WARGA SCP

Rabu, Ogos 01, 2012

JUST 3 to 4 MINUTES, ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH

Ting tong , A 069 Flying Horses, Counter 5
dalam slang american

No. kami dipanggil tepat jam 11 pagi selepas kami masuk ke Kedutaan US 2 jam sebelum ini , akhirnya saat yang ditunggu2 tiba jua , bingkas bangun kami berdua lalu masuk ke kiosk lalu disapa dengan ucapan "Morning" oleh pegawai penemuduga tersebut yang kelihatan tenang dan ceria . Orang kata kalau mood depa tak baik , selalunya gagal hehehe

Aku memang doa lagi tadi agar dapat dengan penemuduga kat kaunter ni kerana dari pengamatan ku hampir 2 jam, kena kaunter lain banyak yang keluar dengan hampa .

Pertanyaan pertama :
Eden nak buek apo pi USA

Pertanyaan kedua :
Eden kojo apo dan masih kojo ko atau udah pencen sambil aku kata kami dok menoreh lagi dan aku unjuk surat pengesahan dari persatuan penoreh getah sedunia serta penyata terkini kutipan gotah beku kami selama 3 bulan berturut-turut.

Aku dah standby geran tanah tempat aku noreh, mana tahu dia nak sebagai bukti yg aku bebetul menoreh kat atas tanah , bukan menoreh atas angin heheheh

Pertanyaan ketiga :
Dia tanya aku ada adik kat USA seperti yang aku isytiharkan secara atas talian dalam DS 160, nanti kalau pergi sana bolehlah cari atau jumpa dia, aku kata dah 25 tahun kami tak jumpa dan aku pun tak tahu dia kat mana pasal USA tu beso bebeno lalu dia tersenyum .

Lepas tu takdak pertanyaan dah, lalu dia terus unjuk aku 2 keping kad putih yang menyatakan passport dan visa aku akan siap esok hari.

Semua berlalu dalam jangkamasa lebih kurang 3-4 minit je


Alhamdulillah

Allah telah memakbulkan doa2 ku dan usaha ku untuk mendapatkan visa ni dan diberkatinya.


Sebenarnya banyak pengajaran dan iktibar yang aku dapat dari hanya secebis peristiwa biasa2 je untuk mendapat visa ke US ni.

Kita sebagai insan yang lemah bukan sahaja perlu , tapi MESTI bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita berusaha dan berikhtiar dengan sebaik mungkin lalu meletakkan pula pergantungan sepenuhnya secara total kepada Allah.

Kalau dapat apa yang kita hajati, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang paling utama dan penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.
Janganlah kita gadaikan akhirat semata untuk mendapatkan dengan habuan duniawi yang bersifat sementara ini. Tapi usaha dan ikhtiar sangat dituntut dalam sesuatu perkara sebelum kita berserah dengan sepenuh serahan kepada Allah.
Namun setiap yang berlaku pasti tidak akan dapat mengatasi takdir dan suratan Allah.
Aku pernah terbaca pengalaman sorang individu ni . Seorang lelaki yang sangat2 memerlukan rawatan kesihatan yang terdapat di USA. Jadi dia pun mohonlah visa kategori B2 untuk rawatan perubatan. Isteri dia pulak nak ikut sama lalu sesamalah mohon visa ke sana.

Takdir Allah , suami yang memang nak pergi sana tak dapat visanya sedangkan isterinya yang hanya nak menemankannya dapat pulak lulus pulak visanya ke sana. Jadi yang pastinya jawapannya tak pegilah pasangan tu ke sana . Kesian sungguh.

2 keping Visa Pick-Up Ticket utk kami berdua
kalau satu je dia kasi dan satu lagi pulangkan passport
bermakna sorang je lulus visanya
sapa yang dia kasi kad putih ni a.k.a Visa Pick-Up Ticket
maknanya permohonan visa mereka ke sana diluluskan
berapa tahun dia bagi
kita tak tahu
nanti ambik passport baru tahu

3 ulasan:

  1. Salam bapak.

    Lulus sudah, alhamdulillah! Setelah puas berpenat lelah buat macam2, lega rasanya kan.

    Saya tak tau pun begini punya susah nak dapatkan visa untuk ke US tu. Pengalaman yg sangat berharga untuk saya baca nih, terima kasih bapak.

    Sekarang harapan untuk saya melihat kain pelikat gombang tu berkibaran hampir tercapai sudah. Jangan lupa, okeh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      memang paling rumit nak dapatkan visa ke USA tak kira apa kategori visanya yang begitu banyak , memang satu pengalaman jugak bapak menguruskan sendiri dari A - Z .

      Masa nak mohon tu, bapak cakap kat mak itam, kalau tak dapat , maknanya Allah tak izinkan kaki kita nak jejak ke sana dan bapak takkan mohon lagi

      insyallah , kain pelikat akan berkibaran di bumi uncle sam hehehe

      Padam
  2. Salam bapak,
    Saya juga seorang penoreh yg bercita2 ke bumi US..bagaimana dan dari jabatan mana bapak mendapat surat pengesahan sebagai penoreh..dan geran tanah kita perlu translate ke english tak? Saya tiada bank statement dan slip gaji. Bekerja di atas kebun sendiri

    BalasPadam