WARGA SCP

Khamis, Jun 24, 2010

ROAD TO AFRIKA : BUNNY CHOW

ALHAMDULILLAH

Tiada masalah mencari makanan halal di Durban yang rata-ratanya penduduknya kebanyakannya dari etnik India warganegara SA. Malah KFC, McD dan Nandos serta banyak restoran2 lain mempunyai sijil halal yang diiktiraf.


Dan kalau ke Durban, tak cuba dan pekena Bunny Chow, dianggap belum lengkap kunjungan ke sini.

Jadi aku nak cubalah, apa benda alah Bunny Chow ni,
aku ingat adik beradik Bugs Bunny

lupa nak ambik gambar masa mutton dan bahan2nya serta kari tu
duduk kat tengah dlm roti paun tu
pasal sedap sangat hehehe
ni kira dah bagi 2 dgn isteri ku

Kami menuju ke Mehran Restoran pada waktu petang setelah menghabiskan masa mencari dan membeli sedikit Sorvenir di Victoria Market

Restoran ini terletak di tengah2 bandar Durban di persisiran pantai .
Kalau sebelah malam , mmg penuh. Nak cari tempat duduk pun susah
2 hari lepas , masa aku berkunjung ke sini, kelibat pemain bola sepak Australia yang yang tinggal di hotel berdekatan memenuhi restoran ini.

Bunny Chow bi ada 1/4 dan 1/2 portion.

Roti paun yang besar berbentuk 4 segi sama ditebuk dalamnya lalu diletakan kari kambing

Aku yg pesan 1/4 meal pun puas juga nak menghabiskan dengan isteri ku
memang sedap dan menu Bunny Chow ni takde ditempat2 lain di dunia

hanya di Durban

Tapi kat SA ni, lepas makan jgn chow begitu je , masa bayar jangan lupa beri tip kerana dah menjadi satu kemestian bagi mereka di sini sehingga ada restoran dah terus masukkan dalam bil mereka , jadi bukan tips lagi tapi wajib bayar hehehe

Tip lebih kurang 5-10 % dari keseluruhan bil yang dibayar.

aku dah potong 4 bunny chow ni


sup ni sedap
masam ada manis ada
namanya thai sup
1 portion lebih kurang 1 liter
boleh makan 3-4 orang
kalau siapa tekak loya2 , sedap pekena ni
rasanya kat malaysia takde menu ni

cheese nan

10 ulasan:

  1. salam from makkah


    yummy....sedap tuhh...

    wsalam

    BalasPadam
  2. salam Pak Itam,

    Yum yum..mcm rupa roti kebab pun ada..

    BalasPadam
  3. Salam pak itma..

    Wah2...kena lar pulak...hari ni kita posa..kuar gambar menda makan pagi2...dugaan betul....hehehh

    Aikk kambin pun ada kaaa..hihihih

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    nampak sedap tapi nak kesana je baru bole rasa? abg2 afrika bukak la kedai jual kat sini...

    cheese nan kita suka, kat mana ada di JB?

    BalasPadam
  5. salam pak itam,

    perrrgh..sedapnyer.

    BalasPadam
  6. salam cl

    heheh sedap tau, rand 49 boleh makan berdua

    BalasPadam
  7. salam syima

    kebab lain lah heheh

    dia pakai roti paun yg empat segi tu dan dibuang tghnya , lps tu dia letak kambing dgn kari serta ada sayuran

    BalasPadam
  8. salam shami

    kari kambing dia sedang sgt hehe

    BalasPadam
  9. salam mampir

    mmg kat sana je ada menu bunny chow ni, mereka yang reka sendiri

    chesse nan banyak kat JB, pi restoran mamak yg besar2 semua ada

    BalasPadam
  10. salam kak nab

    heheh

    mmg berasa betul bunny chow ni

    BalasPadam