WARGA SCP

Khamis, Ogos 02, 2012

REZEKI KU HARI TU TANPA DISANGKA-SANGKA

ALHAMDULILLAH

Melangkah keluar dari Kedutaan dengan penuh rasa syukur kerana akhirnya dengan izin Allah, langkah pertama kami untuk melihat bumi ciptaan Allah nun jauh di sana akhirnya akan terlaksana dengan berjayanya kami memiliki visa .

Berdesup kami ke Pavilion dan parking motor roda tiga di sana .Dah dekat jam 12 tengahari. Akak pulak takde kelas pagi ni, Adik pula hari ni kira cuti dan petang nanti bila balik ke JB, baru aku pulangkannya semula ke asrama.

Anak2 nak makan kat Manhattan Fish di sana dan niat hati aku pula nak pergi Jalan Raja Chulan , tapi malas pulak nak memandu lalu teksi pilihan kami .Jadi park motor roda tiga dan tahan teksi kat depan Pavillion menuju ke Jalan Raja Chulan.

Naik LEVEL 22 Menara Goldhill di mana terletaknya The Swatch Group Malaysia kerana jam tangan kepunyaan ku harus dihantar ke sana kerana perlu diservis dan dibaiki mana yang patut .Satu button touchnya tercabut dan kekadang "touch" tak berfungsi dengan betul . Kalau aku hantar mana outlet yang jual Tissot ni, depa hantar ke Swatch Group ni jugak dan makan masa 6 bulan pulak. Baik aku terus "direct" pegi hantar sendiri.

Manakan tidak jam aku ni dia meragam. Aku lenjan jam ni pi sana sini , lasak sungguh . Rasanya berbaloi kerana dah lama jugak aku pakai . Dah merata ceruk dunia jam ni dah sampai. Mana dia tak meragam .

Aku tak pernah pergi lagi The Swatch Group ni punya servis centre. Rupa2nya pejabatnya macam lobby hotel pulak . Mendaftar dulu lalu ku unjuk jam aku yang meragam ni.Belakang front desknya, nampak jurutera2 dan technicannya dengan berpakaian putih macam doktor tengah dok kojorepair jam.

aku suka pakai jam ni pasal ada arah mata angin dalam fungsinya
jadi senang aku nak cari arah kiblat bila ke tempat orang
jam aku ni byk berjasa pada ku
foto ni dirakamkan pada pukul 9.42 pagi waktu South Africa 2 tahun yang lalu
masa aku dok menunggang zirafah

Mengikut katanya , alatganti bagi model Tissot T Touch ni dah diberhentikan pengeluarannya, tapi jangan risau kerana jika aku menyerahkan jam aku kepada pihak mereka untuk dihantar ke kilang pengeluaran mereka di Swiss, mereka akan mengantikan aku dengan model yang hampir serupa yang reganya boleh tahan juga . Tapi aku hanya perlu membayar separuh dari harga sebenar (diskaun 50% ) sebagaimana mana program penukaran jam bagi model2 tertentu yang mereka anjurkan.

Ini sudah baik dan rezeki tanpa disangka2 turun dari langit dari Allah. Daripada jam tu tersadai begitu sahaja yg aku tak pakai hampir 6 bulan jugak , baik aku terima tawaran ini . Mereka akan mengantikan dengan model terbaru berdasarkan model lama aku yang mereka berhentikan pengeluarannya .

Alhamdulillah

Jangka masa diambil antara 1-3 bulan untuk program penukaran ini . Takpalah, janji aku dapat jam baru yang keluar dari kotak lagi serta jaminan yg baru serta model terkini . Sementara tu, aku ikat dan gantung jelah jam dinding kat leher aku ni hehehe

Terkenang aku sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”

Rezeki jangan ditolak
Musuh jangan dicari

Firman Allah s.w.t.yang bermasksud :

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Agaknya inilah hikmah dari kerosakkan yang dialami oleh jam ku yang Allah nak gantikannya dengan yang baru dan lebih baik walaupun kena keluarkan sikit lagi RM.

Alhamdulillah


ni model yg depa akan gantikan
aku gogel dari internet melalui no. model yg depa berikan


8 ulasan:

  1. syukur alhamdulillah
    reseki di bulan Ramadhan yang mulia

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ramadhan buat pB sekeluarga

      itulah namanya rezeki, semua kerja Allah

      alhamdulillah

      Padam
  2. Salam bapak,
    alhamdulillah settle sudah urusan visa itu ya...
    bapak tak mo tukar ke tag heuer kah, sama tempat kelahiran dengan tissot tu...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam LW

      alhamdulillah

      semua dah selesai , hanya nak naik tongkang je ke sana yg belum hehehe

      bapak ada sepasang tag heuer link hehehe
      tu yg bapak hantam pakai sementara cik tissot tu meragam

      pengabis habis dah calar balar cik tag tu

      Padam
  3. Assalammualaikum Pak Itam.

    Alhamdulillah.

    Saya baru mengikuti blog Pak Itam nih - memang menarik!

    Bercakap pasal jam Swatch ini, saya pun baru-baru ini menghantar jam anak-jam (jam Swatch kegunaan mereka ke sekolah - bukan seperti jam Tissot cam Pak Itam pakai tu) ke kedai Swatch untuk mengganti buckle yang terputus dan menggilap semula. Apabila ditanya, jurujual cakap ada kos yang tertentu. Namun setelah siap, jurujual memberitahu bahawa tiada bayaran kerana dia menggunakan buckle yang sedia ada daripada jam-jam lain yang juga dihantar untuk diservis. Kami juga mendapat sebuah kotak jam baru bagi menggantikan kotak yang telah rosak - juga tanpa bayaran. Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka juga buat kami.

    Yang menariknya, jurujual itu bukan beragama Islam. Kami berdoa agar Allah memberikan hidayah kepadanya.

    Tahniah juga kerana Allah memudahkan urusan mendapatkan visa USA Pak Itam. Semoga musafir ke sana membawa berkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam aabn

      alhamdulillah

      terimakasih krn sudi mengikuti SCP yg kekadang merepek meraban juga ikut mood saya hehehe

      kekadang tu rezeki Allah nak bagi kita tanpa disangka dan dlm pelbagai bentuk, yg paling penting kita bersyukur dan menyedari setiap pemberian Allah tu sangat2 bermakna sebenarnya

      Padam
  4. Assalamualaikum Yob,

    Waaah jam baru, diskaun pulak tu, Alhamdulillah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      lum dapat lagi hehehe

      Padam