WARGA SCP

Khamis, September 13, 2012

MEREMPAT

ALHAMDULILLAH

Lepas kat Lone Pine, aku kena keluar dan merempat pulak kat tempat penginapan satu lagi yang terletak di Batu Ferringhi jugak selang dalam 1-2 km je . Memang aku sengaja memilih 2 tempat penginapan berlainan untuk cuti kali ini kerana tak nak bosan dan dapat merasa dua suasana persekitaran yang berbeza .

Jadi checkout dari Lone Pine aku tak terus ke sana terus. Aku ronda2 satu pulau dulu yang pusing2 garenti tak sesat punya . Dah namanya pulau . Cuma aku tak pusing kat roundaboard Balik Pulau tu je hehehe


Semasa buat tempahan melalui website depa tempohari , check in standard biasa dan bagi kebanyakkan hotel pukul 3 pm . Jadi aku sampai HRH ni lebih kurang pukul 5 petang jugak dan pada ku pasti takde masalah sepatutnya kerana aku dah "fine" depa 2 jam lewat jugak .

Pegi2 kat lobby dan isi apa yang patut serta gesek cc , tetiba staff tu cakap ,
"i,m sorry latuk itam , your room belum siap lagi"

"maybe dalam 30-45 minit lagi"

Aku tak marah tapi aku kata nak jumpa "manager on duty" depa kerana kerana sepatutnya tak jadi mcm tu kerana aku sengaja lewatkan 2 jam dari masa check in sepatutnya dan sepatutnya masalah tu tak timbul.

Aku nak mandi kerana badan dah melengas dan tak asar lagi . Takkan pukul 6.00 petang baru nak dapat masuk bilik .


Staff tu dah cuak muka dan gelabah, dahlah welcome drink utk kami pun depa tak kasi . Cecepat salah sorang staff yang rasanya lebih senior cakap ,

"give me 5 minute, i will settel it"

Tak sampai 2 minit, dan-dan terus kata semua dah settel dan kerana kesilapan depa , aku kata nanti aku nak "late check-out" nanti tanpa bayaran tambahan bila kami nak balik nanti . Staff tu kata ,"bisa diatur pak "






8 ulasan:

  1. Assalam bapak.

    Tgk gmbr yg pertama carpet nya saja sudah ku tahu dimana. Cayalah bapak! 1 tip menarik buat kami yg baru nak hidup ni, terus ckp 'nk jumpa mgr on duty' ahaks. Tapi mmg agak melampau la dh la mai pukui 5. nak tgu kejadahnye lagi. Panas gue dgr. Pada sy sukar sket nk berlebih kurang dgn benda2 mcm ni sbb klu nk diikut kan kita byr bukan ikot hari, hakikat nya ikot hour! Lagi mau kite tuggu lama2.. TIDAK!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      jangan dia hantar manager kilang , udah le hehe

      Padam
  2. Salam bapak. Ada ka patut hotel batu keras tu buat macam tu, padahal berbintang2 tuh. Kalau hotel cap ayam takdak bintang tu lain cerita la kan. Saya pun panas jugak dengaq camtu, melampau la eh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hotel batu keras hehehehehehe

      agaknya kalau depa pakai nama tu,nak ke org datang hehehe

      Padam
  3. Assalam bapak,
    nape lah tajuk macam tu.... bapak ni nak merendah diri tak bertempat.
    cer cerita macam biasa-biasa jer...tak yah laah ngan roda tiga lah apalah... sedangkan di sebaliknyer...oleh itu lain kali cerita macam biasa k. baru lah best.keep up bapak.

    Wassalam
    anak bapak

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      ala, jangan ambik serius dgn cerita bapak ni , bapak tulis tak pakai skrip hehe

      kan merendah diri lebih baik dari membangga diri

      opssss ,anak bapak yang mana laaa ni hehehe

      Padam
  4. Suka beg merah dan hijau tuu...

    Pak Itam...Selamat Hari Raya ...lama BHS tak kemari...bila kemari BHS dah tak tau nak balik...^_^...

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang beg sorang satu lain kaler, lagi jauh dah kenal hehehe

      bapak ada jugak curi2 pandang kek kat rumah BHS


      selamat hari raya juga buat BHS sekeluarga

      maaf zahir batin

      Padam