WARGA SCP

Rabu, Disember 26, 2012

PART 12 USA : PARK INN BY RADISSON , FRESNO

ALHAMDULILLAH

Dalam perjalanan menuju ke  San Francisco , aku sempat bermalam di Park Inn by Radisson, 3737 Black Stone , Fresno.

Dia tulis Park Inn, jadi aku parklah motor roda tiga aku. 

Sampai dah gelap juga lebih kurang jam 8.00 malam. Turun je motor roda tiga, aku melompat kesejukkan . Ambik kunci dan menapak ke bilik .

Boleh tahan juga hotel ni dengan semua kemudahan tersedia termasuk macam biasa hi speed internet secara percuma .

Kalau kat Malaysia , bab-bab internet free dalam bilik hotel ni agak kedekut sikit. aku pun tak tahu mengapa . TJR 5 bintang pun takde internet free dalam bilik. Padahal berapalah sangat kalau nak kira.

Park Inn ni nampak kecil dari luar, tapi menyediakan 201 buah bilik penginapan bermula dari USD 99.00 hingga USD 114.00 belum campur tax lagi termasuk sarapan pagi .

wifi tersedia dalam bilik
Nama Park Inn ni macam hotel koman je , tapi sebaliknya kerana diuruskan "By Radisson" , jadi kemudahannya semua lengkap bak hotel 5 bintang di Malaysia. Kolam renang ada, gym ada dan macam2 ada. Jadi ia menjadi pilihan ramai untuk menginap setelah menempuh perjalanan yang panjang.

Tulah keja aku saban hari di waktu malam. Kerjanya seret beg , kemudian kemas beg kerana ada sahaja outlet yang kami singgah dan sambil gatal2  tangan campak USD kat sana.
 
hasil sambaran petang tadi kat Polo ralph Lauren
Tadi aku sempat sambar beberapa helai kemeja buat menoreh nanti kat Polo Ralph Lauren . Lama aku tak beli baju nak buat pi noreh . Rasanya aku jarang shopping kerana sekali shopping untuk 3-4 tahun sekali dan baju tu boleh tahan dalam 3-4 tahun kerana kualitinya. 

Aku pun bukan jenis yang sentiasa nak ikut peredaran terkini fesyen semasa , jadi tiada keperluan nak beli baju saban tahun .

Jadi kesempatan aku di bumi uncle Sam ni aku manafaatkan untuk mendapatkan bekalan baju menoreh buat 3-4 tahun akan datang pula. Harganya pula memang murah dengan discount yang tinggi mencecah 50%-60%. Jadi sehelai kemeja Polo Ralph Lauren yang biasa 500-600 hengget kat Malaysia kat sini dalam 120-150 hengget je setelah diberi discount dan diconvert dari USD ke RM.
Kekadang aku rasa sangsi dan heran. Kenapalah bila barangan sedemikian telah dibawa masuk ke negara kita dan dijual dengan harga yang terlalu mahal dan menjadi esklusif sedangkan kalau kat US jenama ni kira melambak2 je . 

Apa yang aku dapat pelajari, kuasa membeli rakyat US sangat tinggi kerana mereka mendapat barangan yang berkualiti tanpa memerlukan mereka mengeluarkan wang yang begitu banyak berbanding kita.

Tu sebab sekarang kalau kita cuba gogel kat internet, ramai yang menawarkan perniagaan secara online dengan menawarkan barangan yang berjenama dari US dengan harga yang berpatutan berbanding kalau kita nak beli di butik2 di negara kita yang harganya kekadang tak masuk akal. Kira win-win situation kepada penjual secara online dan juga pembeli.

Lupa pulak, menu kami malam ni ialah Green Curry lawan roti putih . Kami kali ni memang tak bawak treveller rice cooker macam kami biasa2 bawak bila lakukan pengembaraan . Kali ni hanya bawak beberapa tin tuna dan curry yang tak perlu di masak bila nak makan. Senang cerita , kami dah lama tak jumpa nasi . 

OK ,time to bobok.

Alhamdulillah







Selasa, Disember 25, 2012

PART 11 USA : SERONOK LIHAT HASIL TANAMAN

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum and Good Morning.
Sini dah beransur-ansur matahari dah turun.
Magrib lebih kurang jam 4.49 petang.

Kedinginan mula mencengkam . Aku hanya bertemankan jacket tebal tanpa sarung tangan . Kalau aku pakai sarung tangan kat Casa de Fruta ni, mau depa ingat aku mandor dari Mexico yang berkerja di ladang ni pasal misai aku macam Sheriff Lobo.

Muka sekali pandang macam hispanic sikit
Maklumlah keja noreh dan berjemur heheheh

Walaupun jam menunjukkan pukul 12.00 tgh, tapi suhu dah mula menurun kerana dari 3-4 jam dah mula gelap . Maha Suci Allah memberikan 4 musim di negara Uncle Sam ini menjadikan ia begitu indah buat aku yang sesekali datang ke sini. Waktu yang sesuai kalau nak ke US adalah awal Disember ketika musim sejuk baru menjenguk buminya. Kalau datang masa summer bulan jun, kebiasaannya suhunya terlalu panas pula ketika itu.

Aku bukan tak suka panas , tapi kerana dah selalu berpanas , aku nak rasa jugak kedinginan di negara 4 musim. Tu sebab aku pilih musim sejuk bila aku ada peluang lakukan pengembaraan.

Yang pasti selama aku kat sini, baju yang dipakai takda bau peluh langsung . Senang cerita tak bau hapaklah .Tu yang aku takut pasal tak berpeluh, sesadar babat kat perut naik se kilo.

Aku lari ke dalam Casa de Fruta untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Terpegun aku melihat pelbagai hasil pertanian yang diperagakan dengan begitu unik dan kreatif sekali menjadikan tempat ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ketika melintasi lebuhrayanya.

Sememangnya mereka memanafaatkan segala ceruk dan ruang yang ada di dalam Casa de Fruta ni . Pelbagai jenis hasil buah-buahan terdapat di dalamnya. Cuma durian , manggis dan cempedak je yang takda.

Perkara2 yang baik dan positif seperti ini dalam menarik pengunjung ke Casa de Fruta ni patut kita ambil ikhtibar dan jadikan panduan dan cuba sesuai pula dengan corak pekerjaan atau kehidupan kita yang mana salah satunya ialah kalau kita nak buat sesuatu, buatlah sehabis baik dan kita sebagai orang mukmin serahkan pada Allah pula setelah lakukan segala yang terdaya.Part yang tawakkal tu takda pada orang lain selain orang islam. Tapi banyak jugak yang tak sedar dan mati2 mengaku yang kejayaan mereka adalah hasil titik peluh mereka . Secara tak langsung tanpa disedari, itu menidakkan kekuasaan Allah sebenarnya.

Lagi satu yang aku dapat pelajari, pasti cepat atau lambat, ada ganjaran yang menanti kita semacam mana sejarah awal Casa de Fruta ni yang dibangunkan oleh 2 orang adik beradik yang merupakan imigran dari Itali bermula hanya dengan tanaman kecil-kecil dan sebuah gerai tepi jalan pada tahun 1908 dulu hingga sekarang mula berkembang menjadi sebuah pekan yang terkenal .

Mak itam sempat sambar beberapa pek kekacang campuran untuk kami mengunyap nanti bila sejuk dan kelaparan di tengah malam nanti . 

Aku pula dok usha tuan  chervolet ni agar ia  jual pada ku untuk ku senang nanti nak angkut getah beku bila pulang nanti.Maklumlah, kereta antik aku kat tepi hutan dah bertampal dengan binding tape kat banyak tempat pasal dah dimakan karat .


terbaik dari ladang

khidmat penghantaran ke seluruh dunia
tapi kena beli pakai kontena







pelbagai jenis kekacang


akta 15 sen utk bag plastik
bagi menjaga alam sekitar di Santa Clara County


cantik pembukusannya
boleh buat cenderamata
semua hasil produk pertanian


Ahad, Disember 23, 2012

PART 10 USA : LUARAN CASA DE FRUTA


ALHAMDULILLAH

Selamat pagi Malaysia.

Aku bergerak dari satu tempat ke satu tempat merentasi lebuhraya atau kat sini lebih dikenali dengan Freeway kerana ia free sepanjang pantai barat USA. Jadi biasalah setiap dua jam lebih sikit kenalah berhenti untuk lepaskan lelah dan macam biasa toilet stop. Sesejuk ni asyik nak bese je .

Antara tempat persinggahan yang aku rasa agak menarik atau orang putih cakap interesting adalah Casa de Fruta . Rasanya kawasan ni dulu diterokai oleh pendatang Sepanyol kerana banyak nama dan tempatnya di sini bunyi macam Sepanyol.Tapi setelah aku baca sejarah Casa de Fruta ni , rupanya orchad ni dibuka oleh pendatang dari Itali pada tahun 1908 lagi.

Aku tertarik dengan peralatan2 pertanian lama yang aku rasa dah berpuluh tahun usianya  dan masih terpelihara dipamerkan untuk tatapan generasi muda agar mereka mengetahui sejarahnya dan yang pasti takda yang baru kalau tiada yang lama.

Kawasan ni merupakan kawasan lembah yang subur dan menghasilkan banyak produk-produk pertanian terletak di Santa Clara County di Pacheco Valley Utara California di Route 152.Sememangnya California terkenal dengan hasil tanamannya seperti gajus, kismis dan kurma medjol pun terdapat di sini yang dikenali California Medjol.Maha suci Allah yang bisa melakukan apa sahaja mengikut kehendak dan perancangannya . Kalau ia mahu sesuatu kawasan itu subur,maka suburlah ia dan begitulah sebaliknya. Begitulah juga dengan kehidupan kita sebenarnya.

Rasa tenang je bila berada di sini dengan suhu yang dingin dan permandangan yang indah . Sempat aku layan beberapa keping foto buat tatapan kalian persekitarannya.

Aku rasa bersyukur kerana Allah memberikan ku peluang untuk menjejakkan kaki di bumi ciptaanNYA dan merasai sendiri suasana dan pengalaman baru di bumi US.

menuju lembah Casa de Fruta



pam racun zaman tok nadim

chervolet asal berpuluh tahun dulu masih tegap


kereta bomba zaman tok adam

lihat no pendaftaran chrevolet ni
dah jadi kereta antik





Khamis, Disember 20, 2012

PART 9 USA : JEJAK KASIH DI BUMI AMERIKA

ALHAMDULILLAH

Good afternoon Amerika
Di Malaysia belum subuh lagi.

Kami cuma dibezakan dalam 2-3 tahun sahaja . Selepas tamat SPM aku mengembara mendalami ilmu menoreh di utara tanah air kerana aku tak punya kelulusan tinggi manakala adik ku pula melanjutkan pelajaran ke USA . Sejak itu kami terpisah lebih kurang 23 tahun juga kerana ia terus menetap di bumi Amerika selepas itu. 

Terkenang dulu-dulu masih kami kecil bila kala kami berdua sepakat menyakat adik bongsu kami .

sekitar lobby Hilton Garden Inn


Kini setelah sekian lama masa berlalu, akhirnya kami dipertemukan semula. Namun bukan secara berdepan empat mata . Tapi cuma melalui teknologi IT . Kami dipertemukan melalui Facetime yang terdapat dalam ipad .

Sebelum aku pergi 3-4 bulan lepas, anak sulung kami dapat menjejak bapa saudaranya yang tidak pernah ditemui melalui FB anak ku kerana aku memang takda account FB. Dinyatakan bahawa kami akan mengembara di bumi US ni dan kalau berkesempatan bolehlah bertemu setelah sekian lama terpisah.



Akhirnya melalui email , aku dapat berhubung semula dengan adik ku dan cuba mengatur pertemuan kami di bumi US.Kami cuba mengusahakan agar dapat bertemu di Las Vegas nanti bila aku ke sana. Namun kerana faktor masa dan waktu kerana dia di sebelah pantai timur US dan komitmen kerja manakala aku pula meranjau di kawasan pantai barat US yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat  , maka jejak kasih di bumi Amerika hanya dapat direalisasikan melalui Face Time .

Jarak antara pantai timur US dengan pantai barat US terlalu besar dan memerlukan penerbangan hampir 5 jam juga.Antara sebelah barat dan timur juga beberapa jam beza waktunya menunjukkan betapa besarnya bumi US .

seram jugak memalam
takut tersua Freedy Kruger


microwave ada, kami panaskan makanan dalam tin lawan roti
sesejuk ni perut kebulor je

high speed wifi free
ini meja presiden Kongostan
Namun itu sudah memadai bagi kami kerana akhirnya kami dapat bersua muka dan berbual panjang walaupun melalui screen ipad. Menatap wajahnya yang saling tak tumpah wajah arwah ayah ku mengimbas semula semua kenangan lalu semasa kami kecil-kecil yang sering bermain bersama, bergaduh bersama dan makan bersama .Kami sering diperambat oleh arwah ayah kerana kami kecik2 memang nakal sungguh . Setakat lari keliling rumah biasalah bila kena perambat . Kalau dalam rumah , kami lari keliling meja makan hehehe
Selalu arwah ayah tak dapat tangkap kami kerana kami memang cekap bab lari keliling rumah ni hehehe

Insyallah , 2-3 tahun lagi pasti aku akan berkunjung ke sebelah pantai timur US pula dan kami boleh mengatur percutian bersama2 jika diizinkan Allah dan diberi kesempatan olehNYA.

Lagi pun visa US ku hidup lagi 10 tahun , cuma visa yang Allah berikan pada ku utk menumpang hidup di bumiNYA sahaja tak tahu bila akan tamat  yang pasti tidak tercepat barang sesaat dan tidak juga terlambat barang sesaat tamat waktunya.

Insyallah

Rabu, Disember 19, 2012

PART 8 USA : BLUE HOUR AT HILTON GARDEN INN FLAGSTAFF, ARIZONA

ALHAMDULILLAH

Good Night America
Good Afternoon Malaysia

Kami bermalam di Hilton Garden Inn  Flagstaff , Arizona . Suhu di kawasan ini begitu dingin sekali hingga heater yang di pasang terasa tidak begitu hangat walaupun 80 darjah ferenheit di dalam bilik kamar . Pasti di luar begitu sejuk sekali hinggakan heater yang di pasang tidak dapat menghangat .Maka kenalah Mak Itam jadi penghangatnya hehehe

Risau jugak , karang mana tau bila balik dapat pulak adik "Made in Usa" mata biru  hahaha




Sesuai dengan namanya Hilton Garden Inn, persekitaran hotel ini begitu cantik sekali dengan pokok2 palma yang tahan dek kedinginan musim sejuk. Itulah kebesaran Allah dalam mencipta setiap yang ada di muka bumi ini.

Suhu di sebelah malam kini di sini mula mencecah 0 darjah celcius. Pasti kalau berterusan begini hingga mencecah negatif 5 (-5), salji akan turun .

Kat US ni semua tidak menggunakan kiraan metrik.

Jarak dikira dalam batu, berat dikira dalam paun, suhu pula tidak menggunakan darjah celcius, begitu juga minyak petrol dikira dalam gelen . Jadi aku kena convertkan semua kepada kiraan metrik untuk dapatkan kiraan sebenar .

Macam biasa wake up call awal pagi menjelang subuh mengejutkan lena ku . Kalau takda wake up call , mau terbabas hehehe

Manakan tidak, dahlah sejuk dan tidur dalam selimut yang tebal dan tak ingat dunia hehehe
Kalau kat tanah air tidur dalam lapisan gebor yang tebal dan banyak macam tu, mau mandi peluh hahaha






Selesaikan dulu segala urusan yg patut lalu membalut tubuh ku dengan jaket tebal keluar mengusung DSLR aku untuk merakamkan detik "blue hour" yang pasti begitu indah di persekitaran hotel . 

Aku terpegun melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah di sini di waktu subuh dengan langit yang membiru . Itulah antara tujuan kembara kami di US untuk melihat kebesaran Allah di buminya dan menikmatinya sepuas2 mungkin selagi Allah memberikan kami peluang untuk mengembara melihat kebesarannya .

Langit di sini hampir keseluruhan di kawasan Arizona membiru saujana mata memandang. Jarang sekali aku jumpa kepulan awan kerana kawasan ini adalah kawasan gurun .

Gurun yang menjanjikan kedinginan malam hingga ke tulang hitam.

Allahuakhbar.