WARGA SCP

Rabu, September 19, 2012

SEPETANG DI BATU FERRINGHI


Melayu
Karya Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan


Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.


Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


ALHAMDULILLAH

Kalau direnung sedalam-dalamnya maksud puisi di atas karya agung sasterawan negara kita, pasti banyak yang kita boleh ambil sebagai panduan , motivasi dan apa jua dalam kelangsungan hidup kita seharian di dunia yang fana ini.

Rata2 ramai jugak yang tersinggung akan sindiran yang cuba disampaikan oleh Usman Awang melalui karyanya ini. Namun itulah kenyataannya walaupun pahit perlu kita telan kerana yang pahit itukan sebagai penawar atau ubat dan tidak semestinya menjadi racun manakala yang manis itulah yang seringkali buat kita alpa .

Namun bagi yang sedia menerima kenyataan bahawa itulah hakikat yang kita hadapi masa kini, pasti timbul kesedaran dalam hati .Mungkin kita yang dah berusia tidak dapat berbuat apa2 untuk membetulkan keadaan, namun pasti semangat untuk berubah itu boleh kita tanam dalam diri anak2 kita serta jugak anak2 bangsa kita agar suatu hari nanti apa yang cuba disampaikan oleh Usman Awang dalam rangkap terakhir terlaksana seperti :

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Terkenang dulu saat2 ketika aku mahu memperbaiki taraf hidup ku ketika itu.

Yang mentertawakan aku sendiri jugak adalah bangsa ku sendiri.
Yang cuba menjatuhkan aku sendiri juga adalah bangsa ku juga.
Yang memperlekehkan aku sendiri juga adalah bangsa ku juga.
Yang cuba menjahanamkan aku sendiri juga tak lain tak bukan bangsa ku sendiri.

Hingga kekadang ketika itu aku berfikir , siapa sebenarnya musuh dan saingan ku .

Mujur Allah tak pernah menutup pintu hati ku untuk berputus asa dan terus melupakan kekecewaan itu dan melangkah dan terus melangkah walaupun langkah ku tidak sehebat mana jika mahu diukur , namun aku sangat bersyukur kerana bukan kuantiti yang aku cari, tapi keberkatan yang menjadi matlamat ku kerana akhir perjalanan ku pasti berakhir di titian Siratul Mustaqim kelak sebelum singgah samada di syurga atau sebaliknya .

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Al-Qasas: 77)


Syukur kehadrat Allah kerana aku bisa lagi menikmati desiran bayu Mu di sini hasil dari rezeki dan nikmat yang Kau kurniakan .

Alhamdulillah.


Selasa, September 18, 2012

BERAPA BULANNNNN

ALHAMDULILLAH

Entah kenapa aku suka dengan gambar yang sempat aku rakamkan di tepi pantai ni. Kalau aku lihat, pasti aku tersenyum lalu teringat sebuah iklan "berapa bulannnnn" hehehe

Sebenar depa ni sedang dok bincang rega untuk "water sport"

Jangan terperanjat jika pada zahirnya kita lihat ianya berbangsa cina ,tapi bercakap melayu dalam dialek indonisia . Mereka sebenarnya adalah rakyat indonisia yang berbangsa cina yang datang melancong ke sini . Kira kalau kat sana udah dikira kaya bangat kerana bisa melancong saban masa .

Apa yang positif yang boleh kita ambil sebagai pengajaran , di negara kita waima di negara jiran2 kita macam Singapura dan Indonisia, ekonomi dipegang oleh mereka . Jadi sampai bila kita nak jadi sebagai pengguna sahaja kerana sebenarnya dalam agama kita sendiri menuntut kita agar memperkukuhkan ekonomi ummah kerana dari situlah baru kita dapat membela nasib agama, bangsa dan negara .

Jadi anak2 muda sekarang sebenarnya harus bangkit melengkapkan diri dengan ilmu2 yang berkaitan . Mungkin 20-30 tahun akan datang , kita akan melihat hasilnya yang bangsa kita dapat menguasai 30-40 % ekonomi negara berbanding sekarang hanya segelintir puak sahaja yang berkepentingan yang menguasainya termasuklah hanya segelintir sahaja orang kita yang boleh dikira dengan jari .


Janganlah anak2 muda sekarang lebih selesa jika dapat bekerja di pejabat2 sahaja yang berhawa dingin dan bertali leher serta berpakaian kemas setelah mengulung sekeping ijazah sedangkan hakikatnya kadangkala ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana belum hujung bulan je, dalam poket dah kering .

Manakan tidak kerana mana nak bayar pinjaman pelajaran , mana nak bayar sewa rumah dan kereta serta sebagainya . Hendak2 sekarang , kos hidup semakin meningkat.

Tu sebab sekarang cuba kita lihat ramai yang terjebak dalam belenggu hutang ialah anak2 muda yang dalam peringkat umur 20-han
sedangkan kita lihat rakan2 kita dulu dari bangsa lain yang belajar pun tak seberapa dan selekeh je hingga sekarang , tapi poketnya "tak selekeh"

Namun jangan salah faham pulak maksud aku ni,
bukan maksud ku semua harus nak jadikan perniagaan sebagai mata pencarian , karang sapa pulak nak jadi cikgu, sapa pulak nak jadi tukang kebun dan sebagainya , tapi maksud ku ialah kalau boleh aku nak lihat ramai bangsa ku satu hari nanti

"berdiri sama tinggi, duduk sama rendah"

dalam menjana ekonomi negara sendiri dan tidak ketinggalan terus dimakan arus kemajuan .

Bila masanya ,

berapa bulannnnnnn
berapa tahunnnnnnn

kita harus merintis ke jalan itu dari sekarang sebelum terlambat .

Walaupun hanya sekadar sekeping foto , namun ia sebenar menjentik diri ku untuk berfikir seketika nasib anak bangsa ku suatu hari nanti dikemudian hari.



Jumaat, September 14, 2012

HOTEL BATU KERAS

ALHAMDULILLAH

Hard Rock Hotel Penang ni rasanya baru dibuka setahun dua lalu pada 19 september 2009 yang asalnya adalah Hotel Cuasarina kalau tak salah aku . Depa beli dan renovate semula . Kebetulan cuti raya pulak, ciak-miak tempat ni dengan pengunjung yang ramai dan bebudak kecik .

Bilik aku tingkat 4 menghadap laut dan pantai .

Kebanyakkan hotel dan resort di tepi2 pantai biliknya mengadap laut merupakan satu keistimewaan dan kelebihan mereka. Namun ada sesetengah hotel dan resort yang akan mengenakan extra charge jika kita memilih bilik sebegitu mcm di Hyatt Telok Cempedak .Kira Sea View lain reganya. Samalah jugak kalau kat Makkah. Haram View lain reganya, Kaabah View lagi reganya berlipat2 ganda .

Aku kalau jadi towkey hotel atau resort nanti nak buat bilik mengadap langit atau langit view hehehe

Overall , biliknya menarik, bersih dan tersusun kemas serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan . Tilamnya dan bantal jugak empok sekali .Macam kebiasaan, aku pasti cari bantal spare kat almari kerana aku kalau takda bantal nak buat peluk masa tidur, nanti tidur aku tak nyenyak hehehe

Sepanjang aku menginap kat mana2 hotel, rasanya tak pernah pulak jumpa depa sediakan sekali dengan bantal peluk yang bulat tu hehehe

Kira kondisi bilik aku kasi 4 bintang dari markah penuh 5 bintang .

Sesebuah hotel atau resort yang besar sukar sebenarnya nak mencapai tahap maksimun secara keseluruhan dari apa yang mereka tawarkan. Ada yang biliknya biasa2 je , tapi makannya marvelous macam Concorde Hotel . Ada pula sesetengah hotel yang bilik tip top, tapi makanannya pula tak mencapai tahap piawaian dan biasa2 je berbanding barisan bintang hotel mereka .

Tapi apa pun itu tidak menjadi masalah besar bagi ku kerana semuanya itukan rezeki dari Allah dan aku syukur sesangat . Cuma sebagai penyedia perkhidmatan , dah sememangnya mereka perlu menyediakan perkhidmatan yang sebaik2nya selari dengan bayaran yang dikeluarkan oleh pelanggan mereka .Nak2 sekarang ni semenjak ada zaman internet pelbagai forum didalamnya . Bukaklah laman web tripadvisor, kat dalam tu semua ada samada yang positif atau yang negatif berkaitan sesebuah hotel atau resort . Jadi nak tak nak, pihak2 hotel kena jaga standard mereka. Tapi aku setakat ni syukur alhamdulillah pada Allah kerana takde isu atau masalah besar aku alami sepanjang aku bercuti kat mana2.

Cuma sekali tu masa aku menginap di area Cherating dalam perjalanan pulang ke Johor. Habis bila balik satu beg baju yang tak pakai pun kena basuh kerana melekat sekali bau hapaknya kerana bilik tu dan aircondnya bau hapak sikit . Mungkin depa jarang bukak tingkap dan udarakan bilik tu dan sembur dengan air freshner.

Yang aku heran depa mengakui hotel mereka berbintang2 hehehe

Tapi aku masih boleh ketawa dan senyum kerana bila aku nak checkout, rupanya ada sahabat aku yang tinggal kat situ dah bayarkan semua harga bilik . Mungkin Allah bayar harga kesabaran aku dengan bilik percuma yang dijelaskan oleh insan lain

Alhamdulillah


Dari balkoni petang tu aku sudah keluarkan dslr aku dan mula menembak ke arah kolam renang di bawah . Tapi pool kat HRH Singapore lagi besar dari sini.Mungkin kerana di sini depa dah takde kawasan lagi kerana pastinya nilai harta tanah di sekitar Batu Ferringi ini entah berapa ribu agaknya sekaki persegi.

Tapi katanya keseluruhan kawasan kolam renang tu dalam 26,000 kaki persegi jugak dan yang terbesar di Pulau Pinang.


Terdapat pelbagai pilihan bilik yang ditawarkan di HRH Penang ikut citarasa masing2 antaranya :

Hillview Deluxe King Bed or 2 Single Beds 29 m2
Hillview Deluxe with balcony King Bed or 2 Single Beds 41 m2
Family Room King Bed with a Single Trundle Beds or 2 Single Beds with a Single Trundle Beds 53 m2
Seaview Deluxe King Bed or 2 Single Beds 35 m2
Lagoon Deluxe King Bed or 2 Single Beds 42 m2
Kings Club Seaview Deluxe * King Bed only 35 m2
Seaview Studio Suite * King Bed only 53 m2
Rock Star Suite * King Bed only 93 m2
Kings Suite * Hollywood King and King Bed 185 m2


Memula aku ingat nak Lagoon Deluxe kerana bukak2 je pintu terus bercebur dalam kolam renang .Kira balcony bilik tu terus ke dalam pool .

Tetapi aku batalkan niat aku kerana rasa takde privacy pulak, mana tau buat2 terlucut ke, tersingkap ke kain pelikat gombang yang aku pakai , dah jadi tontonan pulak hehehe


OK guys,
jumpa lagi minggu depan kerana aku nak berehat dari berblog kerana cuti minggu ni panjang sekali sempena cuti umum Hari Malaysia

Semoga kalian ceria selalu dan sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah

Insyallah




Khamis, September 13, 2012

MEREMPAT

ALHAMDULILLAH

Lepas kat Lone Pine, aku kena keluar dan merempat pulak kat tempat penginapan satu lagi yang terletak di Batu Ferringhi jugak selang dalam 1-2 km je . Memang aku sengaja memilih 2 tempat penginapan berlainan untuk cuti kali ini kerana tak nak bosan dan dapat merasa dua suasana persekitaran yang berbeza .

Jadi checkout dari Lone Pine aku tak terus ke sana terus. Aku ronda2 satu pulau dulu yang pusing2 garenti tak sesat punya . Dah namanya pulau . Cuma aku tak pusing kat roundaboard Balik Pulau tu je hehehe


Semasa buat tempahan melalui website depa tempohari , check in standard biasa dan bagi kebanyakkan hotel pukul 3 pm . Jadi aku sampai HRH ni lebih kurang pukul 5 petang jugak dan pada ku pasti takde masalah sepatutnya kerana aku dah "fine" depa 2 jam lewat jugak .

Pegi2 kat lobby dan isi apa yang patut serta gesek cc , tetiba staff tu cakap ,
"i,m sorry latuk itam , your room belum siap lagi"

"maybe dalam 30-45 minit lagi"

Aku tak marah tapi aku kata nak jumpa "manager on duty" depa kerana kerana sepatutnya tak jadi mcm tu kerana aku sengaja lewatkan 2 jam dari masa check in sepatutnya dan sepatutnya masalah tu tak timbul.

Aku nak mandi kerana badan dah melengas dan tak asar lagi . Takkan pukul 6.00 petang baru nak dapat masuk bilik .


Staff tu dah cuak muka dan gelabah, dahlah welcome drink utk kami pun depa tak kasi . Cecepat salah sorang staff yang rasanya lebih senior cakap ,

"give me 5 minute, i will settel it"

Tak sampai 2 minit, dan-dan terus kata semua dah settel dan kerana kesilapan depa , aku kata nanti aku nak "late check-out" nanti tanpa bayaran tambahan bila kami nak balik nanti . Staff tu kata ,"bisa diatur pak "






Rabu, September 12, 2012

NIGHT MARKET AT BATU FERRINGHI

ALHAMDULILLAH

Nama glamor Night Market, kat tempat bapak panggil pasar malam, kat kampung bapak dipanggil paso lambak , kalau dulu2 dipanggil paso gesel pasal ramai orang .

Cuma kelainan di sini punya Night Market yang lebih mirip kepada Ladies Market di Hong Kong yang menjual barangan perhiasan rumah , perhiasan diri , beg2 dan baju tiruan berbanding pasar malam kat tempat bapak yang banyak menjual makanan dan minuman .

Rasanya Night Market kat sini diadakan setiap malam dan tempatnya di sepanjang kaki lima jalan yang panjang jugak berkilometer.

Cerita pasal pasar malam , kat tempat aku tepi hutan ni , pasar malam semenjak dua menjak ni sentiasa dipenuhi dengan penduduk setempat. Maklumlah, kawasan sekelilingnya dipenuhi oleh peneroka yang dok tengah dapat "durian runtuh" , jadi kuasa membeli mereka tinggi sekarang.

Syukur bagi mereka yang sentiasa beringat kerana langit tak selalu cerah sebenarnya. Terkenang dulu masa buah kelapa sawit melambung tinggi dan masuk ribu riban masa tu, ramai yang lupa diri hingga beli peti ais untuk simpan baju je kerana bekalan letrik masa tu tak sampai lagi di sini.

Masa tu golongan macam aku ni yang keja noreh getah depa pandang sebelah mata je hingga diperlekehkan. Ada pula yang hinggakan bakar duit tu buat nyalakan rokok di mulut. Ini bukan cerita rekaan aku, ini cerita betul .

Ramai peneroka lelaki hidung belang yang lupa diri hingga asyik berulang alik ke Batam yang terletak berdekatan je dengan hutan tempat tinggal aku ni yang hanya memakan masa tak sampai 30 minit jika menaiki bot laju . Apa yang ada di Batam , fikirlah sendiri...

Sampai satu masa bila buah sawit melawas dan takde rega pulak,masa tu baru depa tahu langit tinggi rendah .Lepas tu pokok yg tua kena tebang pula. Hilang semua kesombongan masa tu, banyak kenderaan yang kena tarik, along pula mula masuk ke sini mencari mangsa.

Tapi tak semua peneroka begitu, mana yang jenis beringat, depa simpan duit bila depa tengah "loaded" dan gunakan bila keadaan mendesak.

Itulah,
sentiasalah kita ingati kata bidalan ini
langit tidak selalu cerah,
ku sangka panas sampai ke petang ,
rupanya hujan di tengahari.

Tapi ni bukan hujan di tengahari kerana ketika aku menyusuri Night Market at Batu Ferringhi, hujan sebenarnya baru teduh sejak selepas magrib tadi.







Selasa, September 11, 2012

GOLDEN HOUR AT BATU FERINGGHI

ALHAMDULILLAH

Pantai Batu Ferringhi menghadap tempat di mana sang mentari akan melabuhkan siangnya. Aku tak lepas kan kesempatan untuk merakamkan detik2 indah ini .

Dalam bahasa fotograpi,
inilah detik "Golden Hour"

"In photography, the golden hour (sometimes known as magic hour, especially in cinematography) is the first and last hour of sunlight during the day,when a specific photographic effect is achieved due to the quality of the light."

Kebetulan cuaca sungguh baik sekali . Aku hanya bersendirian melayan keindahan alam ciptaan Allah ini lalu aku terjemahkan pula ke dalam lensa ku buat tatapan kalian .







Isnin, September 10, 2012

MELAYAN DSLR DI TEPIAN PANTAI

ALHAMDULILLAH

Lepas pekena Nasi Kandaq Roundaboard, alu pun pusinglah roundabaut tu sampai juling 2-3 kali pasal aku tak tahu mana nak tuju lepas ni. Pengabis aku pusing semula nak cari gerai tepi jalan tadi . Niat hati nak makan durian yang katanya dah penghujung musim. Adalah beberapa bijik jenis "musang king" , RM40 sekilo .

Tapi semuanya dah ada orang booking, pengabis makan durian yang boleh tahan jugak entah apa kebenda namanya . Isi kuning , RM 18.00 sekg. Rasa boleh tahan jugak . Lepas juga hajat nak pekena durian balik pulau walaupun tak dapat makan musang king.

Perut dah kenyang , kembalilah kami ke hotel penginapan .

Petangnya lepas asar , aku dok melilau kat pantai depan hotel dengan dslr aku.

Aku suka laut tapi aku tak suka mandi laut . Mungkin agaknya pasal aku kecik2 dulu memang duduk tepi laut atau berdekatan dengan laut masa tinggal di kuaters kastam . Jadi aku dah puas mandi laut masa tu dan berkubang ikut suka aku tak ikut masa.

Dedulu kalau nak makan ketam , tak payah bapak aku beli . Aku sendiri pegi tangkap ikut budak2 yang lebih besar. Habis lunyai kaki aku . Kalau nak makan kepah pun sama. Sendiri menyelam ambil kat tiang2 jeti di Tg. Puteri.

Rasa aku , itulah sebabnya aku tak berapa kisah nak pi mandi laut.


Jadi sakarang aku lebih minat berada di tepian pantai bertemankan kamera cabuk aku ni , merakamkan apa2 saja yang aku terlintas di depan mata. Petang tu aku sempat merakamkan banyak juga foto ketika aku berseorangan menyusuri pantai Batu Ferringhi berdekatan Long Pine .

Kelihatan ramai jugak bangsa arab ketika itu kerana maklumlah,depa ni masih cuti "summer" lagi . Pelbagai aktiviti terdapat di situ. Ada Banana Boat, ada Jet Ski, ada Paragliding yang sentiasa mendapat perhatian para pengunjung .

Cuma aku tak boleh bayangkan betapa beberapa tahun lalu, ramai jugak yang menemui ajal di sini akibat tsunami yang melanda dan kini hanya tinggal memori sahaja dan telah dilupakan oleh penduduk setempat.












semuanya pemuda arab