WARGA SCP

Ahad, Disember 23, 2012

PART 10 USA : LUARAN CASA DE FRUTA


ALHAMDULILLAH

Selamat pagi Malaysia.

Aku bergerak dari satu tempat ke satu tempat merentasi lebuhraya atau kat sini lebih dikenali dengan Freeway kerana ia free sepanjang pantai barat USA. Jadi biasalah setiap dua jam lebih sikit kenalah berhenti untuk lepaskan lelah dan macam biasa toilet stop. Sesejuk ni asyik nak bese je .

Antara tempat persinggahan yang aku rasa agak menarik atau orang putih cakap interesting adalah Casa de Fruta . Rasanya kawasan ni dulu diterokai oleh pendatang Sepanyol kerana banyak nama dan tempatnya di sini bunyi macam Sepanyol.Tapi setelah aku baca sejarah Casa de Fruta ni , rupanya orchad ni dibuka oleh pendatang dari Itali pada tahun 1908 lagi.

Aku tertarik dengan peralatan2 pertanian lama yang aku rasa dah berpuluh tahun usianya  dan masih terpelihara dipamerkan untuk tatapan generasi muda agar mereka mengetahui sejarahnya dan yang pasti takda yang baru kalau tiada yang lama.

Kawasan ni merupakan kawasan lembah yang subur dan menghasilkan banyak produk-produk pertanian terletak di Santa Clara County di Pacheco Valley Utara California di Route 152.Sememangnya California terkenal dengan hasil tanamannya seperti gajus, kismis dan kurma medjol pun terdapat di sini yang dikenali California Medjol.Maha suci Allah yang bisa melakukan apa sahaja mengikut kehendak dan perancangannya . Kalau ia mahu sesuatu kawasan itu subur,maka suburlah ia dan begitulah sebaliknya. Begitulah juga dengan kehidupan kita sebenarnya.

Rasa tenang je bila berada di sini dengan suhu yang dingin dan permandangan yang indah . Sempat aku layan beberapa keping foto buat tatapan kalian persekitarannya.

Aku rasa bersyukur kerana Allah memberikan ku peluang untuk menjejakkan kaki di bumi ciptaanNYA dan merasai sendiri suasana dan pengalaman baru di bumi US.

menuju lembah Casa de Fruta



pam racun zaman tok nadim

chervolet asal berpuluh tahun dulu masih tegap


kereta bomba zaman tok adam

lihat no pendaftaran chrevolet ni
dah jadi kereta antik





4 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan,

    Yang paling unik sekali dalam entry ni ialah perkataan "..nak BESE...". Tersenyum saya membacanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bese , bahasa dulu2 yg sekrg ramai org muda dah tak tahu hehehe
      bese,membese hehehe

      Padam
  2. Salam bapak. Sangat menarik bahan2 pameran depa tu. Saya suka pam racun zaman tok nadim tu (saya selalu cakap "zaman tok nadoq", kehkeh) & keta bomba tu. Comei la heh. Bapak tengok Chevrolet yg berpuluh tahun tu, bapak teringat tak keta bapak yg bertampai selotep kat bumbung di rumah tu? Heheheee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      hehehe itu keta antik kekadang mcm italian job punya keta krn ada strip binding tape panjang atas bumbung dari depan ke belakang hehehhe

      Padam