WARGA SCP

Jumaat, Ogos 03, 2012

10 YEARS

ALHAMDULILLAH

Ada beberapa cara yang mereka berikan untuk mengambil kembali passport antarabangsa setelah lulus permohonan visa. Sama ada ambil di wisma MCA, Kuala Lumpur satu hari bekerja selepas berjaya dalam temuduga visa, atau dihantar sendiri oleh pihak kurier mereka ke pintu rumah atau ambil sendiri di pejabat kurier mereka kira-kira dalam 2 hari bekerja .

Aku memilih mengambil sendiri di pejabat cawangan kurier mereka , Aramex di sekitar JB kerana mereka tak hantar ke teratak ku yang berada di tepi hutan kerana bukan dalam laluan mereka.


Lepas sahaja temuduga isnin lepas, selepas zohor aku berdesup balik ke HC . Hari rabu pagi aku menerima panggilan tel dari Private No. yang mengatakan passport ku telah berada di JB untuk diambil . Petangnya aku berdesup pula ke JB untuk mengambil kembali passport yang telah ditampalnya dalamnya Visa memasuki ke USA.

Tunjukkan keratan kad putih tersebut sebagai salah satu syarat dan bukak2 ,

Alhamdulillah, 10 tahun depa kasi visa untuk memasuki USA. Tahun 2022 nanti , baru visa tu tamat tempoh . Entah2 masa tu aku hidup lagi ke tidak.

Maksud 10 tahun di sini, bukan aku boleh pegi dan tak balik2 selama 10 tahun.
10 tahun bermaksud aku boleh pegi balik, pegi balik dan tak payah buat proses permohonan visa hinggalah visa aku tu tamat .

Jadi RM512.00 sorang utk permohonan visa tu memang berbaloi.

visa usa yang ditampal dalam passport
esok lepas 5 tahun passport tu mati
kena simpan bebaik passport lama tu kerana visa tu masih sah lagi

Mereka memberi kami visa dalam kategori B1 untuk perniagaan dan juga kelas B2 untuk melancong atau untuk tujuan perubatan.Jadi nanti bolehlah aku meniaga dan memasarkan gotah beku dan kopok leko serta kain pelikat gombang kat sana nanti .Dalam pada tu , boleh pi mengobatkan orang jugak .

Bumi Amerika besar sangat , alang dari East Coast USA nak ke West Coast USA pun ambil masa 5-7 jam penerbangan , jadi kalau di izinkan Allah , mungkin dalam jangkamasa 10 tahun visa tu hidup, insyallah kami nak khatamkan North, South, East serta West America .

Buat kali pertama ni , aku nak menjelajah ke West Coast USA meliputi Los Angeles, California, Grand Canyon serta San Francisco dan Las Vegas . Pasti kami akan mengunjungi Mickey dan Minnie di Disneyland serta melepak di Universal Studio nanti.

Bila tarikhnya, tunggu aku siap betulkan layo dan tampal tongkang aku yang bocor hari tu masa masa kami dok mendayung ke Istanbul hari tu hehehe

Beso bocornya hehehe

Aku kena noreh kekuat lagi dan kutip hutang dengan lebih gigih lagi lepas ni kerana aku nak merealisasikan impian ku menginjak sebuah lagi benua di bumi bertuah kepunyaan Allah S.W.T.

Permudahkan Ya Allah

Insyallah

10 ulasan:

  1. Hj CR,

    Alhamdulillah visa dah dapat, mesti best dapat berjalan ke USA. Saya begitu teringin ke USA..buat masa ini belum ada rezki lagi.. Saya tunggu gambar2 menarik.Insyallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      insyallah

      kalau diizinkan Allah , pasti sampai ke sana

      Padam
  2. Salam bapak.

    Gitu ka rupa visanya, ni first time saya tengok. Lama bebenor masa yg dema bagi tu naa, gamaknya bukan semua orang dapat tempoh visa yg lama gitu, ikut budi bicara dema eh?

    Mesti teruja Mickey & Minnie jumpa bapak & Mak Itam nanti. Bawak la kain batik & kain pelikat gombang bagi kat dema sorang 1, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      kira ikut budi bicara depa

      ada yg dpt setahun, ada 5 tahun , paling lama 10 tahun

      nanti bapak bawakan sekodi hehehehehe

      Padam
  3. Visa kami ke USA dah tamat 2011 lalu, diambil sewaktu 2001 (last pergi tahun 2001 pun , lepas tu tak guna2 dah visa tu ) .Memang rindu nak ke sana lagi , kami belajar ( 1985-1987 ) dan kahwin di sana, dapat 2 anak juga di US ,tapi bak kata you, negara tu besar, kami belum sempat jelajah semua negeri di sana .

    Selamat menjelajah USA !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak

      beso beno usa tu , tak terabis kalau mengembara kat bumi Allah tu

      Padam
  4. salam bapak,
    wahhh nak bawa pelikat gombang ke us? hebat!
    ok semoga urusan bapak dipermudahkanNya.
    Jangan lupa update yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah

      moga dipermudahkan nanti

      moga harga goteh terus melambung hehhehe

      Padam
  5. kalu jadi saya sekeluarga akan ke los angeles bulan disember nanti. Makanan blh dibawa ke? senang ke dapat makanan halal? adakah waktu tu musim sejuk? banyak tak tempat untuk shopping khususnya handbag ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. utk yg dalam paket rasa takde masalah,
      makanan halal rasanya tak sukar , cuma kena pandai cari , cuba google halal.com

      disember tgh winter di sana , tentang shopping tak perlu risau, banyak factory outlet kat sana

      Padam