku lihat ramai pemandu2 kenderaan yang memang letak otak depa kat kepala lutut dan bontot. Dia nak memotong , dia potong je tanpa menghiraukan garisan berkembar atau kat selekoh , dia nak masuk simpang pun masuk je , agaknya berat sangat dia nak bagi signal

Macam baru2 ni masa aku nak pulang ke hutan dari HC, tetiba kereta depan aku terus brek mengejut perlahankan kenderaan tanpa sebarang tanda atau signal kerana dia nak berhenti kat gerai tepi jalan tanpa menghiraukan aku yang kat belakangnya dan juga deretan kenderaan2 lain,

tapi kerana keadaan "side table" jalan yang tak berapa baik, tu yang dia teragak2

Suka hati dia je,

Aku yang berada lebih kurang "setiang" di belakang terpaksa buat sesuatu secara spontan

Mak itam sempat jerit dan aku pula sempat paut stereng mengelak ke kanan sikit sambil aku dah tekan "horn" panjang sekali

Kebetulan takde kenderaan dari arah hadapan , kalau tidak ada pilihan , aku rasa aku terpaksa sebat bontot kereta dia dengan warung2 tepi jalan tu sekali

Aku nak berhenti je lepas tu,
ingat aku "nak sekolahkan" jenis pemandu macam ni
mak Itam kata ,"dah-dah, alhamdulillah sempat mengelak tadi"

Tu lah akibatnya bila akal dan pertimbangan letak kat kepala lutut atau bontot,
aku ingat pemandu macam ni bagus letakkannya dalam kumpulan haiwan2 yang ada kat dalam Madacasgar ni .
Jadi iktibar dan pengajarannya, gunakanlah akal dan fikiran yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dengan sebaik mungkin .

Yang pasti semua yang terjadi tu adalah dengan kehendak Allah jua,
tapi akal dan fikiran serta pertimbangan yang Allah kurniakan kenalah kita gunakan sebaik-baiknya kerana itulah yang membezakan antara kita dengan haiwan yang dijadikan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini.

Sedikit leteran dari ku utk semua sebagai renungan bersama,
Semoga memberi manafaat untuk diri ku dan kalian semua agar kita sentiasa menggunakan pertimbangan dan akal fikiran yang sewajarnya dalam kehidupan kita seharian.

Kalau tak, maka kita layak bersama2 haiwan dalam Madacasgar ni

ngeh,ngeh,ngeh




mcm muka buaya gatal je






kotak ni dia acah je
mcm nak jatuh atas kepala kita tetiba bergerak sendiri

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    kadang2 memang marah kat mereka2 tu..

    tapi kekadang..terpikir...mukin mereka ni perompak ke..atau penjahat ke..nanti balanya kat kita pulak
    Nauzubillah

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum CR

    Alhamdulillah wpun geram tapi yg penting selamat.
    Madagascar!

    BalasPadam
  3. Salam pak itam

    Perangai manusia ni macam2...sabar jer lah ...bla kita menjauh dia mendekat pulak...

    kekadang perlu tempat luahkan kegeram man kita tu..hehehe

    sesekali buat lawak...ilang sikit geram tu..hehehe

    Madagascar....kreatif sungguh masyarakat depa ni...

    BalasPadam
  4. Agaknya pemandu tu belajar memandu kat sekolah sarkis kot..

    p/s : Cutenya muke giraffe tu...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum pak itam,

    Cicik Dan abi Wafa bertolak ke mekah hari jumaat
    21oct.sori Lambat jawab soalan awak.kerja kami buka beg tutup beg.....mengemas yang tak abis abis.
    Pak itam pun satu,nak cerita pasal gout..gi lekat gambo udang beso beso.kesian org yg take bole makan.
    Ni kami kat mekah,kami pesan Jangan lah boh gambar asam pedas Ikan sembilang eh.kami bole nanggis tengok gambar.
    Salam pada mak itam.ade masa kami tgk blog awak dari sana.doakan kami sihat sentiasa.

    Salam,cicik Ann.

    BalasPadam
  6. klu pak itam jumpa pemandu mcm tu lagi...kasi sekolah kan dia :)

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam atuk

    moga kita semua terhindar dari segala mala petaka dan bencana

    selalunya pemandu mcm ni yg menyebabkan kemalangan

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam MJ

    kenapalah sekarang pemandu2 banyak melakukan kesalahan jalanraya

    tu yang buatlah 300 kali ops sikap, sikap segelintir mereka tetap begitu

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam shami

    geram memang ada kalau jumpa situasi yg sebegini

    BalasPadam
  10. bidadarindu

    mesti kelas sarkis malam hehehehe

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam cici ann

    saya dapat bayangkan perasaan dan hati jemaah yg nak berangkat krn saya juga dulu begitu, tak sabar2

    saya sekeluarga mendoakan kak dan abi wafa selamat pergi dan selamat kembali, dilindungi dan dirahmati Allah sepanjang masa serta dikurniakan kesihatan yang baik dan pulang dengan membawa haji yg mabrur

    insyallah

    selamat berangkat dan menjalani ibadat di sana dan doa2 kami juga di sini

    pss tentang ikan sembilang asam pedas tu tak dapek den nak janjikan hehehe

    kalau takde idea nak menulis, keluarlah ikan asam pedas tu dalam n3 hehehe

    BalasPadam
  12. zue

    bapak sekolahkan dia kat tadika kemas hehehe

    BalasPadam