WARGA SCP

Ahad, April 18, 2010

MALAM DI HC P 2; DI MANA BUMI KU PIJAK , DISITU LANGIT KU JUNJUNG


ALHAMDULILLAH,

Kat dataran nilah tempat kami lepak2 semalam. Terkenang aku 20 tahun lepas masa aku memula sampai di HC. Masa tu hujan lebat sepanjang perjalanan aku dari kampung yg jaraknya hampir 240 km. Aku hanya bermotorsikal Yamaha 100 dengan baju jaket biru. Itulah harta yang aku ada masa tu hasil pemberian arwah ayah ku disamping sedikit wang yg dibawa. Habis lencun semuanya.

20 tahun lepas. HC tak macam gini. Kat depan dataran ni hanya jalan 2 lorong saja dengan dipenuhi deretan gerai2 dan warung kayu yang buruk. Tapi semua telah berubah demi kemajuan.

Begitulah juga yang Allah berikan kepada ku. Segala2 mengenai diri ku juga berubah atas kehendak Allah jua. Aku tidak pernah menjangka dan berangan2 pun akan setiap perubahan yang berlaku ke atas diri ku ini.
Kalau dulu hanya bermotorsikal saja , sekarang tidak lagi . Kalau dulu lesen motosikal ku B3, sekarang terus takde lesen motor dahh

Kalau dulu masa aku datang perut aku leper je dan slim, tapi sekrg dah naik dah hehehehehe

Namun semua perubahan ke atas apa jua terhadap diri ku ni kearah kebaikan sangat aku syukuri . Segala nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kami diraikan dengan cara yang betul dan bermanafaat .

Namun aku tetap aku seperti yang dulu juga. Tiada perasaan ego dalam diri kerana aku hanya menumpang hidup dan rezeki di bumi Allah yang hanya sementara ini.

Dalam pada tiba2, bunyi jam besar 9 kali tepat pukul 9 malam menyedarkan aku semula bahawa inilah wajah HC pada hari ini

"dong,dong,dong,dong,dong,dong,dong,dong,dong"

Kalau bunyi kring,kring kan sedap hehehe

potong stim betul, tgh2 mengelamun



Ramai juga kenalan aku bertanya ,

"tak nak balik kampung ke setelah merantau sekian lama"

jawapannya

"inilah kampung halaman ku, di mana banyak mengajar ku erti kehidupan sebenar , di mana banyak keringat ku mengalir di sini, di mana air mata ku pernah tumpah di sini"

"dimana bumi dipijak , di situ langit dijunjung, kat mana2 pun sama asalkan kita tahu hukum hakam dan berusaha serta bertawakkal. insyallah . Allah akan bersama2 kita."

Aku bukan anak jati HC, tapi HC banyak mengajar ku erti kehidupan







18 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    siapa sangka anak ustaz masuk penjara
    siapa sangka al hafiz penyanyi popular
    siapa sangka pejenayah masuk surga
    dll

    kita hendaklah menyerah bulat2 kpd Allah, setelah berusaha bersungguh

    Alhamdulillah keadaan Pak Itam sekarang yg jauh lebih baik drp mereka yg serba kekuranggan

    sekurang2nya ada senapang canggih
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salaaam CR,

    cantik betul view yang di snappp.

    BalasPadam
  3. salam CR.. tumpang lalu...nk sambung cket ayat siapa sangka...

    siapa sangka ank penyanyi jadi ustaz, siapa sangka pulak ular lidi jd naga....hehehe...sori!
    ...
    CR...kat mana letaknya jam besar tu, jauh ker dr bus stand...kalau bukan ank jati HC...asal dr mana yer...bg ler tahu!...bila nak wat road show ke Kluang...ujung april kat sini ada 'pesta2'...nak buka gerai jualan...meh ler meramaikan...bawa ler senapang bole tembak rusa...ekekekeee

    BalasPadam
  4. Salam Pak itam,

    cantik semua gambar yang di snap, satu hari nanti nak dapatkan tips2, sedang menelek nikon yang diidamkan..

    BalasPadam
  5. salam from makkah...

    haaa...kali nih endingnyer takda asam pedas....hehehheeh


    waslam

    BalasPadam
  6. Salam Rezeki

    Saya bukan anak jati Glasgow tapi di sini saya temui nikmat Islam yang sebenar.

    Tak nak balik huwaaaaaaa!!!!! Tapi mak kata balik! huhu

    p/s - arwah abah memang menggalakkan hijrah. Lahir di Muar, mencari rezeki jauh hingga ke Pahang kemudian ke KL dan kuburnya di Melaka. Subhanallah

    BalasPadam
  7. Salam,
    cantik gambar yg di ambil. pandai pak itam ambil ye..senapang oh senanpang.

    Kisah silam banyak megajar diri dan pendirian yang berdiri teguh hingga sekarang. Allhamdullah Allah murahkan rezeki pak itam. Amin..

    pergi tempat org bawa otak bukan keris.


    ----tak ada keris, senapang pub ok----

    Salam

    BalasPadam
  8. Dear Rezeki.
    Betul tu PI.....syukur dengan apa yang kita ada..dan berkongsi dengan orang yang ada kekurangan.

    BalasPadam
  9. salam pak itam...

    sama-sama kita bernostalgia di bandar hc ni..

    1992 saya berhijrah mencari rezeki di hc, bagai kena kejutan budaya.. dulu hc hanya pekan koboi tp kini alhamdullilah ia semakin membangun..

    org tanya sy kerja kat jb kenapa tak pindah duduk kat jb..sy kata hc lah rumah ku..aman damai disini..

    BalasPadam
  10. salam atuk

    alhamdulillah, semua yg ada pada kita hanya sementara yg dipinjamkan oleh Allah

    BalasPadam
  11. salam az

    ambil gambar siap baring2 lagi tu hehe

    BalasPadam
  12. salam kak ana

    ular lidi jadi naga banyak hehehe

    alah, jam besar tgh2 pekan HC tu hehehe

    tak jauh juga dari bus stand

    pak itamkan org berdagang kat HC hehehe dagang pak malau hehe

    BalasPadam
  13. salam rosli

    boleh, apa salahnya berkongsi ilmu

    BalasPadam
  14. salam cl

    koleksi himpunan asam pedas ku disimpan buat semnetara waktu hehehe

    BalasPadam
  15. salam khairyn

    betapa jauh di bumi org khairyn bertemu nikmat islam , alhamdulillah

    taknak balik ye, nak kene rotan kat punggung ye hehehehehe

    BalasPadam
  16. salam MI

    alhamdulillah, kat mana2 pun sama je asal kita tahu menjaga agama dan diri serta masyarakat

    insyallah

    BalasPadam
  17. salam uncle

    yup , jangan lupakan insan lain yg serba kekurangan

    BalasPadam
  18. salam amz

    kalau kat tepi hutan ni lebih mendamaikan dgn pokok2 menghijau

    kat HC pun kaw umah saya tu aman dan tenteram je, jauh dari hiruk pikuk

    BalasPadam