WARGA SCP

Selasa, Disember 25, 2012

PART 11 USA : SERONOK LIHAT HASIL TANAMAN

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum and Good Morning.
Sini dah beransur-ansur matahari dah turun.
Magrib lebih kurang jam 4.49 petang.

Kedinginan mula mencengkam . Aku hanya bertemankan jacket tebal tanpa sarung tangan . Kalau aku pakai sarung tangan kat Casa de Fruta ni, mau depa ingat aku mandor dari Mexico yang berkerja di ladang ni pasal misai aku macam Sheriff Lobo.

Muka sekali pandang macam hispanic sikit
Maklumlah keja noreh dan berjemur heheheh

Walaupun jam menunjukkan pukul 12.00 tgh, tapi suhu dah mula menurun kerana dari 3-4 jam dah mula gelap . Maha Suci Allah memberikan 4 musim di negara Uncle Sam ini menjadikan ia begitu indah buat aku yang sesekali datang ke sini. Waktu yang sesuai kalau nak ke US adalah awal Disember ketika musim sejuk baru menjenguk buminya. Kalau datang masa summer bulan jun, kebiasaannya suhunya terlalu panas pula ketika itu.

Aku bukan tak suka panas , tapi kerana dah selalu berpanas , aku nak rasa jugak kedinginan di negara 4 musim. Tu sebab aku pilih musim sejuk bila aku ada peluang lakukan pengembaraan.

Yang pasti selama aku kat sini, baju yang dipakai takda bau peluh langsung . Senang cerita tak bau hapaklah .Tu yang aku takut pasal tak berpeluh, sesadar babat kat perut naik se kilo.

Aku lari ke dalam Casa de Fruta untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Terpegun aku melihat pelbagai hasil pertanian yang diperagakan dengan begitu unik dan kreatif sekali menjadikan tempat ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ketika melintasi lebuhrayanya.

Sememangnya mereka memanafaatkan segala ceruk dan ruang yang ada di dalam Casa de Fruta ni . Pelbagai jenis hasil buah-buahan terdapat di dalamnya. Cuma durian , manggis dan cempedak je yang takda.

Perkara2 yang baik dan positif seperti ini dalam menarik pengunjung ke Casa de Fruta ni patut kita ambil ikhtibar dan jadikan panduan dan cuba sesuai pula dengan corak pekerjaan atau kehidupan kita yang mana salah satunya ialah kalau kita nak buat sesuatu, buatlah sehabis baik dan kita sebagai orang mukmin serahkan pada Allah pula setelah lakukan segala yang terdaya.Part yang tawakkal tu takda pada orang lain selain orang islam. Tapi banyak jugak yang tak sedar dan mati2 mengaku yang kejayaan mereka adalah hasil titik peluh mereka . Secara tak langsung tanpa disedari, itu menidakkan kekuasaan Allah sebenarnya.

Lagi satu yang aku dapat pelajari, pasti cepat atau lambat, ada ganjaran yang menanti kita semacam mana sejarah awal Casa de Fruta ni yang dibangunkan oleh 2 orang adik beradik yang merupakan imigran dari Itali bermula hanya dengan tanaman kecil-kecil dan sebuah gerai tepi jalan pada tahun 1908 dulu hingga sekarang mula berkembang menjadi sebuah pekan yang terkenal .

Mak itam sempat sambar beberapa pek kekacang campuran untuk kami mengunyap nanti bila sejuk dan kelaparan di tengah malam nanti . 

Aku pula dok usha tuan  chervolet ni agar ia  jual pada ku untuk ku senang nanti nak angkut getah beku bila pulang nanti.Maklumlah, kereta antik aku kat tepi hutan dah bertampal dengan binding tape kat banyak tempat pasal dah dimakan karat .


terbaik dari ladang

khidmat penghantaran ke seluruh dunia
tapi kena beli pakai kontena







pelbagai jenis kekacang


akta 15 sen utk bag plastik
bagi menjaga alam sekitar di Santa Clara County


cantik pembukusannya
boleh buat cenderamata
semua hasil produk pertanian


10 ulasan:

  1. Salam bapak. Suka tengok depa susun buah atas trak tu, kreatif. Pueh jamu mata tengok gambaq.

    Kat Penang hari2 adalah hari tanpa beg plastik. Kalau nak jugak, kena bayaq 2 kupang yakni 20 sen untuk 1 beg plastik. Tapi kami orang Penang dah biasa bawak beg sendiri bila pi shopping sejak tak digalakkan guna beg plastik ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tu yan bapak dok leka dalam Casa de fruta lihat bagaimana mereka manage tempat tu sebegitu menarik

      org penang bawak beg sendiri
      bapak lagi dasyat bawak guni hehehe

      Padam
  2. Salam bapak,
    kalau saya tersesat masuk dalam kedai macam tu..gamaknya jenuh pujuk hati supaya buat2 tersesat..haha..buah tu geramnya...mesti sedap tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      heheheh

      sesat celah buah hehehe

      Padam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    kereta chervolet tu tak ada jual kat sini yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam atuk

      tu kalau dapat bawak balik boleh buat angkat getah buku hahaha

      Padam
  4. Assalammualaikom wbt Pak Itam....Allhamdullah singgah sebentar kesini...cantik sungguh tempat tu kan...mesti murah-murah jualanya....

    Setuju dgn kata2 pak itam. Kelebihan umat Islam adalah tawakal pada Allah setelah berusaha....jadi kita kena la banyak bersyukur.

    JazakaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      murah reganya

      itulah kekuatan org islam, doa dan tawakkal

      Padam
  5. SubhanAllah...seronok sungguh...

    BalasPadam