WARGA SCP

Khamis, April 29, 2010

SUATU KETIKA DULU

dedulu takde simen yg siap dibancuh mcm ni dan terus curah je
semua bancuh sendiri dan tolak guna "wheel barrow"
kemudian meniti ikut papan yang dibuat sebagai jalan
silap haribulan boleh jatuh ke bawah


Bila terlihat pekerja kontrak ni yg sedang bertungkus lumus menyiapkan pembinaan, kenangan 25 tahun dahulu kembali di kotak pemikiran ku.

Aku pernah merasai penat jerih seperti itu ketika usia ku masih muda belia lagi.

Kenangan lama mengajak ku kembali memuhasabah diri dan semua peristiwa tersebut berputar di kotak pemikiran ku yg ku rasakan
"ah, macam semalam je aku baru memulakan tugas ku sebagai buruh binaan"

Untuk permulaan pada masa tu , tiada tugas spesifik yang diberikan pada pak itam.

Ialah, pengalaman pun takde.

"Tapi takkan selamanya begini," bisik ku.

Aku perlu memajukan diri dengan mempelajari seberapa banyak selok belok dunia kontrak ni. Semua kena belajar sendiri melalui pemerhatian . Akhirnya aku telah menawarkan diri untuk mengendalikan mesin pembacuh simen atau dalam bahasa inggerisnya "matcher" . Dedulu takde lori pembacuh simen macam hari ni. Jadi semua simen dibancuh sendiri di tapak pembinaan.

Memang sungguh mengazabkan kerana simen seberat 50 kg perlu dimasukkan ke dalam mesin menggunakan kudrat . Bancuhannya juga perlu seimbang macam memasak nasi . Kalau lebih air, nasi menjadi lembik . Begitulah juga.Simen dan air perlu mengikut sukatan.

Hari pertama mengendalikan mesin ini, selepas pulang ke rumah, pak itam lembik kepenatan. Seluruh urat2 tangan dan pinggang menjadi terlalu lenguh dan sakit. Bayangkan dari pagi hingga petang, entah beratus kampit simen yang pak itam bancuh . Minyak urat menjadi teman semalaman.

Keesokkan pagi, walaupun lenguh dan kejang seluruh badan , namun kerja tetap kerja
macam dalam cerita ali baba dgn 40 org penyamun ,

KERJA, KERJA,KERJA

Kayuhan basikal pagi tu terasa jauh sungguh, mungkin akibat keletihan.

Tapi masa tu aku kayuh basikal yg ada palang kat tengah tu, bukan macam basikal yg ibrahim pendek tu kayuh .

Tapi bak kata pepatah, "alah bisa , tegal biasa " lama kelamaan , dah tak terasa lagi azabnya.

Selain waktu rehat pukul 10.00 pagi, pukul 1.00 tgh siren akan berbunyi menandakan waktu makan tengahari. Bungkusan nasi yang disediakan oleh ibu dirumah menjadi habuan. Makanan memang terasa lazat kerana kepenatan dan kelaparan. Lepas tu aktiviti bebas sehingga siren berbunyi pukul 2.00 ptg menandakan bermulanya " sambungan babak pertama "

"Alhamdulillah, selamat dah 1/2 kong pagi, dapat lagi 1/2 kong petang pula"

Tepat pukul 5.00 siren akan berbunyi menandakan tamatnya waktu rasmi hari itu. Tapi kebiasaannya terdapat kerja2 overtime yang ditawarkan untuk menyiapkan kerja2 yang tak dapat disiapkan. 1 jam overtime masa tu RM2.00 tapi sekiranya overtime sampai melepasi pukul 8.00 malam, dapat elaun makan RM 5.00 seorang. Biasanya sampai pukul 10.00 malam.

"MALAM INI KITA OVERTIME, HOREYYYYYYYYYYYYY"

Kerja-kerja overtime akan ringan sikit tapi memerlukan kemahiran. Kemahiran diperolehi melalui pengalaman melakukan sendiri tugasan tu. Tapi kalau tak cuba, mana nak dapat kemahiran tu.

Dari tak tahu pasang siling, pak itam dah pandai memasangnya. Kemudian semua penjurunya ditutup dengan menggunakan "silicon" yang dibekalkan. Yang seronok overtime ni, tiada pengawasan . mereka hanya beri kerja dan target mana yang perlu disiapkan dan jangakaan jam waktu overtime . Jadi kalau siap awal, boleh balik cepat.

Pendek kata untuk menjadi pekerja yang mahir, semua mesti dipelajari sendiri melalui pemerhatian dan kemudian mencubanya sendiri . Semua bahagian pak itam cuba dan pelajarinya. Hampir semua kemahiran sebagai pekerja kontrak seperti mengikat besi , menyimen dan bermacam lagi pak itam dapat kuasainya.

Siapnya bangunan yang dibina bermakna tamatlah tugas kita sebagai buruh binaan .Begitu juga dengan pak itam sebagai pekerja kontrak di sini . Namun hati berasa puas kerana dapat bersama-sama menyumbang untuk pembangunan negara walaupun hanya sekelumit saja sebagai pekerja kontrak.

"Alamak , nak kerja apa lepas ni. Rasanya nak cari kerja lain pulak lah"

Bukan apa, untuk mengisi pelbagai kemahiran dalam diri .
Penghijrahan dari pekerja kontrak kepada pekerja kilang perabot .

Maka sebuah kilang perabot yang terletak di Tg Agas menjadi pilihan bersama rakan-rakan tadi .

Tapi .........

14 ulasan:

  1. Salam Rezeki@Pak Itam..tak sangka Pak Itam pernah kerja macam ni..tent kaya dgn pengalaman hidup...saya ni kira anak bertuah..tak pernah hidup susah..perlu banyak muhasabah diri..teruskan menulis..saya akan terus membaca..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    Saya tenguk dia orang kerja pun dah rasa letih
    siap dgn panas kasar dan berat
    kalau saya tak mampu leee
    tapi Pak Itam boleh buat ye
    syabas

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam pak itam, letih tu memang letih. tetapi bila dah siap, ia akan rasa puas kan. MI tak la sampai merasa buat bagunan tinggi begini, setakat bina reban ayam dan reban kambing tu pernah la. Paling tinggi pegalaman buruh kasar ini, rumah kampung. Nasik bungkus tu.....eeemmmm. Sedap, tengah penatkan. Lauk telor goreng dgn kicap pun sedapkan.

    Sonok membaca sampai terlupa kerja. Allhamdullah pegalamn hidup dikongsi bersama.

    Lepas ini kerja kilang perabot ke? tahan ke habuk kayu dan binatang pijat.

    BalasPadam
  4. Salam Pak itam

    memula nampak gambar pintu..dah masuk ada citer kontrak lagi..hehehhe

    Kalau yg kerja kontrak kat luar sakit2 urat semua....ini pulak yang kerja kat dalam ofis..bidang sama...sakit semua urat otak..hehhe
    Alah bisa tegal biasa kan pak itam...
    Lama2 jadik sayang pada kerjaya nih...gaji lumayan...kan buat kontrak..jgan kepala tak bayar gaji sudah...hehehe mau berperang nanti...

    BalasPadam
  5. masa kecik dulu syok sungguh main sorong² wheelbarrow tu (kalau jadi yang disorong la)

    BalasPadam
  6. salam pak itam,

    banyak betul pengalaman pak itam! bagus rentetan kehidupan pak itam masa dulu...jadi pedoman untuk masa mendatang.

    BalasPadam
  7. Assallamualaikum Pak Itam,
    Pengalaman tak boleh dibeli. Betapa besar pengalaman itu, bagus ni kalau anak-anak muda yang membacanya.
    Taklah ramai abang Indon yang membina rumah-rumah kita di Malaysia!

    BalasPadam
  8. walaikum salam Mfisma

    dulu semua pak itam buat , asal dapat rezeki halal

    alhamdulillah, pengalaman hidup banyak mendewasakan pak itam hari ini

    BalasPadam
  9. walaikum salam atuk

    cite tgn kasar dan melelas, sampai sekarang tapak tangan dan kaki saya mmg kasar sangat hehehe

    kalau tersagat kat pipi, mau luka tau hehe

    BalasPadam
  10. salam MI

    heheh lama juga keja kilang perabot, byk cite yg menarik masa keja kilang perabot tu hehehe

    BalasPadam
  11. salam shami

    itulah masalah beso bila main kont. tak dapat payment hehe

    BalasPadam
  12. salam KOG

    yg kena sorong seronok, yg tukang sorang azab hehe rasa nak terbalikkan je whellbarrow tu hehe

    BalasPadam
  13. salam kak nab

    alhamdulillah, saya dah rasa semua

    susah senang, suka duka, dihina dan terhina

    itulah asam garam hidup kita ni

    ia menjadikan saya seorg yg bersukur akan segala2nya yg datang kpd saya dr Allah

    BalasPadam
  14. walaikum salam nadz

    betul tu, pengalaman hidup takde jual kat kedai mana2 pun, itu yg menjadikan saya hari ini lebih tabah mengharungi kehidupan yg sementara ni

    BalasPadam