WARGA SCP

Isnin, April 19, 2010

BAHASA BURUNG


3 BERANAK DUK BERBUAL

SALING INGAT MENGINGATI
lokasi pengambaran : atas kabel letrik dpn rumah


Balik je dari pasar tani semalam, aku tercegat kat depan pintu rumah, leka melihat burung2 ni bermain riang dgn bunyi kicauan yang agak nyaring sekali.

Tapi aku tak bisa memahami apa yang dibualkan,hanya nabi Allah Sulaiman sahaja yang diberikan mukjizat oleh Allah dan dapat memahami bahasa binatang ni

Agak2nya ini yang dibualkan

"kau dah solat ke belum"
"alamak, belum bu"

"dah capat ada waktu lagi"
"baik buk"

dan si bapa tersenyum lalu menyanyi dalam hati

"sepohon kayu daunnya rimbun
lebat buahnya serta tidak terkira
walaupun hidup seribu tahun
kalau tak sembahyang apa gunanya
walaupun hidup seribu tahun
kalau tak sembahyang apa gunanya"


Lalu aku terfikir , jam dah pukul 8.00 pagi, ada ke waktu solat subuh lagi ni,
biar betul burung ni
Oh , mungkin solat sunat israk rasanya

Jom kekawan, marilah kita sama2 menambah sedikit amalan kita , di waktu pagi semasa matahari naik , boleh lakukan solat sunat israk dan selepas tu pula lebih kurang kul 9.00 pagi, boleh pulak sunat dhuha

Waktu solat sunah israk bermula ketika 20 minit habisnya waktu Subuh. Sementara Waktu Solat Dhuha bermula sejam selepas waktu Israk. Kelebihan 2 solat sunat ini ialah,
Pertama: akan diberikan keberkatan rezeki

kedua: dipermudahkan segala urusannya untuk sepanjang hari tersebut. Ada seorang dewasa yang mempunyai 7 orang anak dan gajinya hanya lingkungan RM1000 tetapi cukup untuk menyara keluarga. Ini lah antara amalan yang dijaga. INSYALLAH

SEKADAR BERKONGSI

28 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    wah Pak Itam ada kelebihan
    boleh berbahasa burung
    he he

    BalasPadam
  2. salam pak Itam

    terima kasih tazkirah pagi isnin
    (Hari kelahiran Nabi SAW)

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Pak Itam, bagus kan kalau tiap hari kita tak tinggal duha

    BalasPadam
  4. Salam CR...

    Terima kasih peringatan baik...
    Moga kita sentiasa istiqamah menunaikan ibadah sunat yang dituntut ini..

    BalasPadam
  5. salam...Rezeki... moga2 bertambah rezeki sdr ya...

    BalasPadam
  6. salam perkenalan...jemput juga ke teratak amy ye...

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam...
    Amalan murah rezeki... semoga kita semua istikomah melakukanya... insyaAllah....

    BalasPadam
  8. salam pak itam

    sukanya bila baca apa yang pak itam tulis...pasti ada unsur unsur ingatan dan nasihat dan amat bersahaja..baguih la pak itam ni..Alhamdulillah

    BalasPadam
  9. Assallamualaikum,
    Semoga tazkirah ini dapat mendekatkan saya dengan Allah. betapa waktu pagi itu penuh dengan kerja dunia yang tak pernah habis,
    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. salam from Makkah...


    pandai gak kecik' bahasa burung yer pak itam nih..


    waslam

    BalasPadam
  11. salam dari kuta,bali

    pandai pak itam bertazkirah! lain dari yang biasanya...mekasih pak itam!

    BalasPadam
  12. salam atuk

    belajar kat sekolah burung antarabangsa hehe

    BalasPadam
  13. salam atuk

    sekadar perkongsian

    BalasPadam
  14. salam kamato

    alah bisa tegal biasa, jadikan amalan , insyallah

    BalasPadam
  15. salam syami

    insyallah, jadikan amalan harian

    BalasPadam
  16. salam razalisuriyani

    amin, semua dari Allah jua

    BalasPadam
  17. salam amy

    salam ukhwah , insyallah akan menyinggah ke sana

    BalasPadam
  18. salam tikah

    jadikan amalan harian , insyallah akan terasa nikmatnya

    BalasPadam
  19. salam BHS

    sekadar berkongsi rahsia , semuanya dari Allah jua

    BalasPadam
  20. salam nadz

    alhamdulillah, jadikan amalan, bukan lama hanya sekejap je utk melakukannya

    insyallah

    BalasPadam
  21. salam cl

    hehe pak itam kan guru besau sekolah antarabangsa termasuk sekolah binatang hehehe

    BalasPadam
  22. salam uncle

    jom solat dhuha

    BalasPadam
  23. salam kak nab

    opssss, kak nab ke bali senyap2 je hehehe

    berhati2 di rantau orang

    enjoy your holiday hehe

    BalasPadam
  24. Salam,

    terima kasih tazkirah... Taj masih kompius & jahilttg solat israk ni...adakah ianya 2o minit selepas waktu syuruk...

    sukran

    BalasPadam
  25. salam taj

    kalau nak lebih tepat ,
    Sekiranya waktu Subuh adalah di antara 5.50 hingga 7.10, dan waktu Syuruk adalah 7.11. Waktu yang diharamkan solat itu adalah dari 7.11 sehingga 7.39. (7.11 + 28 minit = 7.39)

    merujuk kepada nagara kita kerana pergerakan matahari di Malaysia dan negara yang berada tidak sama dgn garis lintang Malaysia, adalah tidak sama
    Mengapa waktu ini diharamkan?

    Waktu ini haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

    Rasulullah mengharamkan solat dalam waktu ini kerana ia menyerupai orang yang menyembah matahari.

    BalasPadam
  26. Salaam Pak Itam,

    Terima kasih atas tazkirah. InsyaAllah akan cuba lakukan secara istiqamah.

    Dialog tambahan 3 beranak (bertelur?) burung :

    Mama: Apekehei manusia kat bawah tu, asik neropong kita jer?

    Papa: Ishk, mama ni pun...dia tengah amik gambar kita laa... just act natural dear...

    Baby: Ha ah la, relax la Ma, dia guna kamera Nikon D5000 tuuu... mesti cung-melecung punyalah gambar kita nanti.

    Mama: Idoklerr...mama risor nengok kain pelekatnyer tu haaa... kang asik nembak gambor kita, terongkei pulak ikatan kainnyer...hishh, tak sanggup teman nengoknya! Jomla baby, kita balik dulu. Bior papa kamu jer sekor jadik model. Nanti bila papa kamu dah femes, kita tuntut royalty kat manusia berkain pelekat tu. Meh, baby, meh. Terbang elok2 sayang, kang terlanggar lak tiang tu haa...

    THE END

    VpeaceV

    BalasPadam
  27. salam kak chik

    wah, kak chik dh boleh tulis skrip dan pandai bahasa burunbg la hehe

    BalasPadam