WARGA SCP

Jumaat, April 23, 2010

BAGAI PAK ITAM RINDUKAN BULAN




mode M dgn ISO Rendah

Pak itam dah tukar simpulan bahasa ni, sepatutnya Bagai Punggok Rindukan Bulan, tapi bukan punggok je rindukan bulan, Pak itam pun rindukan bulan juga. Dah hampir 2 minggu pak itam tunggu bulan muncul, semalam baru nampak kelibatnya. Tapi baru bulan separuh je.

Insyallah , kalau tgh bulan islam nanti, keluarlah bulan purnama tu nanti.

Semalam tgk syok tgk tv lebih kurang pukul 9.30 mlm, mak itam panggil pak itam,
.
"Yang, bulan dah keluar"

tapi kalau "yang bulan dah datang" lain pulak maksudnya hahahahaha

rupe2nya mak itam kat luar rumah tgh menikmati keindahan malam dgn ditemani cahaya bulan.

Pak itam pun apa lagi, capai senapang dgn kain pelikat gombang je .

Pak itam keluar dan mula nak menikmati je, mak itam pun berkata,

'Bye2 , i nak masuk dulu"

laaaa penghabisnya, pak itam dok sorang2 menembak hehehe

Memang indah ciptaan Allah kepada kita, diberikan kita nikmat matahari di waktu siang dan diberikan kita pula nikmat cahaya bulan di tengah malam.

Tengah dok sedap2 menembak ,

"Adoiiiii, alamak semut api dah merayap masuk kain pelikat"

"kacau daun betul"

heheheheheh

Maka sessi Pak Itam menatap bulan pun terpaksa dihentikan serta merta.

Ada benda lebih penting kerana nak kena kibas kain pelikat yg penuh dengan semut api kecil

hahahahahahahahahahahahahaha


guna filter(skylight)

guna filter(kemerahan)

guna filter juga (kebiruan)

ISO rendah

ISO tinggi


sambil menikmatinya kekuasaan Allah
cuba fikirkan jika Allah tarik nikmat ni (sinar bulan tiada dalam sebulan)
apakah agaknya kesannya terhadap manusia
KERANA
Allah baru tunjukkan kekuasaannya dengan melontarkan
lahar dan debu gunung
berapi di Iceland

Satu Dunia Dah Kecoh
kerana masalah penerbangan

Insaflah wahai Manusia
tiada yang lebih berkuasa
selain
ALLAH swt

kepada yang berada di jalan yang benar, teruskan lah
kepada yang telah tersesat, kembalilah ke pangkal jalan

marilah kita mengikut dan mengamalkan
Ajaran Islam dan Sunnah
seperti yang disarankan

INSYALLAH


24 ulasan:

  1. Salam Pak Itam..

    Nape dirindu pada rembulan..
    bukankah mak itam dah jadi peneman..
    Bila pak itam dah mula curang
    semut apipun jadi naik geram...hehehe

    Pak itam..xde n3 makan2 dah ker???

    BalasPadam
  2. salam..


    aaaahlah malam jumaat cam ni,bulan pulak yg dia dok sekondeng yer,,mak itam dah bai,bai tu.masuklah rumah..ishhh takkan itu pun cikgu norkiah nk ajar cikgu shaari ooi...hehehe

    benar semua kata azimah tu

    BalasPadam
  3. salam from makkah..


    aiiikk semut masuk kat kain pelikat pak itam..hati hati tuh...hehehheheh


    waslam

    BalasPadam
  4. salam pak itam

    amazing
    muahahhhhhhhhhh
    bravo

    hebat lah sahabat ku ini
    kamera canggih naaa
    gaya bahasa pun cantik

    tahniah
    saya suka
    aku gelak tergolek-golek

    BalasPadam
  5. Salam Pak itam...

    Awat duk tenung bulan
    Memang cantik sahihkan
    Namun Mak itam tetap jadi pujaan
    Sebagai peneman pelayaran..insan

    Hahahha AZ...aper modal tu gelak sampai golek2..

    Aikk CL..ada semut kaaaaaa...hahah

    gurau jer pak itam...tak leh tahan laar nak gelak..bila pak itam syahdu...itlah lumrah kehidupan...
    tahniah kerana mengembirakan dunia maya kami semua...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Pak Itam

    itu le
    kalau menongak kelangit
    (asik tembak bulan jee)
    jangan lupa bumi yg dipijak
    (tah2 awek semut kena pijak, dia ajak gengnya serang pak itam)
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Salam pak itam, cantik la gamabr yg pak itam ambil. Pandai shot ye..

    Nasihat yang amat berguna, kita kena muhasabah diri, yang mana bila nikmat Allah tarik seketika. Apa yang akan terjadi.

    Pelbagai nikmat yang Allah berikan free, tetapi kita manusia tidak pernah rasa bersyukur.

    Sabar la manusia, dunia adalah lakonan semata-mata, akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.

    Teruskan beramal dan beriman.
    JazakaAllah khi.

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam...
    cantik gambar bulan Pak Itam ambik...

    BalasPadam
  9. Salam Rezeki,

    Cantik semua gambar tu, nak kena dapat tips nanti..... menunggu hari nak dapatkan D 5000 atau D 300 s, kena pastikan budget betul2 dulu

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam,

    I like your n3 nie dan semua komen2 di atas. Pak Itam noti sama mcm yg lelain.Tengok gambau2 yg Pak Itam shoot, akak pun dah mula nak minat nak menembak jugak. Akak kiv lah dulu sampai pencen...(lama lagi tau).

    BalasPadam
  11. Dear Rezeki.
    Cantik sungguh pemandangan...kalau datang kat langakwi lagilah cun kot...

    BalasPadam
  12. salam azima

    rindu pada bulan psl nak shoot gmbrnye hehe

    makan2 , ada , tetiap hari ada hehe

    tapi malas nk buat n3 nya hehe

    BalasPadam
  13. salam cm


    hehehe pak itam tak tahu , apa tu ... hehehe

    pak itam budak tadika kan hihihi

    BalasPadam
  14. salam cl

    sungguh masuk dlm pelikat semut tu hehehe puaslah mengibas hihi

    BalasPadam
  15. salam az

    saya dptr bayangkan knp az gelak spi golek2 hehehe

    sakit kena gigit semut

    BalasPadam
  16. salam shami

    cerita benar tau hehehe

    sekadar menceriakan kehidupan

    BalasPadam
  17. salam atuk

    semut tu tak sekolah, tu yg habis digigitnya kawan hehe

    BalasPadam
  18. salam MI

    itulah kehidupan , mesti bersyukur dgn segala nikmat Allah beri sebelum ditarik semula

    BalasPadam
  19. salam tikah

    nak tunggu bulan penuh pulak

    BalasPadam
  20. salam rosli

    semoga yg dihajati dimakbulkan Allah

    dua2 model pun ok, cuma accecories tambahan spt lens dll yg harga boleh tahan hehehe

    BalasPadam
  21. salam kak ina

    lama lagi tu nak pencen hehehe

    tak ramai pompuan minat photograpi ni tau

    BalasPadam
  22. salam uncle

    insyallah , 1 hari sampai langkawi , maybe hujung2 tahun ni

    BalasPadam
  23. salam pak itam,

    biarkan pak itam dgn gigitan semut2 itu...hahaha

    kak nab rindu dgn blog ini...asyik ketinggalan jer...mengah rasanya nak kejar ke sana ke mari!!

    BalasPadam
  24. salam kak nab

    ada juga org rindu kat blog ni ,hehe alhamdulillah

    tak habis lagi baca cite kak nab bercanda di bali tu hehe

    BalasPadam