WARGA SCP

Rabu, April 14, 2010

OH KELAPA KU

Alhamdulillah, bila aku merenung kembali pokok kelapa yg berada di belakang teratak ku di tepi hutan ini, aku pasti terkenang kembali apa yg aku lalui 20 tahun lepas.

Dulu pokok ni baru hidup dan membesar . Rendah je masa tu. Tapi ia telah mula mengeluarkan buahnya. Yang pasti, setiap petang jumaat , aku akan memilih buah2 nya yang besar dan muda untuk dipetik dan dikumpulkan. Masa tu , hanya pakai tangan je . Tak perlu memanjat .




Buah2 yg dipetik akan dibersihkan dahulu untuk dibawa ke gerai ku pada keesokkan harinya. Masa tu kalau nak beli dengan peraih kelapa muda, harganya RM 1.20. Untuk jimatkan kos dan lagi pun ada pokok sendiri, maka pak itam pun petiklah . Dapat dalam 20 biji pun cukup x RM2 dan dapat RM 40. Siapa nak kasi 40 hengget tunaiiiiiii hehehe

Masa tu 40 hengget , rasa besar sangat


Lepas tu pokok semakin tinggi, dah kena pakai tangga. Pasal kelapa muda tak boleh jolok dan jatuh ke bawah. Nanti takut pecah.

Kalau ada bela beruk masa tu kan senang , yang ada beruk mat yeh , tak boleh harap hehehe

Sekarang pokok tu dah tinggi sesangat . Aku pun tak pernah ambik lagi kelapa mudanya. Tapi bila dah banyak sangat , ada seorg budak muda selalu datang jumpa aku , nak ambik yang dah tua buat jual.

Aku kata ambiklah dan aku kasi percuma je, banyak juga dia dapat dalam 20-30 biji juga setiap kali dia datang. Takpelah, aku niatkan sedekah je padanya, dapat juga pahala.






ni senapang terbaru ku
asal lens 18-55 utk tembak jarak dekat
la ni aku sambar lens 70-300 utk tembak jarak jauh pula

aku menembak buah kelapa tu dari jauh
sekarang aku boleh tembak gambar yg aku berkenan
dari jauh je

syukur kehadrat Allah swt
akan segala nikmat limpah kurnia rezekinya kepada ku
dalam hidup yang sementara ni
esok lusa nanti
kita semua akan gugur jua
macam buah kelapa yg dah tua tu juga
ALHAMDULILLAH




24 ulasan:

  1. salam from Makkah..


    wahhh caya lah...ada senapang baru...
    nanti cl balik mesia leh lah pinjam..??


    waslam

    BalasPadam
  2. salam CR..

    anak bujang akak ni dah tak senang duduk dah nih bila tengok senapang pak cik rezeki dia tu.

    BalasPadam
  3. AssalamualaikumPak Itam

    kalau guna senapang pak Itam tu boleh sampai ke bilik CL
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  4. salam rezeki,

    Kelapa muda yang beringus tu( yang isinya macam hingus ),dicampur dengan sebiji garam jantan , boleh mengubatkan selsema.Better than panadol.

    Insyaallah mustajab.

    BalasPadam
  5. kalau saya ade senapang patah sekali pun saya tak reti guna!!!

    BalasPadam
  6. rezeki dari Allah..Alhamdullillah.

    BalasPadam
  7. salam pak itam,

    wah...ini dah boleh tambah rezeki lagi ni..ambik tender.. jurugambar professional..hehehe

    BalasPadam
  8. salam pak itam,

    tu diaaa....baru menembak namanyer! cayaa lah pak itam..tp kalau pi menembak jgn ler pakai sarung lak....heheheh

    BalasPadam
  9. pergh...cantiknya kelapa tu! Baru semalam saad bagi minum air kelapa!

    BalasPadam
  10. Salam pak Itam..

    Wah dah tambah aksesori ya... pas nie tamabah lak mata ikan lak... pastu macro lak... hehehe...

    BalasPadam
  11. Salam Pak itam,

    panas2 minum air kelapa best nyaman rasanya... nnti p HC nak air kelapa boleh? :)

    BalasPadam
  12. salam rezeki

    ahh boleh mimpi aje nakkan DSLR dgn lens yg mcm tu :| Dlm angan2 memang nakkan lens zoom dan wide angle belum lagi bab filters huhuhu... nampak gaya kena setia dgn G5 yg dah 7 tahun bersama

    err, air kelapa... saya kureng minat huhuhuhu.. eh dah beritahu kan?

    BalasPadam
  13. salam cl

    no hal punya hehe
    kalau nak pinjam pak itam bawak balik makkah pun boleh aje hihi

    BalasPadam
  14. salam kak ummi

    hehe

    nanti2 insyallah dapatlah dia beli
    pakcik ni dah tua2 baru dapat main senapang hehe

    BalasPadam
  15. salam atuk

    boleh kot, tapi melalui blog je hehe

    BalasPadam
  16. salam ayahanda

    tk krn beri petua ni , ni petua org dulu2 , byk gunanya

    BalasPadam
  17. salam cikgu SAK

    hehe

    saya pun kena menuntut 40 hari 40 malam ni baru khatam hihi

    BalasPadam
  18. salam arol

    alhamdulillah, semua rezeki dtg dari Allah jua

    alhamdulillah

    BalasPadam
  19. salam AMZ

    alah, saja suka2 je hehe
    mmg dari dulu hobi suka shoot, tapi sekarang rasanya naik setahap lagi hobi tu

    BalasPadam
  20. salam kak nab

    hehe

    masa shoot pokok kelapa tu blkg umah memang pakai sarung je dgn singlet hehehe

    dah terbiasa lah kak nab

    BalasPadam
  21. salam uncle

    ni pun tak khatam lagi ilmu tu , sikit lagi . masih biasakan dgn setting lagi . itu pun pembelajarankan uncle

    saad hehehe saya rasa mcm kenal je dgn saad tu, kat mana2 mesti org panggil saad kan hehe

    BalasPadam
  22. salam tikah

    rasa2 cukuplah, tak boleh ikutkan sangat , nanti keja lain tak jadi pula hehehe

    tapi kalau sepenuh masa, mau penuh dry box tu dgn semua accesories

    pak itam dah tak ambik lagi buah kelapa tu, tinggi sangat dah

    akhirnya yg tua jatuh begitu saja

    BalasPadam
  23. salam khairynra

    g5 still ok , yg penting org dibelakang camerakan

    air kelapa muda letak sikit air gula dan air batu best tau hehehe

    BalasPadam
  24. nak pi kota la nak pinjam senapang pak itam. BTW. buah kelapa tu tinggalkan sikit boleh?

    BalasPadam