WARGA SCP

Selasa, September 18, 2012

BERAPA BULANNNNN

ALHAMDULILLAH

Entah kenapa aku suka dengan gambar yang sempat aku rakamkan di tepi pantai ni. Kalau aku lihat, pasti aku tersenyum lalu teringat sebuah iklan "berapa bulannnnn" hehehe

Sebenar depa ni sedang dok bincang rega untuk "water sport"

Jangan terperanjat jika pada zahirnya kita lihat ianya berbangsa cina ,tapi bercakap melayu dalam dialek indonisia . Mereka sebenarnya adalah rakyat indonisia yang berbangsa cina yang datang melancong ke sini . Kira kalau kat sana udah dikira kaya bangat kerana bisa melancong saban masa .

Apa yang positif yang boleh kita ambil sebagai pengajaran , di negara kita waima di negara jiran2 kita macam Singapura dan Indonisia, ekonomi dipegang oleh mereka . Jadi sampai bila kita nak jadi sebagai pengguna sahaja kerana sebenarnya dalam agama kita sendiri menuntut kita agar memperkukuhkan ekonomi ummah kerana dari situlah baru kita dapat membela nasib agama, bangsa dan negara .

Jadi anak2 muda sekarang sebenarnya harus bangkit melengkapkan diri dengan ilmu2 yang berkaitan . Mungkin 20-30 tahun akan datang , kita akan melihat hasilnya yang bangsa kita dapat menguasai 30-40 % ekonomi negara berbanding sekarang hanya segelintir puak sahaja yang berkepentingan yang menguasainya termasuklah hanya segelintir sahaja orang kita yang boleh dikira dengan jari .


Janganlah anak2 muda sekarang lebih selesa jika dapat bekerja di pejabat2 sahaja yang berhawa dingin dan bertali leher serta berpakaian kemas setelah mengulung sekeping ijazah sedangkan hakikatnya kadangkala ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana belum hujung bulan je, dalam poket dah kering .

Manakan tidak kerana mana nak bayar pinjaman pelajaran , mana nak bayar sewa rumah dan kereta serta sebagainya . Hendak2 sekarang , kos hidup semakin meningkat.

Tu sebab sekarang cuba kita lihat ramai yang terjebak dalam belenggu hutang ialah anak2 muda yang dalam peringkat umur 20-han
sedangkan kita lihat rakan2 kita dulu dari bangsa lain yang belajar pun tak seberapa dan selekeh je hingga sekarang , tapi poketnya "tak selekeh"

Namun jangan salah faham pulak maksud aku ni,
bukan maksud ku semua harus nak jadikan perniagaan sebagai mata pencarian , karang sapa pulak nak jadi cikgu, sapa pulak nak jadi tukang kebun dan sebagainya , tapi maksud ku ialah kalau boleh aku nak lihat ramai bangsa ku satu hari nanti

"berdiri sama tinggi, duduk sama rendah"

dalam menjana ekonomi negara sendiri dan tidak ketinggalan terus dimakan arus kemajuan .

Bila masanya ,

berapa bulannnnnnn
berapa tahunnnnnnn

kita harus merintis ke jalan itu dari sekarang sebelum terlambat .

Walaupun hanya sekadar sekeping foto , namun ia sebenar menjentik diri ku untuk berfikir seketika nasib anak bangsa ku suatu hari nanti dikemudian hari.



2 ulasan:

  1. Salam bapak.

    Dah ada entri baru rupanya, heheh. Saya pun tertanya2 jugak berapa bulannn tuu, kehkeh.

    Perkongsian yg baik untuk difikirkan. Saya hari2 terfikir tentang masa depan pelajar bila tengok muka anak2 murid saya di sekolah tu, terutama sekali yg kuat main/ponteng kelas/panjat pagaq lari dari sekolah/mak hantaq sampai depan pagaq lepas mak balik dia keluaq semula dari sekolah pi entah ke mana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bunting kobau hehehe

      anak2 murid sekarang tak sama mcm kita dulu, lagi satu sekarang bukan boleh ditegur sangat , karang guru yg terima padah

      itulah dilema guru hari ini berbading dahulu

      Padam