WARGA SCP

Selasa, April 13, 2010

DAH JADI ORG BUJANG DAH ANAK KU

like father like son
son of gun hehe

tali putih aku dah keluarkan
psl azab nak ikat nanti hihihi
anak aku yg ikatkan
aku tak tahu ikat tali kasut mcm ni

Alhamdulillah, bila tengok 2 pasang kasut ni yang kami beli sama2 masa kat KL tempohari, dah besar rupanya anak bongsu aku lelaki sorang ni. Biasalah bila semakin besar, jadi cita rasanya pun dah berlainan. Kebetulan kami ke kedai Converse di Mid Valley , bila lihat kasut yang dipilihnya cantik dan simple, maka aku yang dah tua ni pun gatal juga nak cuba.

Seorang rakan ku berkata, kalau pakai converse ni, umur discount 5 tahun hehehe

Bila cuba, rasa selesa dan sedap dibawa berjalan dan untuk memandu, maka beli lah satu.

1 utk si abang, 1 untuk si bapak rejeki hehe

Teringat masa anak ku semasa kecil, masa tu tapak kakinya masih merah lagi dan sebesar ibu jari ketika kami membesarkannya dengan penuh kasih sayang dan penuh kesederhanaan . Sekarang dah besar panjang dah.

Semasa dia kecil, dia selalu kerap demam, bila demam malam mulalah merengek . Kami terpaksa berjaga waktu malam , ibunya pula menuamkan kepala dengan tuala basah . Ubat diambil dari klinik kerajaan berdekatan .

Sekarang dah besar panjang dah . Dah jadi anak bujang .

Semoga menjadi anak yg soleh yang membahagiakan kedua ibu bapanya dikemudian hari.

Insyallah

14 ulasan:

  1. salam pak itam,

    dah besar si teruna anak pak itam tu..nanti bila jalan bersama nampak cam abang dgn adik...pakai pulak kasut converse & jersi! jangan lupa cap!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    moga jadi anak tg soleh
    senantisa dlm akhlak yg mulia

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam CR...

    Mudah-mudahan anak2 kita serta zuriat keturunan kita semua (kawan2) membesar dan menjadi anak yang soleh ....insyallah..

    Cemas tgok keadaan anak2 remaja sekarang....terlalu banyak cobaan...heheheh

    BalasPadam
  4. yalah pak itam, anak2 sayapun mcm tulah msa sek. rendah bolehlah blikan kasut bata ke, palas tpi bile dh besar kasut sekolahpun nak converse.
    Tapi x nak biasakan mewah2 sgt saya bagi syarat boleh beli tapi kena tambah duit sendiri. pandai2lah dia orang kumpul duit sekolah. saje buat syarat supaya mereka belajar berdikari.

    Membesarkan anak zaman sekarang mmg byk dugaanya. Terutama anak2 kita yg sdg meningkat remaja.

    BalasPadam
  5. Salaam Pak Itam,

    [turut mengAMINkan doa Pak Itam]

    Tak lama lagi masuk generasi ketiga pulak pemakai kasut Converse dalam famili Rezeki : Pak Itam, Pak Itam Jr., Pak Itam ke-III ....heheheh

    VpeaceV

    BalasPadam
  6. salam pak itam..

    terkejut saya bila tgk kasut nih..ekekeke
    saya baru beli sepasang ngan encik asben..boria la plak kita ek..

    papepun kasut ni mg selesa..

    BalasPadam
  7. salam from makkah...


    woww..converse....!!! terus discount jadi mude...
    patut lah cl nih nampak tua sebab
    cl cuma ada kasut cap ayam jer...hehheheh


    waslam

    BalasPadam
  8. salam kak nab

    saya tak suka pakai cap , suka pakai songkok aji je
    hehehe
    anak mmg suka pulak

    BalasPadam
  9. salam atuk

    semoga doa kita semua diperkenankan

    BalasPadam
  10. salam shami

    itulah cabaran mendidik anak2 masa kini, hebat cabarannya kan krn banyak godaan

    BalasPadam
  11. salam ibu sayang

    saya pun mmg dari dulu tak mewah2 kan anak2,

    nak mereka merasai dan menghargai sesuatu, alhamdulillah .
    anak2 faham cara saya

    tapi sesekali takpa

    itulah cabaran masa kini dlm kita membesar dan mendidik anak2 . seringkali mengingatkan anak2 saya betapa mereka beruntung dan syukurilah dan hargailah

    insyallah

    BalasPadam
  12. salam kak chik

    hehehe pak itam the third III takdelah ,

    pandai je kak chik ye hihi

    BalasPadam
  13. salam fido

    kita kira boria sg pinang yelah hehe

    kasut tu selesakan dan sempoi hehe

    BalasPadam
  14. salam cl

    cap ayam bukan sebarang cap ayam tu hehehe

    kalau discount muda 15 tahun, tetiap hari pak itam pakai tau hehe

    BalasPadam