WARGA SCP

Selasa, Jun 08, 2010

ROAD TO AFRIKA : SOWETO DGN 3 PANDANGAN BERBEZA

ALHAMDULILLAH

Kami berpeluang melawat sekitar Soweto yang terkenal di SA ini.

Aku memandang Soweto dengan mata kasar dan mata hati apabila melihat kedaifan kehidupan yg mereka lalui masa kini walaupun telah berlaku sedikit perubahan. Kita boleh memandang Soweto yang baru dengan keadaan kediaman mereka yang sempurna dengan segala kemudahan.

Namun hanya selangkah disebelahnya, aku menemui kediaman mereka yang pada pandangan umum hanya seperti reban ayam atau kandang atau bangsal. Tapi mereka bersyukur dan masih meneruskan kehidupan dengan bersemangat dalam serba kekurangan.

Itulah realitinya di sini yang majoriti 40 % dari mereka adalah "Jobless"

Tapi kehidupan harus diteruskan walau apa jua rintangan.

Banyak iktibar dan pengajaran dari lawatan ku di sini membuatkan ku terasa lagi teramat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan .

Kalau dulu sebut saja Soweto, tiada siapa pun yang berani ke sini kerana kalau masuk pasti tak keluar dan di sinilah bermulanya segala punca masalah .

Cuma bayangkan jika bangsa kita atau diri kita sendiri yang berada dalam situasi sebegitu dengan kehidupan di Soweto ini .


soweto baru bertaraf no.1 utk golongan pertengahan yang berpelajaran

taraf hidup soweto no. 2




gambaran soweto no 3 yang masih berselerakan
adakah kita layak namakan kediaman???
dengan keluasan 8' x 8' berdinding zing
atau apa jua yg boleh dijadikan rumah kediaman
terlalu banyak di sini
cuba selami penderitaan dan kedhaifan mereka berbanding kita

rumah kediaman ?????
bersyukurlah kita kehadrat Allah kerana tidak perlu
menghadapi situasi begini



batu bata di atas bumbung menghalangnya dari terbang

35 ulasan:

  1. salam pak itam

    very good n3...tq so much,,,pak itam jangan jemu yerr buat paparan masyarakat disana,,,setiap n3 cm teruja nk tahu n follow,,,jangan sampai tak tengok bola lak,,


    pssst just bagi idea,,,minah african dah tengok,penjaja jalanan dah tengok,perumahan dah tengok,,,,,APA DEPA MAKAN EK?????tak sempat cm nk belajar geografi hari tu,,,kalau terjumpa menu n kedai makan diaorg snap-snap arr,,,tq..

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    setiap kali teruja tengok paparan dari SA ni..esklusif, terima kasih..ini juga boleh menginsafkan kami.

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    Tahniah atas paparan yang begitu ekslusif. Bersyukurlah kita kepada Yang maha Esa memberikan kita rezeki seadanya.

    eh eh bila nak makan lagi ni

    BalasPadam
  4. Assallamualaikum Pak Itam,

    Bersyukur kita berada di Bumi Malaysia.
    Melihat keaadaan yang menginsafkan mama nadz, terima kasih banyak-banyak kerana dapat merakam suasana sedemikian. Semuga Pak Itam sekeluarga sihat dan selamat di sana.

    BalasPadam
  5. Salam CR

    Terharu sungguh dengan paparan kali ini. Beruntung kita ya..Alhamdulillah.
    Semasa suami saya ke sana...beliau dilarang ke sana/sini oleh kedutaan ...kenapa ya?

    BalasPadam
  6. assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh pak itam

    terima kasih berkongsi pengalaman yang terkini, insaf dan bersyukur kerana nasib kita jauh jauh lebih baik dari mereka...

    pak itam nak bertanya boleh?..kat sini pak itam sarapan pagi makan apa ya dan dimana?... kut la ada rupa rupa kedai teh tarik nasi lemak mcm kita kat sini...cm pun dah tanya tu....oh ya tempat tinggal pak itam kat sini camne la rupanya ya?...mmm....nak gi cari jap dlm blog nih...kut kut BHS terlepas pandang..hi hi hi

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Pak Itam

    Mak Itam n anak sihat

    Subhanallah
    pembangunan mereka tidak seimbang
    Skur kpd Allah
    kita disini telah dipermudahkanNya
    dapat beramal dgn sempurna

    Wassalam

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Paparan yg begitu menginsafkan. Nak kongsi ngan anak2 agar mereka bersyukur jd rakyat M'sia.

    Hampir serupa keadaannya dgn jiran kita Indonesia. Masalahnya bila kedua2 rakyat negara tersebut dtg ke mari utk mencari kerja, kadar jenayah meningkat berganda2.

    BalasPadam
  9. Salam pak itam...apa kabar? bagaimana disana...panas ke sejuk.
    Seronok lihat gambar2 disana...jgn lupa gambar WC nanti ye...tak sabar ini..tinggal 3 hari lagi ini.

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam,

    Kehidupan yg menginsafkan kita... mungkin disebabkan kehidupan begitu, pak/mak itam banyak berhijrah dibandar2 besar dunia. Kat KL pun banyak... Pemandangan indah Soweto ada tak? Bagaimana dengan kebudayaan mereka?

    Terima kasih atas perkongsian ini, teruja nak ke SA. Keindahan pantai di Durban, pertemuan lautan hindi juga ke ushaka marine world. bawak balik sekor dua ikan lumba2 ye... hehehe.

    BalasPadam
  11. salam from Makkah


    sememang nyer malaysia ada negara yang terbaik sekali bagikita semua..

    'hujan emas di negeri orang...."


    wasalm,

    BalasPadam
  12. Salam Pak Itam...

    Paparan yang membawa seribu keinsafan.

    Alhamdulillah, kita amat bahagia di bumi Malaysia nii kan.

    Wslm

    BalasPadam
  13. Salam pak itam,

    tgk keadaan rumah yang tak macam rumah tu ,teringat masa kita zaman setinggan di msia lebih kurang macam tu la..tapi mungkin besar sikit ..sekarang bersyukur keadaan dah berubah..
    tapi pak itam kalau dah keadaan memaksa, mereka bahagia jer hidup macam tu, cuma amalan jer yang membezakan umat allah ini..inagt kat Bilal al rabbah,,zaman Rasulullullah SAW..

    inilah dia jauh perjalanan banyak pengalaman..semoga pak itam sihat disamping keluarga

    BalasPadam
  14. Salam Pak Tam...perjalan yg memberi keinsafan untuk kita semua.

    BalasPadam
  15. Salam Pak itam..

    teringin nak tgok tempat orang islam...seperti masjid..mereka , pasar, makanan dan sebagainya

    Terima kasih bawa kami semua melancung..ke afrika dalam maya,...

    BalasPadam
  16. Salam Rezeki@Pak Itam,

    TQVM for sharing, saya suka entri ini. Kebanyakan negara di Afrika agaknya memang begini pemandangannya, saya jugak pernah jumpa keadaan sebegini di Accra, Ghana dan di Conakry, Guinea.

    Mana2 negara yang pernah di jajah mmg tak byk beza. Betul ckp you kita di Msia sgt beruntung berbanding mereka. Teruskan dengan n3 yang menarik

    BalasPadam
  17. salam cm

    alhamdulillah, insyallah jika berkesempatan

    mungkin next week tak bersiaran kerana nak ke kawasan pergunungan drakenberg dan persekitarannya selama beberapa hari , takut tiada talian tenet

    makan hehehe
    ada heheheheh

    BalasPadam
  18. salam kak nab

    itulah realiti kehidupan, semoga menjadi ikhtibar kpd semua

    BalasPadam
  19. salam az

    makan heheheh

    adaaaaaaa hehehe

    BalasPadam
  20. salam nadz

    alhamdulillah, kami sihat

    cuma malam kepenatan pasl habis penuh aktiviti seharian hehehe

    BalasPadam
  21. salam mama ju

    sesetengah kawasan dan temapat agak berisiko tinggi , tapi alhamdulillah pasal mrk lihat pak itam sebagai pahlawan zulu hehehe

    BalasPadam
  22. salam BHS

    bekfast kami memacam , hehehe

    pagi tadi kami bekfast , mak itam buat nasik goreng kampung heheheheh

    BalasPadam
  23. slam atuk

    alhamdulillah , kami semua sihat dan dlm perlindungan Allah jua

    BalasPadam
  24. salam kak ina

    masalah sosial tinggi krn kebanyakkannya jobless , dan kat sini pendatang dari negara afrika yg lebih miskin banyak mcm kat tempat kita juga dari seberang

    BalasPadam
  25. salam MI

    sekarang winter , kat joburgh sejuk, kAT DURBAn "warm"

    yg seronok tak berpeluh heheh

    BalasPadam
  26. salam zie

    tadi kami ke ushaka marine world hehe

    hampir 500 shoot juga sampai bateri kong hehehe

    BalasPadam
  27. salam cl

    betul tu,

    lebih baik tempat sendirikan

    BalasPadam
  28. slam kak su

    alhamdulillah, semoga kita semua terus makmur dibumi malaysia

    BalasPadam
  29. salam kak sidah

    betul tu kak

    jauh perjalanan , luas pendangan

    alhadulillah, Allah mengurniakan rezeki buat kami

    BalasPadam
  30. salam tn hj

    semoga menjadi iktibar dan pengajaran

    BalasPadam
  31. salam shami

    masjid kat sini ada tapi tak semua tempat

    BalasPadam
  32. salam rosli

    afrika dalam kategori negara mundur dan membangun

    syukur dengan kemakmuran negara kita

    BalasPadam
  33. salam KOG

    insafkan

    tapi restoran insaf kat KL lagi insaf hehe

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam