WARGA SCP

Rabu, April 28, 2010

14 JAMADIL AWAL 1431

ALHAMDULILLAH

14 Jamadilawal , bulan mengambang penuh dan cuaca sangat baik.

Pak itam mengabadikan potret bulan ni dengan menggunakan pelbagai variasi dan imaginasi pak itam untuk simpanan peribadi.

Sungguh indah sekali dan masa tu bulan baru naik lebihkurang 45 darjah. Jadi tak payah lah pak itam mendongak 90 darjah ke atas . Kalau tidak sakit belakang pak itam pasti bertambah kronik.

Bukan apa dah 4-5 hari kecederaan belakang di area urat belikat sebelah kiri ni berulang kembali. Mesti tersalah "sit up "

Jom layan bulan pak itam ikut citarasa pak itam sambil tu pak itam layan lagu p ramlee ni

Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Mmm.. mmm...
Mmm.. mmm...

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

ALLAH maha besar yang mencipta bulan dan bintang .

surah al-hajj (22) ayat 18
"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki."



surah Adz-Dzariyat pada ayat 47.

Dan langit itu kami bangun dengan kekuasaan/ tangan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya”

















30 ulasan:

  1. salam from Makkah..


    dah bulan lagi...hmmm..takda bulan asam pedas lak...hehhehehh

    w
    aslam

    BalasPadam
  2. waalaikum salam cl

    hehehe bulan asam pedas ada , byk koleksi asam pedas nya tau,

    tak boleh keluar selalu, hehehe

    BalasPadam
  3. salam pak itam,

    kak nab pun keluar rumah malam tadi....suka tengok bulan bintang...sungguh menakjubkan ciptaan Ilahi...
    pak itam punyer skill dah meningkat...nanti kak nab bagi gred ok...heheheh

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,
    Semalam saya tunggu punya tunggu nak shot bulan, sekali bulan tak timbul2... jadilah saya pungguk rindukan bulan.... huhuhu

    BalasPadam
  5. Salam Rezeki,

    bila bulan datang menjelang
    gigit jari ajer ler .......

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Pak Itam

    masa tembak bulan
    semut tak masuk kain lagi keeee
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Salam Pak itam...

    Cantiknya gambar bulan...
    Malam indah dipagar bulan
    Hati memandang jadi tak keruan
    cahaya bulan penyeri malam
    Bukan saja pungguk rindukan bulan
    Insan juga jadi rindu-rinduan

    BalasPadam
  8. Salam pak itam...cantik la gambar2 tu...

    Patut la subuh tadi masa MI nak solat subuh berjemaah di surau, MI nampak bulan lain macam je...

    Pagi tadi masa kat opis, MI tgk kalenda. Oh...rupanya dah tengah bulan islam.

    Pat itam pulak post N3 bulan penuh. Baru la MI terigat kejadian subuh tadi.

    Terima kasih menceritakan tentang apa yang manusia selalu lupa dan leka. Untuk senapang pak itam itu, diamati dan digunakan untuk perkara kebaikan.

    Salam
    Fajarsubuh

    BalasPadam
  9. salam CR...

    kah3 , mula2 gelak dulu bila baca komen kwn2 kt atas tu ..
    macam2 cara yg seangkatan kias mengkias , yg muda rindu rinduan dek kerana hanya paparan BULAN ...

    tak der ker bintang pula yg memagari bulan tu .

    BalasPadam
  10. salam

    biar bulan bicara sendiri..kata broery..


    cantiiikk sungguh pak itam..

    BalasPadam
  11. Salam Pak Itam,

    Oh bulan... YUNA

    rupanya bulan di HC berwarna warni..hehehe

    BalasPadam
  12. Salaam Pak Itam,

    amboi, amboi... kemain lagi pak itam dgn cik nikon bercengkerrrama di bawah bulan purrrrnama ye... hehe

    psstt pak itam, masa sibuk menembak tu tak de ker dengor bunyi serigala bersahut-sahutan kat dalam utan tu? mana ler tau, kot2 ada 'American Werewolf in HC' ker...heheh..


    VpeaceV

    BalasPadam
  13. Salam Pak Itam,

    Terpegun, terpesona & terkesima dengan keindahan bulan. Pandanglah ia dan tataplah ia sepuas-puasnya tetapi jangan dilupa kepada Allah Yang Maha Pencipta.

    Bilaku pandang bulan yang tinggi di awan, hatiku bertambah rindu pada siDIA Yang Maha Esa.MasyaAllah, SuhanAllah..segala puji dan puja bagiMu Ya Allah yang menjadikan setiap sesuatu tu tidak sia-sia.

    BalasPadam
  14. tiap2 bulan tunggu penghujung bulan!!! ngeh3x....lain lah Pak Itam..tak yah tunggu hujung bulan...

    BalasPadam
  15. salam kak nab

    skill tgh asah pakai batu asah je hehe

    BalasPadam
  16. salam tikah

    tikah kena buat appoiment dulu dgn bulan mcm pak itam hehehe

    BalasPadam
  17. salam az

    tu Mak bulan hehehehe

    BalasPadam
  18. salam atuk

    semalm dah MOU dgn semut2 tu hehe

    BalasPadam
  19. salam shami

    rindu kat bulan takpe hehehe

    BalasPadam
  20. salam MI

    sekarang tgh bulan islam , tu sebab bulan penuh

    BalasPadam
  21. salam kak ummi

    heheh biasalah kak , semua ada pandangan sendiri bila cite ttg bulan kan hehehe

    BalasPadam
  22. salam cm

    tk, mak bulan lagi cantik kan kan hehe

    BalasPadam
  23. salam abg sulong

    kat HC je bulan memacam kaler hehehe

    BalasPadam
  24. salam kak chik

    ada , banyak heheh

    tapi bunyi miaw miaw kat belakang umah, kucing ku hehe

    BalasPadam
  25. salam kak ina

    sungguh besar kekuasaan Allah

    BalasPadam
  26. salam SAK

    saya meniaga pun ikut style bangsa lain, ambik gaji , untung ambik hujung tahun setelah tutup account hehehe

    BalasPadam
  27. Tanpa NamaApril 30, 2010

    salam

    mlm tu sy nk amik gambar bulan tu tp sayang lah pakai hp tak nmpk jelas ...cantik arrrr gambar yg rezeki amik nampak btul corak2 kat bulan tu kan

    BalasPadam
  28. salam zie

    cantik kan, lepas teropong bulan, teropong mak bulan pulak hihi

    BalasPadam