WARGA SCP

Rabu, September 12, 2012

NIGHT MARKET AT BATU FERRINGHI

ALHAMDULILLAH

Nama glamor Night Market, kat tempat bapak panggil pasar malam, kat kampung bapak dipanggil paso lambak , kalau dulu2 dipanggil paso gesel pasal ramai orang .

Cuma kelainan di sini punya Night Market yang lebih mirip kepada Ladies Market di Hong Kong yang menjual barangan perhiasan rumah , perhiasan diri , beg2 dan baju tiruan berbanding pasar malam kat tempat bapak yang banyak menjual makanan dan minuman .

Rasanya Night Market kat sini diadakan setiap malam dan tempatnya di sepanjang kaki lima jalan yang panjang jugak berkilometer.

Cerita pasal pasar malam , kat tempat aku tepi hutan ni , pasar malam semenjak dua menjak ni sentiasa dipenuhi dengan penduduk setempat. Maklumlah, kawasan sekelilingnya dipenuhi oleh peneroka yang dok tengah dapat "durian runtuh" , jadi kuasa membeli mereka tinggi sekarang.

Syukur bagi mereka yang sentiasa beringat kerana langit tak selalu cerah sebenarnya. Terkenang dulu masa buah kelapa sawit melambung tinggi dan masuk ribu riban masa tu, ramai yang lupa diri hingga beli peti ais untuk simpan baju je kerana bekalan letrik masa tu tak sampai lagi di sini.

Masa tu golongan macam aku ni yang keja noreh getah depa pandang sebelah mata je hingga diperlekehkan. Ada pula yang hinggakan bakar duit tu buat nyalakan rokok di mulut. Ini bukan cerita rekaan aku, ini cerita betul .

Ramai peneroka lelaki hidung belang yang lupa diri hingga asyik berulang alik ke Batam yang terletak berdekatan je dengan hutan tempat tinggal aku ni yang hanya memakan masa tak sampai 30 minit jika menaiki bot laju . Apa yang ada di Batam , fikirlah sendiri...

Sampai satu masa bila buah sawit melawas dan takde rega pulak,masa tu baru depa tahu langit tinggi rendah .Lepas tu pokok yg tua kena tebang pula. Hilang semua kesombongan masa tu, banyak kenderaan yang kena tarik, along pula mula masuk ke sini mencari mangsa.

Tapi tak semua peneroka begitu, mana yang jenis beringat, depa simpan duit bila depa tengah "loaded" dan gunakan bila keadaan mendesak.

Itulah,
sentiasalah kita ingati kata bidalan ini
langit tidak selalu cerah,
ku sangka panas sampai ke petang ,
rupanya hujan di tengahari.

Tapi ni bukan hujan di tengahari kerana ketika aku menyusuri Night Market at Batu Ferringhi, hujan sebenarnya baru teduh sejak selepas magrib tadi.







5 ulasan:

  1. Salam bapak. Ooo macam kat Hong Kong eh? Saya suka betoi nama paso gesel tu. Lepeh ni saya nak sebut paso gesel lah. Saya dah lama tak pi pasar malam tapi pasar pagi konpem seminggu sekali pi beli ikan ayam daging sayoq dan lain2, jadi pasar pagi tu la saya nak panggil paso gesel, kehkeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      ngeh ngeh ngeh

      dulu2 masa sekolah tengah nakal sukalah hehehe

      Padam
  2. hotel d'feringghi tu,dkat dgan night market jgak,ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kira depan dia senerang jalan night market

      Padam
  3. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    BalasPadam