sedutan masam masam manis
Entah berapa puluh kali aku dah menonton cerita ni, tak jemu-jemu. Kalau tgk tengah malam, terpaksa ketawa pelan2 sikit , tapi mmg tak boleh tahan.
Cerita berkaitan Cikgu Sha'ari yg juga merupakan pemuzik sambilan di sebuah night club. Bila cikgu sha'ari ditangkap oleh Guru Besau krn tidur di dalam kelas, dia berjanji tidak akan bermain muzik di night club pada hari persekolahan.
Kebetulan disebelah bilik sewanya, tinggal seorang wanita bernama Norkiah hehehe
Mereka ni ibarat anjing dgn kucing, kalau bertemu asyik bergaduh je. Tapi tak pernah bersua muka pin. Gaduh sebelah dinding je .
Nak jadi cerita, suatu hari semasa Norkiah menaiki bas, dompetnya telah diragut, namun cikgu sha'ari telah membantunya. Maka dari situ bermulalah detik2 percintaan mereka lalalala
Norkiah memperkenalkan dirinya sebagai seorg guru masakan sedangkan dia sebenarnya seorg penyanyi kabaret . Tapi mereka tak bagitau pun kat mana mereka tinggal, nak cover line hehe
Nak jadi cerita , akhirnya pecah tembelang juga bila masa mereka bergaduh di rumah sewaan mereka. Rupa2 pasangan kekasih ni tinggal sebelah menyebelah je . Akhirnya mereka berkahwin dan dinding bilik pun dirobohkan menjadi sebuah bilik besar. Mestilah , pasangan suami isteri
Dalam pada, suatu hari tembelang Norkiah pecah bilakala cikgu sha'ari terjumpa isterinya sedang menyanyi di night club. Maka perang dunia pertama pun meletus , dinding bilik di sambung balik heheheheheheehheheheheheh
Tapi pengakhiran cerita ni yang paling best , kerana cikgu sha'ari yang kaki tidur dalam kelas akhirnya menjadi GURU BESAU dan hidup aman damai bersama Cikgu norkiah dan anak2
Moral of the story,
MASAM-MASAM MANIS
sebenarnya sentiasa ada dalam kehidupan kita seharian tanpa kita sedari . Ia menjadikan kehidupan kita penuh dengan warna-warni.
Kalau masam kita juga perlu menelannya
dan kalau manis pun kita juga perlu menelannya.
Itu yang akan menjadikan kita kuat serta tabah
dalam mengharungi kehidupan kita hari ini
yang pastinya ada pasang dan surutnya dan adakala masam dan manisnya juga
dan kalau manis pun kita juga perlu menelannya.
Itu yang akan menjadikan kita kuat serta tabah
dalam mengharungi kehidupan kita hari ini
yang pastinya ada pasang dan surutnya dan adakala masam dan manisnya juga
Jadi ni dia pak itam punya Masam-Masam Manis hari ni.Lawan pulak dengan sayur cendawan
ALHAMDULILLAH
semua yang masam-manis memang sedap
BalasPadamAssalamualaikum Pak mItam
BalasPadamP Ramlee,ceritanya tidak ketinggalan
zaman
Wassalam
Salam Rezeki,
BalasPadamcerita P Ramlie di Singapore memmang malasegar, sayang hak miliknya ditangan orang lain.......
salam bapak rejeki,
BalasPadamsila datag umah az, ambil itu award dan masukkan dlam n3 akan datang. Jangan tidak yer
Salam Pak itam,
BalasPadamMasam2 manis memang best ler.... paling best ikan masak masam manis tu... hehehe
Baguih sungguh Pak Itam kait2 cerita. Tak sangka pulak cerita MMM tu nak dikaitkan dgn masak masam manis.
BalasPadamPasai cerita P.Ramlee nie, bukan aje kita yg dah veteran nie dok minat. Budak2 tadika la nie pun dok ulang2 tengok CD P. Ramlee. 'Berhantu' kot P.Ramlee nie.
salam pak itam,
BalasPadamkak nab ingat nak masak sweet sour jugak...tetiba tgk kat sini dah ada yg masak...nyum nyum..
Salam CR...
BalasPadamAlhamdulillah...sedap tu ikan masak masam manis lawan sayur goreng ada cendawan...mau lepas jogging makan habis semua tu..berselera...betul...mak itam tahniah...hehheh
P.Ramlee..nostalgia & lagenda..semoga allayarham aman di sana...ceriter2 filemnya evergreen sesuai sepanjang zaman sebagai teladan...itulah rencah dan kerenah orang kita..hehehhe...
salam Pak Itam
BalasPadammasam manis bestnya...ikan pun beso..
Mak Itam tgk tak gambar2 yg disiarkan?Tentu Mak Itam sukakan...ada siaran langsung!
Tayanglah lagi...bye
sukanya dengan mak itam...siapkan makan untuk pak itam semuanya best-best belaka...dari segi rupa, kesegaran bahan yang dipilih, kepekatan kuah semua 5 bintang lah..tapi kan kalau la food tester ni dpt rasa...alangkah bahagia...mmm
BalasPadamsalam kamato
BalasPadammmg betul tu, sedap hehe
salam atuk
BalasPadamatuk minat cite p ramli tak ??
salam az
BalasPadamitulah, habis khazanah seni kita jadi hak milik org lain
salam az
BalasPadamsaya selalu dtg, az je takde kat umah hehehe
nti bapak rejeki ambik ye hehe
salam tikah
BalasPadamni mesti tikah pun suka MMM hehehe
salam kak ina
BalasPadamhehehe
menulis ikut sesuka hati je kak ina heheeh
salam kak nab
BalasPadamtak payah masak MMM tu hehe
ambik je kat sini hehehe
salam shami
BalasPadamsaya makan utk tgh je, malam tak makan hehe
minum melo je jadi sihat dan kuat hehe
salam mama ju
BalasPadammak itam tak baca blog saya hehehe
dia leka dgn buku novelnya je
psl katanya dia kan hidup bersama dgn tuan blog ni hehehe
salam BHS
BalasPadamalhamdulillah, mak itam mmg suka memasak , saya pulak suka makan
kenalah begitukan hehe
janji bahan2 semua ada