WARGA SCP

Isnin, April 26, 2010

PASANG SURUT KEHIDUPAN









panorama alam yang sempat diabadikan
di perkampungan nelayan
Sg. Rengit , Pengerang




ALHAMDULILLAH

Kadang-kala kita alpa yang kehidupan ini ada pasang dan surutnya . Sama seperti air laut.
Itulah lumrah kehidupan .

Nabi Muhammad pernah bersabda yang diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak.

Hadis Nabi tentang “lima perkara sebelum lima perkara itu maksudnya adalah supaya kita mempergunakan waktu dan kesempatan dengan sebaik-baiknya, sebelum hilangnya kesempatan tersebut.

Lima perkara tersebut adalah


1. "masa mudamu sebelum datang masa tuamu”.

Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan, kejayaan , dan keberhasilan, kerana masa mudalah kita mempunyai cita2 dan keinginan untuk berjaya . Tapi ingat bukan untuk berjaya di dunia sahaja tapi yang lebih utama di akhirat kelak yang kekal abadi.Dari mudalah kita telah mula melakukan perkara2 yang bermanafaat selaras dengan tuntutan Islam.

2. “masa lapang mu sebelum datang masa sibuk mu”.

Kita dianjurkan untuk menghargai waktu, agar dapat diisi dengan hal-hal yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri maupun orang lain. Sebagai contoh, menziarahi saudara ketika ada kesempatan sebelum kesibukan menghampiri kita, hingga tidak sempat lagi .Dan contoh yang paling baik ialah apabila masuk waktu solat,, terus mengerjakannya .

3. “masa sihat mu sebelum datang masa sakit mu”.

Disarankan agar kita sentiasa waspada pada segala kemungkinan yang sifatnya diluar jangkaan manusia, seperti sakit. Sakit yang dimaksudkan bukan sakit fizikal sahaja , tapi juga mental. Ketika kita diberikan kesihatan jasmani dan rohani, hendaknya kita sentiasa mempergunakannya untuk hal-hal yang bermanfaat tanpa menunggu waktu. Begitu juga dengan amal ibadat , sebagai contoh mengerjakan haji. Masa sihatlah kita tanamkan tekad utk mengerjakannya krn esok lusa kita tak tahu, apakah Allah akan memberikan kesihatan kepada kita nanti.

4. “masa kaya mu sebelum datang masa miskin mu”.

Ketika kekayaan ada pada kita, hendaklak kita memanafaatkan ke jalan yang diredhai Allah dan tidak membelanjakan ke jalan yang dimurkai Allah . Serta jangan membazir .

5. “masa hidupmu sebelum datang masa matimu”.

Ketika kita diberi kehidupan maka hidup yang diberikan pada kita itu sebenarnya merupakan kesempatan yang tiada duanya. Kerana kesempatan hidup tidak akan datang untuk kedua kalinya. Kehidupan harus dijalani sesuai dengan tuntutan islam .


PERINGATAN DITUJUKAN BUAT DIRI SENDIRI

24 ulasan:

  1. salam pak itam,

    kak nab datang mengendap pepagi nak skodeng pak itam....hahaha!!
    tengok gambar2 tuh....wow!
    tak sabar nak tengok gambar2 dari SA nanti...

    oh ya...terima kasih di atas ingatan di atas.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pat Itam

    memang hidup kita ada pasang surutnya
    ada turun naiknya
    ada tinggi rendahnya
    yg penting kita kena ingat 5 pekara sebelum 5 pekara

    BalasPadam
  3. salam pak itam

    salam kak nab
    pagi pagi dah skoding pak itam

    Wassalam

    BalasPadam
  4. Salam Rezeki,

    Cantik semua gambar 2 yang di snap, gambar2 di entri sebelum ini pun best, saya suka yang candid tu, mereka tak perasan langsung.

    Looking forward nak tgk setiap gambar yang dipaparkan. Tahniah

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    terima kasih atas ingatan

    ingatan yang dipersembahan begitu kreatif sekali.

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam.

    Terimakasih kerana ingat-mengingati ya...

    Wslm

    BalasPadam
  7. Salam Pak itam...

    Kalau alam ciptaan Allah ada pasang surutnya
    Inikan pula kita manusia...
    Ingat 5 pekara sebelum datang 5 pekara...mudah-mudahan kita semua berjaya didunia dan akhirat..

    BalasPadam
  8. Assallamualaikum,
    Terima kasih kerana saling mengingati terhadap lima perkara itu.

    Saya sukalah gambar-gambar tu..nanti izinkan saya copy. Saya ingin buat catan ke atas kanvas..sejak kebelakangan ini tak rajin dah memalit warna kerana sibuk ngan aktiviti lain..tengok ja gambar menarik Pak Itam terus terasa nak mewarnan pula..terima kasih.

    w/salam

    BalasPadam
  9. mmg cantik gambo yg pak itam amik tu..sy pun dah smpai kat situ.

    tq..tentang 5 perkara tu. semoga kita sama2 mengingatinya.

    BalasPadam
  10. salam from Makkah..

    CL sudah melalui nyer zaman tersebut...amat lah perit dan banyak yang dapt cl pelajri...alhamdulilah..allah amat menyayangi ku kerna peringatan yang di beri..syukur cl padaNyer.


    waslam

    BalasPadam
  11. Salaam Pak Itam,

    Terima kasih atas peringatan. Semalam kat kursus, ustaz tu pun sebut pasal hadith yang sama. Alhamdulillah.

    cantik gambor2 tu. I like.

    psstt pak itam... tak de ke gambor sunset kat kampung nelayan tu? heheh

    VpeaceV

    BalasPadam
  12. salam pak itam..
    sebak saya membaca n3 ni..5 perkara sebelum 5 perkara, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya yang telah lalu dan yang akan datang, Ameen.

    BalasPadam
  13. salam kak nab

    sib baik pak itam sembunyi balik tiang hehe

    BalasPadam
  14. salam atuk

    betul tu, kekadang kita manusia yg lemah terlupa

    BalasPadam
  15. salam atuk

    tulah, kena skodeng hehehe

    BalasPadam
  16. salam rosli

    alhamdulillah, insyallah

    BalasPadam
  17. salam az

    sekadar berkongsi demi kebaikkan

    BalasPadam
  18. salam kak su

    sama2, sekadar berkongsi perkara yg baik

    BalasPadam
  19. shami

    semoga kita semua berbahagia di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  20. salam nadz

    ambiklah FOC hehehe

    BalasPadam
  21. salam cl

    alhamdulillah, Allah menyanyangi mu dan diberikan kesempatan utk berbuat sesuatu dalam kehidupan dan sekarang sentiasa berada dekat dgn rumahNYA

    alhamdulillah

    BalasPadam
  22. salam zue

    zue dah sampai ke sg rengit ye heheh pekan koboi je hanya 15 minit dari hutan tmpt tinggal ku

    BalasPadam
  23. salam kak U

    gambar sunset hehehe
    tak boleh tunggu sunset psl nanti terlepas solat magrib hehehe

    BalasPadam
  24. salam arol

    semoga Allah mengampunkan semua dosa2 kita yg lalu

    BalasPadam