WARGA SCP

Jumaat, Ogos 03, 2012

10 YEARS

ALHAMDULILLAH

Ada beberapa cara yang mereka berikan untuk mengambil kembali passport antarabangsa setelah lulus permohonan visa. Sama ada ambil di wisma MCA, Kuala Lumpur satu hari bekerja selepas berjaya dalam temuduga visa, atau dihantar sendiri oleh pihak kurier mereka ke pintu rumah atau ambil sendiri di pejabat kurier mereka kira-kira dalam 2 hari bekerja .

Aku memilih mengambil sendiri di pejabat cawangan kurier mereka , Aramex di sekitar JB kerana mereka tak hantar ke teratak ku yang berada di tepi hutan kerana bukan dalam laluan mereka.


Lepas sahaja temuduga isnin lepas, selepas zohor aku berdesup balik ke HC . Hari rabu pagi aku menerima panggilan tel dari Private No. yang mengatakan passport ku telah berada di JB untuk diambil . Petangnya aku berdesup pula ke JB untuk mengambil kembali passport yang telah ditampalnya dalamnya Visa memasuki ke USA.

Tunjukkan keratan kad putih tersebut sebagai salah satu syarat dan bukak2 ,

Alhamdulillah, 10 tahun depa kasi visa untuk memasuki USA. Tahun 2022 nanti , baru visa tu tamat tempoh . Entah2 masa tu aku hidup lagi ke tidak.

Maksud 10 tahun di sini, bukan aku boleh pegi dan tak balik2 selama 10 tahun.
10 tahun bermaksud aku boleh pegi balik, pegi balik dan tak payah buat proses permohonan visa hinggalah visa aku tu tamat .

Jadi RM512.00 sorang utk permohonan visa tu memang berbaloi.

visa usa yang ditampal dalam passport
esok lepas 5 tahun passport tu mati
kena simpan bebaik passport lama tu kerana visa tu masih sah lagi

Mereka memberi kami visa dalam kategori B1 untuk perniagaan dan juga kelas B2 untuk melancong atau untuk tujuan perubatan.Jadi nanti bolehlah aku meniaga dan memasarkan gotah beku dan kopok leko serta kain pelikat gombang kat sana nanti .Dalam pada tu , boleh pi mengobatkan orang jugak .

Bumi Amerika besar sangat , alang dari East Coast USA nak ke West Coast USA pun ambil masa 5-7 jam penerbangan , jadi kalau di izinkan Allah , mungkin dalam jangkamasa 10 tahun visa tu hidup, insyallah kami nak khatamkan North, South, East serta West America .

Buat kali pertama ni , aku nak menjelajah ke West Coast USA meliputi Los Angeles, California, Grand Canyon serta San Francisco dan Las Vegas . Pasti kami akan mengunjungi Mickey dan Minnie di Disneyland serta melepak di Universal Studio nanti.

Bila tarikhnya, tunggu aku siap betulkan layo dan tampal tongkang aku yang bocor hari tu masa masa kami dok mendayung ke Istanbul hari tu hehehe

Beso bocornya hehehe

Aku kena noreh kekuat lagi dan kutip hutang dengan lebih gigih lagi lepas ni kerana aku nak merealisasikan impian ku menginjak sebuah lagi benua di bumi bertuah kepunyaan Allah S.W.T.

Permudahkan Ya Allah

Insyallah

Khamis, Ogos 02, 2012

REZEKI KU HARI TU TANPA DISANGKA-SANGKA

ALHAMDULILLAH

Melangkah keluar dari Kedutaan dengan penuh rasa syukur kerana akhirnya dengan izin Allah, langkah pertama kami untuk melihat bumi ciptaan Allah nun jauh di sana akhirnya akan terlaksana dengan berjayanya kami memiliki visa .

Berdesup kami ke Pavilion dan parking motor roda tiga di sana .Dah dekat jam 12 tengahari. Akak pulak takde kelas pagi ni, Adik pula hari ni kira cuti dan petang nanti bila balik ke JB, baru aku pulangkannya semula ke asrama.

Anak2 nak makan kat Manhattan Fish di sana dan niat hati aku pula nak pergi Jalan Raja Chulan , tapi malas pulak nak memandu lalu teksi pilihan kami .Jadi park motor roda tiga dan tahan teksi kat depan Pavillion menuju ke Jalan Raja Chulan.

Naik LEVEL 22 Menara Goldhill di mana terletaknya The Swatch Group Malaysia kerana jam tangan kepunyaan ku harus dihantar ke sana kerana perlu diservis dan dibaiki mana yang patut .Satu button touchnya tercabut dan kekadang "touch" tak berfungsi dengan betul . Kalau aku hantar mana outlet yang jual Tissot ni, depa hantar ke Swatch Group ni jugak dan makan masa 6 bulan pulak. Baik aku terus "direct" pegi hantar sendiri.

Manakan tidak jam aku ni dia meragam. Aku lenjan jam ni pi sana sini , lasak sungguh . Rasanya berbaloi kerana dah lama jugak aku pakai . Dah merata ceruk dunia jam ni dah sampai. Mana dia tak meragam .

Aku tak pernah pergi lagi The Swatch Group ni punya servis centre. Rupa2nya pejabatnya macam lobby hotel pulak . Mendaftar dulu lalu ku unjuk jam aku yang meragam ni.Belakang front desknya, nampak jurutera2 dan technicannya dengan berpakaian putih macam doktor tengah dok kojorepair jam.

aku suka pakai jam ni pasal ada arah mata angin dalam fungsinya
jadi senang aku nak cari arah kiblat bila ke tempat orang
jam aku ni byk berjasa pada ku
foto ni dirakamkan pada pukul 9.42 pagi waktu South Africa 2 tahun yang lalu
masa aku dok menunggang zirafah

Mengikut katanya , alatganti bagi model Tissot T Touch ni dah diberhentikan pengeluarannya, tapi jangan risau kerana jika aku menyerahkan jam aku kepada pihak mereka untuk dihantar ke kilang pengeluaran mereka di Swiss, mereka akan mengantikan aku dengan model yang hampir serupa yang reganya boleh tahan juga . Tapi aku hanya perlu membayar separuh dari harga sebenar (diskaun 50% ) sebagaimana mana program penukaran jam bagi model2 tertentu yang mereka anjurkan.

Ini sudah baik dan rezeki tanpa disangka2 turun dari langit dari Allah. Daripada jam tu tersadai begitu sahaja yg aku tak pakai hampir 6 bulan jugak , baik aku terima tawaran ini . Mereka akan mengantikan dengan model terbaru berdasarkan model lama aku yang mereka berhentikan pengeluarannya .

Alhamdulillah

Jangka masa diambil antara 1-3 bulan untuk program penukaran ini . Takpalah, janji aku dapat jam baru yang keluar dari kotak lagi serta jaminan yg baru serta model terkini . Sementara tu, aku ikat dan gantung jelah jam dinding kat leher aku ni hehehe

Terkenang aku sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”

Rezeki jangan ditolak
Musuh jangan dicari

Firman Allah s.w.t.yang bermasksud :

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Agaknya inilah hikmah dari kerosakkan yang dialami oleh jam ku yang Allah nak gantikannya dengan yang baru dan lebih baik walaupun kena keluarkan sikit lagi RM.

Alhamdulillah


ni model yg depa akan gantikan
aku gogel dari internet melalui no. model yg depa berikan


Rabu, Ogos 01, 2012

JUST 3 to 4 MINUTES, ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH

Ting tong , A 069 Flying Horses, Counter 5
dalam slang american

No. kami dipanggil tepat jam 11 pagi selepas kami masuk ke Kedutaan US 2 jam sebelum ini , akhirnya saat yang ditunggu2 tiba jua , bingkas bangun kami berdua lalu masuk ke kiosk lalu disapa dengan ucapan "Morning" oleh pegawai penemuduga tersebut yang kelihatan tenang dan ceria . Orang kata kalau mood depa tak baik , selalunya gagal hehehe

Aku memang doa lagi tadi agar dapat dengan penemuduga kat kaunter ni kerana dari pengamatan ku hampir 2 jam, kena kaunter lain banyak yang keluar dengan hampa .

Pertanyaan pertama :
Eden nak buek apo pi USA

Pertanyaan kedua :
Eden kojo apo dan masih kojo ko atau udah pencen sambil aku kata kami dok menoreh lagi dan aku unjuk surat pengesahan dari persatuan penoreh getah sedunia serta penyata terkini kutipan gotah beku kami selama 3 bulan berturut-turut.

Aku dah standby geran tanah tempat aku noreh, mana tahu dia nak sebagai bukti yg aku bebetul menoreh kat atas tanah , bukan menoreh atas angin heheheh

Pertanyaan ketiga :
Dia tanya aku ada adik kat USA seperti yang aku isytiharkan secara atas talian dalam DS 160, nanti kalau pergi sana bolehlah cari atau jumpa dia, aku kata dah 25 tahun kami tak jumpa dan aku pun tak tahu dia kat mana pasal USA tu beso bebeno lalu dia tersenyum .

Lepas tu takdak pertanyaan dah, lalu dia terus unjuk aku 2 keping kad putih yang menyatakan passport dan visa aku akan siap esok hari.

Semua berlalu dalam jangkamasa lebih kurang 3-4 minit je


Alhamdulillah

Allah telah memakbulkan doa2 ku dan usaha ku untuk mendapatkan visa ni dan diberkatinya.


Sebenarnya banyak pengajaran dan iktibar yang aku dapat dari hanya secebis peristiwa biasa2 je untuk mendapat visa ke US ni.

Kita sebagai insan yang lemah bukan sahaja perlu , tapi MESTI bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita berusaha dan berikhtiar dengan sebaik mungkin lalu meletakkan pula pergantungan sepenuhnya secara total kepada Allah.

Kalau dapat apa yang kita hajati, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang paling utama dan penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.
Janganlah kita gadaikan akhirat semata untuk mendapatkan dengan habuan duniawi yang bersifat sementara ini. Tapi usaha dan ikhtiar sangat dituntut dalam sesuatu perkara sebelum kita berserah dengan sepenuh serahan kepada Allah.
Namun setiap yang berlaku pasti tidak akan dapat mengatasi takdir dan suratan Allah.
Aku pernah terbaca pengalaman sorang individu ni . Seorang lelaki yang sangat2 memerlukan rawatan kesihatan yang terdapat di USA. Jadi dia pun mohonlah visa kategori B2 untuk rawatan perubatan. Isteri dia pulak nak ikut sama lalu sesamalah mohon visa ke sana.

Takdir Allah , suami yang memang nak pergi sana tak dapat visanya sedangkan isterinya yang hanya nak menemankannya dapat pulak lulus pulak visanya ke sana. Jadi yang pastinya jawapannya tak pegilah pasangan tu ke sana . Kesian sungguh.

2 keping Visa Pick-Up Ticket utk kami berdua
kalau satu je dia kasi dan satu lagi pulangkan passport
bermakna sorang je lulus visanya
sapa yang dia kasi kad putih ni a.k.a Visa Pick-Up Ticket
maknanya permohonan visa mereka ke sana diluluskan
berapa tahun dia bagi
kita tak tahu
nanti ambik passport baru tahu

Selasa, Julai 31, 2012

SESSI INTERVIEW

ALHAMDULILLAH
Sabtu pagi berdesup kami ke KL . Jadual interview di US Embassy isnin pagi sessi kedua jam 8.50 pagi . Jadi ahad pagi, sempat aku bersama anak2 ke Garden dan Mid Valley nyopping baju raya dan keperluan anak2 kerana itulah je masa kami dapt berkumpul bersama-sama . Aku hanya jadi tukang bayar je hehehe
Isnin jam 7.30 pagi , kami dah terpacak di US Embassy . Kami tak nak terkocoh-kocoh. Jadi kami keluar awal sikit . Maklumlah , jalan Ampang menuju ke US Embassy memang terkenal dengan kesesakkan lalu lintas.
Pelbagai rupa umat manusia yg aku temui pagi tu dah dok beratur nak masuk dalam US Embassy dengan pelbagai dokumen di tangan mereka . Sessi pertama jam 8.00 sudah dilepaskan masuk ke dalam. Jam 8.20 , untuk sessi temuduga jam 8.50 pagi pula dipanggil beratur depan pintu masuk . Perlu menunjukkan cetakkan komputer jadual interview serta kod barnya sebelum kami diberikan pas "visitor".
Jam 8.30 pagi , baru dibenarkan masuk ke pintu pertama untuk pemeriksaan keselamatan serupa macam nak menaiki kapal terbang sebelum masuk balai berlepas.Semua benda alah yg dibawa kena letak dalam bakul dan di "scan".

Kemudian melalui "metal detector" pula sebelum memasuki pintu lapisan kedua pula dalam kedutaan terus ke satu bahagian dan diminta mengambil no. giliran. Tak sampai 5 minit, bila angka giliran terpapar di papan elektronik, bergegas pula kami ke satu lagi bilik yg besar lalu terus ke kaunter pendaftarannya untuk menyerahkan pula passport, cetakan DS 160 serta pengesahan interview dan sekeping gambar 5cm x 5 cm dan diminta menunggu hingga nombor dipanggil kembali .
Sekali lagi no kami dipanggil untuk diambil semua cap jari biometrik pula kesemua jari tangan kiri dan kanan . Diminta menunggu lagi sehingga dipanggil lagi.
Menunggu kami dipanggil rupa2nya hampir memakan masa 1 jam lebih jugak tanpa kami sedari . Dalam pada tu sempat juga aku melihat pelbagai gelagat pemohon2 yang sedang ditemuduga dalam kiosk kecil hingga ada yang terpaksa berhujah dengan pegawai kedutaan menyatakan rasionalnya mereka mendapat visa ke sama. Ada yang membawa pelbagai dokumen sokongan, namun hanpa kerana permohonan mereka ditolak.

Aku lebih banyak berzikir dalam hati ketika itu dan berdoa moga Allah melembutkan hati individu yang akan menemuramah aku nanti dan Allah memakbulkan niat aku untuk ke sana nanti untuk melihat bumi Uncle Sam ciptaanNYA .
Ada antara pemohon yang keluar dari kiosk selepas temuduga dengan wajah kegirangan dan ramai juga dengan muka monyok yang pasti permohonan visa mereka ditolak . Yang pasti RM 512.00 hangus sekali pun mereka gagal melepasi peringkat interview. Nak interview lagi, kena bayar sekali lagi RM512.00 dan mulakan sekali lagi proses mengisi DS 160.

Ada keluarga berbangsa cina yang masuk ni kali ke 2 pi interview dan siap bawak sekali penyata cukai pendapatannya 5 tahun terkini sebagai bahan dokumen sokongan . Rata2 aku tengok untuk bangsa cina ni, depa agak ketat sikit dan semak semua dokumen sokongan kerana banyak terjadi yang depa pegi lalu tak kembali dan menetap di sana.

Tu sebab ada ura2 yang kerajaan Britain nak kenakan visa utk pelancong dari Malaysia kerana banyak terutama bangsa cina yang pegi sana namun tak kembali, menetap melebihi tempoh waktu dan bekerja . Tu sebab kat mana2 negara di dunia, pasti ada China Town , cuba cari Melayu Town hehehe
Aku pula tawakkal kepada Allah kerana jawapan pada permohonan aku sebenarnya telah ada pada Allah dan telah tertulis sejak azali lagi samada berjaya atau tidak.Apa saja keputusannya, aku akan menerima sebagai suratan takdir.
Kalau berjaya nanti, insyallah kain pelikat gombang aku pasti akan turut serta berkibaran di bumi US , tapi kalau gagal disebaliknya, pasti ada hikmah yang Allah tak izinkan kaki ku menginjak bumi mereka.

Isnin, Julai 30, 2012

BANYAK SOALANNYA

ALHAMDULILLAH

Orang kata susah nak dapatkan visa ke USA sampai ada yang mohon 3-4 kali masih gagal. Aku sangat setuju dengan dasar mereka yang pada hakikatnya melindungi rakyat mereka sendiri dari kebanjiran PATI , namun setiap hari ramai rakyat Mexico dan seangkatan dengan bergadai nyawa hanya untuk masuk ke US . Kalau kita tengok dokumentari berjudul US Border , lihatlah bagaimana mereka menjaga setiap inci negara mereka dari dicerobohi oleh PATI.

Cuba kita lihat sekarang kebanjiran PATI ke negara kita yang mencapai tahap serius terutama di bandar2 besar . Lagi satu masalah utama yang masuk secara sah dengan pelbagai jenis visa seperti Visa Pelajar, Visa Semasa Ketibaaan dan pelbagai visa lagi menyebabkan sekarang pelbagai masalah sosial timbul yang mendatangkan kemudaratan kepada kita.Kita mesti mengakui bahawa sistem pemberian visa kita agak kurang ampuh .

Amoi2 yg masuk dengan visa pelancong dan visa pelajar akhirnya berbondon2 setiap malam menjadi kupu2 malam , rakyat africa pula yang masuk dengan visa pelajar pula sekonyong-konyong menjadi mat-mat salleh yang handsome di alam maya lalu berkeliaran di alam maya mencari mangsa seterusnya dalam sindikit penipuan .

Oleh itu , sesebuah negara yang berdaulat seharusnya menjalankan satu sistem tapisan yang ketat agar yang datang ke negara mereka hanya berniat baik dan pasti akan kembali ke negara asal .

Tu sebab pelbagai soalan yang perlu dijawab dalam DS 160 secara jujur . Itu belum lagi masa interview. Setiap soalan mesti mempunyai jawapan dan dokumen sokongan untuk diajukan nanti semasa interview. Barulah itu dinamakan sebagai langkah2 pencegahan . Negara kita seharusnya berlajar dan mengambil apa yang baik dari mereka agar kedaulatan negara kita terus terjamin. Hendakkah kita nanti zaman anak cucu kita merempat di negara sendiri akibat PATI yang melambak di sana sini .

Langkah pertama, gambar foto ku yang telah diedit menggunakan "tool" yg mereka sediakan perlu "diupload" terlebih dahulu dan barulah ke sessi seterusnya.

Macam biasa soalan bahagian A mengenai personal, alamat serta maklumat passport. Kat situ je jangan keliru kerana mereka menggunakan 'Sir Name" dan "Given Name"

Bahagian B buat aku pening sikit kerana diminta "travel information" seperti tarikh ketibaan ke USA , No Flight dan tiba di mana, lokasi yang aku nak kunjungi , alamat hotel , US Contact Information . Aku belum pun booking tongkang dan hotel nanti di sana ,macam mana aku nak isi. Jadi aku ingat kata staff dia masa aku telelefon , isilah jawapan dengan sejujur-jujurnya ikut kesesuaian . Maka aku isilah mana yang patut .

Bahagian seterusnya ialah maklumat keluarga hinggakan nama atuk2 kita sekali pun serta tarikh lahir mereka depa nak. Kemudian mereka nak tahu samada ada tak anggota keluarga kita di yang berada USA. Aku terus terang kata ada , pasal 25 tahun yang lalu , sorang adik aku memang pergi belajar di sana , tapi perginya tak pulang hinggalah sekarang . Rasanya dia dah dapat "green card" jadi warga USA .

Bahagian ni jugak agak lengkap perlu diisi iaitu Work/Education?Tranining Information. Semua aku isi yang aku kerja noreh dah 23 tahun, dulu aku belajar kat sekolah toreh menoreh dan dapat sijil kepujian dalam jurusan torehan .Nama mandor pun dia hendak.

Mereka juga minta kita senaraikan negara2 yang pernah kita lawati sepanjang tempoh 5 tahun kebelakangan . Dalam passport aku memang tercongok visa umrah , tapi aku tak rasa itu menjadi penghalang kerana seperti yang aku katakan , semua tu kerja Allah , kalau dia kata nak dapat visa ke USA tu, dapatlah, kalau tak , taklah .

Bahagian akhir sekali ialah Security and Background Information. Yang tu senang sikit pasal dia jenis tanda "yes" or "no".

Alhamdulillah, utk bahagian aku hampir 2 jam baru siap sempurna. Syukur internet tak breakdown sepanjang masa tu. Lalu aku lanjutkan pula utk borang DS 160 mak itam yang boleh dilinkkan dengan aku punya , jadi masa interview nanti tak payah asing2. Dua2 orang sekali masuk nanti. kemudahan tu utk yang dah bekeluarga dan ada hubungan .

Akhir sekali turunkan tandatangan secara digital yang aku bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang aku laporkan . Pasti mereka akan menyemak sedalam2nya setiap permohonan sebelum sessi interview nanti di kedutaan yang aku pilih jam 8.50 pagi di suatu pagi isnin yang ceria dan indah .

Ya Allah, permudahkan segala permohonan hamba mu ini.

Jumaat, Julai 27, 2012

ALLAH MAHA BESAR : SESSI MENJAWAB SECARA ONLINE

NAME PROVIDED : PAK ITAM
DATE OF BIRTH : LAMA DULU
GENDER : LELAKI SEJATI
PURPOSE OF TRAVEL : NAK MENGUBATKAN ORANG
inilah rupa confirmation page yang perlu dicetak dan dibawa semasa interview
tak bawak , babai lah

ALHAMDULILLAH

Sepatutnya aku kena isi DS 160 secara online dulu , baru aku tetapkan tarikh dan masa temuduga dalam satu lagi interface secara online, tapi nasi dah jadi bubur.Aku dah terbuat appoiment dulu.

Aku tak panik , aku cuba mendapatkan talian bantuan meja (deskhelp) di www.ustraveldocs.com/my yang sebelum ini banyak aku baca di mana2 begitu sukar untuk menghubungi dan menembusi talian mereka hingga ada yang berputus asa.

Allah yang maha berkuasa dan dan izinnya juga, aku dapat bercakap dengan seorang staffnya dan beliau membantu aku prosedur untuk meneruskan pengisian dalam DS 160 nanti dan setelah siap nanti, menelefon pihak mereka kembali untuk "dilinkkan" nanti DS 160 dengan "schedule appoiment" kerana ia akan menjana nanti satu id dan kod bar untuk proses temuduga nanti yang sangat penting. Kalau takde kod bar dan keratan tu, memang tak boleh masuk langsung dalam kedutaan nanti untuk proses temuduga nanti.

Mereka juga masa tu telah membetulkan tarikh lahir aku akibat salah faham tentang "date format" yang mereka gunakan berbanding kebiasaan kita yang menggunakan "English UK" sedangkan mereka menggunakan format mereka sendiri iaitu " English US". untuk "English UK" formatnya dd/mm/yyyy (hari/bulan/tahun) manakala " English US" mm/dd/yyyy (bulan/hari/tahun).

Jadi akibat salah isi, sistem menjana tarikh lahir ku yang salah dan tak sama dalam passport antarabangsa ku . Tak boleh betulkan di situ kerana ada beberapa maklumat utama yang sistem mereka akan "lock" dan hanya mereka sahaja boleh mengubahnya bila dah "save" dalam server mereka.

Masa nak betulkan dalam talian , kena aku scan "birth of certificate" atau sijil kelahiran sebagai bukti sokongan dan kena upload di "medan" yang mereka sediakan.

Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan aku kerana kalau tak , 48 jam jugak diperlukan oleh mereka mengikut standard yang telah mereka tetapkan untuk melakukan sesuatu pembetulan kerana mereka perlu melakukan siasatan dulu , tapi kerana aku menyuarakan kesilapan semasa aku dapat bercakap dengannya, tak sampai 30 saat juga , tarikh lahir ku telah diubah dalam sistem menyebabkan dapat aku teruskan pengisian dalam DS 160 .

Rabu, Julai 25, 2012

5 cm x 5 cm BERLATARBELAKANGKAN PUTIH

ALHAMDULILLAH

Aku mula belek2 pula foto kami yang 5cm x 5 cm yang aku sekali ambil masa buat foto untuk passport antarabangasa dan mula membandingkan pula dengan kehendak syarat untuk yang ditetapkan dalam DS 160 yang perlu aku lengkapkan nanti. Belek punya belek , tak menepati syarat kerana kepala, telinga , rambut , dagu serta bahu mesti "center" betul2 , kalau tak, habislah permohonan aku nanti akan ditolak mentah2.

Kata dia tak boleh gunakan foto yg telah berusia 6 bulan dari tarikh diambil, kalau tak boleh aku gunakan foto lama dan tak payah membazir .

Pegi sekali lagi aku ke kedai gambar tu utk ambil sekali lagi dengan contoh foto yang disyaratkan agar tak salah dan menepati syarat2nya. Setelah berpuashati, maka aku ambil selangkah lagi tindakan untuk membuat pembayaran sebanyak RM512.00 seorang bagi permohonan di DS 160 kategori B (B1 dan B2). Bergegas aku ke Standard Chatered JB kerana hanya pihak mereka sahaja yang menjadi wakil menerima bayaran tersebut dan satu ID Unik akan diberikan utk langkah2 seterusnya nanti.Selepas 4 jam membuat bayaran, barulah aku boleh mengisi secara atas talian DS 160.

Ini baru permulaan dan selepas setiap kali solat dan juga ditengah keheningan malam, aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan aku yang berkaitan dengannya dan aku mendapat apa yang aku hajati dengan keizinanNYA juga.

Apa itu DS 160.

Setiap pemohon termasuk kanak-kanak perlu mempunyai permohonan visa DS-160 sendiri. DS-160 perlu dilengkapkan dan dihantar secara dalam talian sebelum temu duga di Kedutaan di Kuala Lumpur. Nombor kod bar pada halaman pengesahan DS-160 diperlukan untuk menempah slot temu duga. Borang DS-160 dihantar secara dalam talian .Pihak Kedutaan tidak akan menerima permohonan bertulis tangan atau ditaip dan anda tidak akan dibenarkan menghadiri temu duga tanpa halaman pengesahan DS-160.

Apabila telah menandatangani DS 160 secara elektronik, hendaklah kita pastikan dan mengesahkan bahawa semua maklumat terkandung di dalamnya adalah betul dan benar. Kesilapan dalam memberi maklumat boleh menyebabkan kita tidak layak memasuki Amerika Syarikat. Jadi kena semak semula jawapan untuk memastikannya tepat dan setiap soalan dijawab dengan lengkap.

Alamak

Dah macam nak jawab soalan masa peperiksaan STPM pula dan yang pasti semua "homework" dan "Paper Work" dah siap sedia sebelum aku memulakan pengisian di dalam DS 160 secara atas talian nanti.

Ia merupakan langkah pertama dalam memohon visa ke US yang begitu rumit sekali dan banyak kertas kerja dan dokumen2 yang perlu disiapkan agar permohonan tidak ditolak begitu sahaja.

Apa yang berlaku seterusnya ,

Adakah Allah merestuinya dan mempermudahkannya ...

inilah foto yang mereka kehendaki
mengikut format mereka


kalau2 kalian terserempak kat tengah jalan
tegur2 lah
kalau salah orang , aku tak bertanggungjawab hehehe

kalau gambar ni sampai bawah ,
ada tangan aku tengah pegang blazzer tu
apalah punya kedai, blazzer dah tak rupa blazzer
butang pun takdak hahaha
aku tak nak pakai blazzer ni
dia tak kasi suruh pakai jugak hahaha
macam blazzer nak pegi hadiri pengkebumian je hehehe
lantaklah labuuuuuu