WARGA SCP

Selasa, April 06, 2010

TERLALU BANYAK KEKUASAAN ALLAH YG DITUNJUKKAN

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya)

(Surah Al-Yunus: Ayat 101)

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.

(Surah Al-Yusuf: Ayat 105)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengan­ (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Surah Al-A'raf: Ayat 179)




Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

(Surah Al-Waqi'ah: Ayat 63-64)





Kebesaran dan kekuasaan Allah juga dipertontonkan di alam tumbuhan dan serangga. Setiap jenis tumbuhan mengandungi ciri-ciri yang tersendiri dan jenis-jenisnya juga saling berbeza di antara satu dengan lain. Terdapat perbezaan pada jenis batang, daun, bunga, buah, warna, rasa dan bau bagi setiap jenis tumbuhan.

firman Allah SWT:

Dan di bumi ada beberapa potong tanah Yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) Yang berumpun dan Yang tidak berumpun; semuanya disiram Dengan air Yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya Yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

(Surah Al-Ra'd: Ayat 4)



Sungguh indah ciptaan Allah kepada kita semua . Nikmatilah dan jagalah ia dengan sebaik mungkin dan bersyukurlah dengan setiap kurnianNYA


p/s : foto yg diambil masih "panas lagi" baru keluar dari sd card . Di ambil dipersekitaran ku berada . Sungguh indah sekali ciptaan Allah


20 ulasan:

  1. salam pak itam,

    Allah Maha BerKuasa! Allah Maha Kaya!
    Subhanallah..indah sungguh segala makhluk ciptaanNYA.
    Itulah bila kak nab tengok pokok2..bunga2 dll..selalu terpana dgn ciptaanNYA!

    BalasPadam
  2. Salam Rezeki,

    Saya suka artikel ini, dulu saya selalu tanya diri ini, kita manusia biasa nak cipta sehelai daun lalang pun tak mampu, Kekuasaan Allah boleh kita lihat di mana2.

    Cantik bunga2 orkid tu.

    BalasPadam
  3. Salam pak itam,

    Mak itam tanam orkid ker? cantik2 pokoknya...

    Keindahan ciptaan Allah di darat dan di laut tiada tandingan... Pak itam bila nak shots keindahan di bawah laut lak? hehehe

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    Tazkirah yg baik dan menyedarkan saya

    Alhamdulillah, terima kasih

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Salam CR....

    Alhamdulillah...

    Alam ini dan seluruh makhluknya amat indah..diciptakan Allah..kerana itu pabila memandang kita akan berasa cukup tenang dan damai....itulah kebesaran Allah..subhanallah

    BalasPadam
  6. Salaam Pak Itam,

    Tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Manusia saja yang sering kali alpa memikirkannya...astaghfirullah...

    cantikla shots Nikon D5k nii... pandai bunga2 tu jadik model.. ;}

    psstt...apa kata Pak Itam letak signature skit kat gambor2 tu.. lagi kellass!.. eh tapikan, susah pulak kak chiq nak cilok nanti...hmmm...

    heheh acah jer.. ;}

    VpeaceV

    BalasPadam
  7. salam Pak Itam

    Insaf dengan ayat2 tu...
    Subhanallah.

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaApril 06, 2010

    Salam Pak Rejeki,

    Lawa gambar2 tu.. dari d5000 ke..

    yup.. mmg indah ciptaan Allah..

    BalasPadam
  9. salam pak itam..

    subhanallah.,cantik ciptaan Allah di bumi ini. Saya suka melihat keindahan awan dan langit dan begitu terpesona dengan ciptaan Allah yang satu ini..
    Kadang2 bila jalan jem dari hc ke jb pada langitlah saya merenung menghilangkan tension,
    lepas ni pak itam shot permandangan awan dan langit pulak ye..mesti cantik dengan kamera baru tu..

    BalasPadam
  10. salam kak nab

    pelbagai yg diciptalan Allah ni, semua indah dan semua bersebab

    Alhamdulillah

    BalasPadam
  11. salam rosli

    mmg betul tu, tapi manusia masih mahu mendabik dada mengatakan mereka berkuasa sedangkan hakikatnya Allah Yang Maha Berkuasa

    BalasPadam
  12. salam tikah

    poko orkid liar hehehe

    tunggu lampu hijau dari bung nazir, nanti menyelamlah pak itam ke dasar lautan hehehe tikah nak join hehe

    BalasPadam
  13. salam atuk

    sekadar perkongsian

    alhamdulillah

    BalasPadam
  14. salam shima

    pandang sesuatu ciptaan Allah tu dengan mata hati kita, insyallah kita dapat mempelajari sesuatu yang takde dalam buku

    BalasPadam
  15. salam kak chik

    model2 tu bayar rm80 sejam hehehe

    nantilah pak itam timbang2kan nak letak name tag tu kat gambar heheh

    sekiranya gambar2 kepunyaan pak itam diambil, sekurang2nya pak itam dapat juga pahala , betul tak kak chik

    BalasPadam
  16. salam mama ju

    alhamdulillah

    BalasPadam
  17. salam bung nazir

    gambar2 nya bolehlah tahan hehe

    yg tukang ambik gambar lagi lah tak boleh tahan hehehehe

    BalasPadam
  18. salam amz

    semalam lps shoot gmbr bunga2 ni, ada 1 lagi sessi photo shoot gambatr awan sebenarnya hehehe

    n3 nya baru realease pagi ni

    BalasPadam
  19. ku syukuri nikmat mu ya ALLAH...damai terasa...pandainya pak itam ambil gambar...nanti adakan kursus photograpy k...saya nak join boleh ke?..leh jumpa mak itam...

    BalasPadam
  20. salam BHS

    hobi shoot gmbr ni utk suke2 je dan koleksi peribadi hehehe

    ni pun krn minat utk sentiasa mempelajari dan mendalami ilmu yg tak pernah2 habis

    nak buat kursus hehehehe
    takde tauliah hehe

    BalasPadam