WARGA SCP

Rabu, Disember 26, 2012

PART 12 USA : PARK INN BY RADISSON , FRESNO

ALHAMDULILLAH

Dalam perjalanan menuju ke  San Francisco , aku sempat bermalam di Park Inn by Radisson, 3737 Black Stone , Fresno.

Dia tulis Park Inn, jadi aku parklah motor roda tiga aku. 

Sampai dah gelap juga lebih kurang jam 8.00 malam. Turun je motor roda tiga, aku melompat kesejukkan . Ambik kunci dan menapak ke bilik .

Boleh tahan juga hotel ni dengan semua kemudahan tersedia termasuk macam biasa hi speed internet secara percuma .

Kalau kat Malaysia , bab-bab internet free dalam bilik hotel ni agak kedekut sikit. aku pun tak tahu mengapa . TJR 5 bintang pun takde internet free dalam bilik. Padahal berapalah sangat kalau nak kira.

Park Inn ni nampak kecil dari luar, tapi menyediakan 201 buah bilik penginapan bermula dari USD 99.00 hingga USD 114.00 belum campur tax lagi termasuk sarapan pagi .

wifi tersedia dalam bilik
Nama Park Inn ni macam hotel koman je , tapi sebaliknya kerana diuruskan "By Radisson" , jadi kemudahannya semua lengkap bak hotel 5 bintang di Malaysia. Kolam renang ada, gym ada dan macam2 ada. Jadi ia menjadi pilihan ramai untuk menginap setelah menempuh perjalanan yang panjang.

Tulah keja aku saban hari di waktu malam. Kerjanya seret beg , kemudian kemas beg kerana ada sahaja outlet yang kami singgah dan sambil gatal2  tangan campak USD kat sana.
 
hasil sambaran petang tadi kat Polo ralph Lauren
Tadi aku sempat sambar beberapa helai kemeja buat menoreh nanti kat Polo Ralph Lauren . Lama aku tak beli baju nak buat pi noreh . Rasanya aku jarang shopping kerana sekali shopping untuk 3-4 tahun sekali dan baju tu boleh tahan dalam 3-4 tahun kerana kualitinya. 

Aku pun bukan jenis yang sentiasa nak ikut peredaran terkini fesyen semasa , jadi tiada keperluan nak beli baju saban tahun .

Jadi kesempatan aku di bumi uncle Sam ni aku manafaatkan untuk mendapatkan bekalan baju menoreh buat 3-4 tahun akan datang pula. Harganya pula memang murah dengan discount yang tinggi mencecah 50%-60%. Jadi sehelai kemeja Polo Ralph Lauren yang biasa 500-600 hengget kat Malaysia kat sini dalam 120-150 hengget je setelah diberi discount dan diconvert dari USD ke RM.
Kekadang aku rasa sangsi dan heran. Kenapalah bila barangan sedemikian telah dibawa masuk ke negara kita dan dijual dengan harga yang terlalu mahal dan menjadi esklusif sedangkan kalau kat US jenama ni kira melambak2 je . 

Apa yang aku dapat pelajari, kuasa membeli rakyat US sangat tinggi kerana mereka mendapat barangan yang berkualiti tanpa memerlukan mereka mengeluarkan wang yang begitu banyak berbanding kita.

Tu sebab sekarang kalau kita cuba gogel kat internet, ramai yang menawarkan perniagaan secara online dengan menawarkan barangan yang berjenama dari US dengan harga yang berpatutan berbanding kalau kita nak beli di butik2 di negara kita yang harganya kekadang tak masuk akal. Kira win-win situation kepada penjual secara online dan juga pembeli.

Lupa pulak, menu kami malam ni ialah Green Curry lawan roti putih . Kami kali ni memang tak bawak treveller rice cooker macam kami biasa2 bawak bila lakukan pengembaraan . Kali ni hanya bawak beberapa tin tuna dan curry yang tak perlu di masak bila nak makan. Senang cerita , kami dah lama tak jumpa nasi . 

OK ,time to bobok.

Alhamdulillah







6 ulasan:

  1. Salam bapak. Memang pun, kat sini bab wifi kedekut bebenor. Semua nak berkira.
    Sopping bapak, jangan tak sopping. Apa salahnya, kalau dah tahan 3-4 tahun baju tu haa. Canggihlah nanti bapak noreh pakai kemeja Polo Ralph Lauren, mesti getah laju ja keluaq, hehe.
    Bapak, tengok langsir tu teringat plak kain pelekat gombang, kehkeh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      tulah pasal, kat sini hampir 99.9% hotel menyediakan complimentary hi speed internet

      kain pelikat hahahahahah
      nanti bapak potong sikit langsir tu buat kain pelikat hehehe

      Padam
  2. Assalamualaikum Yob,

    Kira muroh gak bilik ni, nmpk anggun gak.

    Ater meriah ler nanti kebun getah miker, tukang noreh pakei kemeja Amerika! Kita jer yg hadap dgn barangan berjenama nih, ho ho sian kita. Tu sbb akak bila beli tak tengok jenama, nipu jer lebih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak

      rata2 hotel taraf AAA depa semua kemudahan cukup , kalau kat tempat kita mcm standard 4 , 5 star kerana standard mereka di sana tinggi sungguh untuk mencapai 5 star

      banyak jugak sambar polo kat sana tapi banyak utk pakaian kasual je ,lacoste pun not bad harganya di sana , murah

      Padam
  3. tumpang seronok ikuti perjalanan pak itam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah kak

      kalau panjang umur diizinkan Allah,kami dah rancang another 2 year to explore east coast pula , tapi naik dari London .Jadi boleh melencong ke europe dulu sebelum ke US nanti

      baru rancang je , apa2 pun Allah yang tentukan

      insyallah

      Padam