WARGA SCP

Rabu, Disember 19, 2012

PART 8 USA : BLUE HOUR AT HILTON GARDEN INN FLAGSTAFF, ARIZONA

ALHAMDULILLAH

Good Night America
Good Afternoon Malaysia

Kami bermalam di Hilton Garden Inn  Flagstaff , Arizona . Suhu di kawasan ini begitu dingin sekali hingga heater yang di pasang terasa tidak begitu hangat walaupun 80 darjah ferenheit di dalam bilik kamar . Pasti di luar begitu sejuk sekali hinggakan heater yang di pasang tidak dapat menghangat .Maka kenalah Mak Itam jadi penghangatnya hehehe

Risau jugak , karang mana tau bila balik dapat pulak adik "Made in Usa" mata biru  hahaha




Sesuai dengan namanya Hilton Garden Inn, persekitaran hotel ini begitu cantik sekali dengan pokok2 palma yang tahan dek kedinginan musim sejuk. Itulah kebesaran Allah dalam mencipta setiap yang ada di muka bumi ini.

Suhu di sebelah malam kini di sini mula mencecah 0 darjah celcius. Pasti kalau berterusan begini hingga mencecah negatif 5 (-5), salji akan turun .

Kat US ni semua tidak menggunakan kiraan metrik.

Jarak dikira dalam batu, berat dikira dalam paun, suhu pula tidak menggunakan darjah celcius, begitu juga minyak petrol dikira dalam gelen . Jadi aku kena convertkan semua kepada kiraan metrik untuk dapatkan kiraan sebenar .

Macam biasa wake up call awal pagi menjelang subuh mengejutkan lena ku . Kalau takda wake up call , mau terbabas hehehe

Manakan tidak, dahlah sejuk dan tidur dalam selimut yang tebal dan tak ingat dunia hehehe
Kalau kat tanah air tidur dalam lapisan gebor yang tebal dan banyak macam tu, mau mandi peluh hahaha






Selesaikan dulu segala urusan yg patut lalu membalut tubuh ku dengan jaket tebal keluar mengusung DSLR aku untuk merakamkan detik "blue hour" yang pasti begitu indah di persekitaran hotel . 

Aku terpegun melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah di sini di waktu subuh dengan langit yang membiru . Itulah antara tujuan kembara kami di US untuk melihat kebesaran Allah di buminya dan menikmatinya sepuas2 mungkin selagi Allah memberikan kami peluang untuk mengembara melihat kebesarannya .

Langit di sini hampir keseluruhan di kawasan Arizona membiru saujana mata memandang. Jarang sekali aku jumpa kepulan awan kerana kawasan ini adalah kawasan gurun .

Gurun yang menjanjikan kedinginan malam hingga ke tulang hitam.

Allahuakhbar.






10 ulasan:

  1. korek tabung ayam lagi laaaa bile dgr HILTON disitu. *pengsan*

    BalasPadam
    Balasan
    1. hilton kat sini melambak dan biasa2 je
      kat tempat kita kira 5 star, kat sini baru 3 star je dalam 100 lebih USD

      Padam
  2. mana pernah dengar nama flagstaff ni ye? cite casper kot... ada jumpa friendly ghost? :D

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    atuk dapat cucu la tahun depan...he he


    kat Malaysia...musim kepulan awan hitam selalu menghalang pandangan lagit.

    BalasPadam
  4. Salam bapak. Cantik blue hour tuuu, subhanallah! Kalau dapat adik mata biru pun ok, muda lagi tuu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe

      karang umur 50 , anak baru nak masuk tadika hahahaha

      Padam
  5. just stumble upon your blog heyyyhh.., wak was studying sini 25 years ago.. uhhhuuu, rindunye wak kat Flagstaff.., mesti dh pegi Grand Canyon kann?

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kerana nyiggah kat sini

      yup, so amazing grand canyon

      pasti banyak kenangan wak kat sini

      Padam