WARGA SCP

Sabtu, April 10, 2010

ANAK KURITA

SOTONG

Sotong adalah binatang yang hidup di perairan, khususnya sungai maupun laut atau danau. Haiwan ini dapat ditemukan di hampir semua perairan yang berukuran besar baik air tawar, air payau, maupun air masin pada kedalaman bervariasi, dari dekat permukaan hingga beberapa ribu meter di bawah permukaan. Sotong juga merupakan sejenis makanan laut.

Kebetulan kat rumah bung nazir tempohari, ada n3 pasal sotong pulak, tu kalau goreng pun sodap tu hehehe

"Bung nazir, nanti tangkapkan pak itam bang sekor dua yg beso "

Cerita pasal sotong ni, memang salah satu dari makanan kegemaran ku, Kalau satu pinggan pun , aku boleh habiskan tanpa lauk lain . Kebetulan, isteri ku mmg tidak mengemari sotong, jadi dia hanya menjamah sedikit sahaja, yang lebih, aku yang menghabiskannya

Namun, walaupun dia tak suka, isteri ku tetap memasakkan lauk kegemaran ku ini.


Teringat ku dulu2 masa kecik2 . Bila ibu ku memasak sotong ni dengan kuah yang berwarna seakan-akan "purple" tu, kami adik beradik akan mengambil dahulu bahagian masing2 . Aku masa tu masih mempunyai 2 orang adik lelaki . Semasa makan nanti, kami akan menyarungkan sotong tu di jari semacam memakai cincin .

Penuh semua jari . Biasalah kanak2, sambil makan pun sempat bermain. Bila cakap pasal adik ku ni, yang sorang nilah yg terpisah dari kami dh hampir 20 tahun juga bila ia pergi belajar di USA dan sehingga sekarang tak balik2 sehinggakan masa kematian arwah ayah dulu pun dia tidak balik hinggalah sekarang, entah hidup ke atau tidak , aku sendiri pun tak tahu.

Mula2 dulu ada juga dia menalifon ibu ku ketika hari raya, tapi kini telah beberapa tahun langsung tidak lagi mendengar khabar berita.

Dulu ibu ku kerap juga bertanya khabar mengenai anaknya yg hilang entah ke mana ni, tapi sejak 3-4 tahun kebelakangan ni, ibu ku tidak lagi bertanya dan bercerita mengenainya.

Semoga suatu hari nanti , Allah membuka pintu hatinya utk kembali.

Allahuakbar, Allah Maha Besar, Segalanya berkemungkinan


nampak berminyak, tapi jangan risau
kami gunakan minyak masak Naturel


SEDIKIT FAKTA SEBAGAI PERKONGSIAN
UNTUK KESIHATAN YG BAIK

Minyak ini merupakan kombinasi bunga matahari dan biji canola yang mengandungi monosaturate yang tinggi tetapi rendah kandungan lemak. Minyak ini juga mengandungi Omega 3. Kajian mendapati monosaturate dapat membantu secara efektif dalam mengurangkan kolestrol jahat sambil mengekalkan kolestrol baik. Minyak Naturel mengandungi Vitamin E yang akan membantu badan melawan penuaan sel dan organ, dan kanser serta penyakit lain.

Minyak ini juga tidak mengandungi kolestrol serta tidak mengandungi bahan perisa atau preservatif

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    Saya doakan agar adik Pak Itam itu terbuka hati nya untuk balik ke kampung
    untuk menemui ibu yg selalu merinduinya
    agar dia tidak terlambat memohon maaf dgn ibu pak itam

    Allah makbulkan permintaan kami
    amin

    Wassalam

    BalasPadam
  2. salam from Makkah..


    Cl kalau masak skg gunakan minyak zaiton...ok tau..


    waslam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum CR

    sotong ... masak sambal pun sodap tu ...

    akak doakan agar adik CR dibukakan Allah pintu hatinya untuk balik menemui keluarganya di Msia ni ,insyaAllah

    BalasPadam
  4. salam,

    Kalau kat rumah ni , sotong goreng celup tepung memang laris :)

    Ooo lamanya adik pak itam dah tak balik .. semoga Allah membuka hati beliau untuk kembali bertemu ibu tercinta serta kaum keluarga .. sebak baca kisah ni :(

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaApril 10, 2010

    Salam Pak Itam,

    nanti kita pergi tangkap sotong sama2 lah.. layan candat kat kapas best ni. dah nak masuk musim mencandat kat sana..

    BalasPadam
  6. salam pak itam,

    kak nab doakan agar adik pak itam tu balik utk bertemu dgn ibu sebelum terlewat...

    BalasPadam
  7. salam atuk

    amin, semoga diperkenankan Allah swt

    BalasPadam
  8. salam cl

    wah, pakai minyak zaitun mcm chef kat europe hehe

    jangan masak dengan cik zaitun, sudah le hehe

    BalasPadam
  9. salam kak ummi

    semoga dimakbulkan allah swt

    BalasPadam
  10. salam kak ina

    amin, semoga Allah buka pintu hatinya

    BalasPadam
  11. salam bung nazir

    bisa aje bung hehe tapi kena tgk cutinya dulu hehe

    seronok rasanya kalau mencadat sotong, hari tu mak itam dah ajak

    BalasPadam
  12. salam kak nab

    harap2 begitulah hendaknya

    BalasPadam