WARGA SCP

Sabtu, Jun 19, 2010

ROAD TO AFRIKA : MAKANAN HALAL

ALHAMDULILLAH,

Islam subur di mana2 , dengan itu terpulang kepada kita untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan di SA ni , cuma ikan mayong asam pedas takde le hehehe

Kami telah singgah di Fordsburg di tengah kota Johannesburgh untuk mendapatkan makanan halal . di kiri kanan jalan , terdapat deretan kedai makanan halal terdiri dari bangsa pakistan, bangladesh dan pelbagai lagi.

Aku memesan 3 bungkus nasi beriani terdiri dari beriayani kambing, beriani udang dan beriani sayur. Harganya lebih kurang 129 rand . Makanan di sini agak mahal kerana semua keperluan perlu diimport kerana SA bukan sebuah negara pertanian.

Isteri ku bersama anak ke kedai fried chicken utk mendapatkan ayam ala2 KFC. Lebih kurang 50 rand untuk 3 ketul ayam dan 2 air tin berharga 7 rand setin (RM3.50)

Balik je bila ku buka nasi beriani, "mak datuk" besar betul "portion" utk sebungkus hingga boleh dimakan 3 orang, akhirnya 2 bungkus lagi masuk ke dalam peti sejuk, esok2 boleh panaskan dalam microwave.


deretan kedai makanan di Fordburgh


Dan tadi , kami menikmati makanan tengahari kami di Curry Leaf pekena beriani juga . Anak ku makan kebab pula, Lebih kurang 140 rand, tapi beriani memang sedap hingga restoran ni mendapat pengiktirafan dari kerajaan tempatan.


strictly halal,tapi kat malaysia banyak betul yg halal pada nama je

pak itam makan beriani kambing

11 ulasan:

  1. salam from Makkah


    woww...sedap bangat tuh...tapi betul kata pak itam...kemana kita pergi

    ' TAK KAN HILANG ASAM PEDAS DI DUNIA.."


    wslam

    BalasPadam
  2. salam pak itam

    hahhh kuar dah n3 tempat makan yg ditungguu2...

    pssttt!!!pak itammmm.!!!!!nape France kalahhh????? adoiii menghabiskan borassss jerr,,,tragedii betul tau...


    bila pak itam nk balik ni???sekolah
    dah nk bukakkk...nanti cikgu besorrr bababbb...tak tahu????

    BalasPadam
  3. salam....bestnya N3 dari SA...doakan la rezeki murah macam Pak Itam @ REZEKI...boleh pi sana pulak...Pak Itam balik sampai habis WC ke?

    BalasPadam
  4. salam CR,

    alhamdulillah, dapat juga makanan halal kan

    BalasPadam
  5. salam cl

    asam pedas tatap menjadi pujaan hati ku he he he

    BalasPadam
  6. salam cm

    france lupe bawak ayam lecoq dia hehehe

    balik hehehe

    pak itam sekrgkan guru besau SK Cape Town 1 hehehe

    BalasPadam
  7. salam cikgu sak

    alhamdulillah, rezeki Allah buat kami

    insyallah, doa saya agar suatu hari nanti cikgu juga dpt menjejakkan kaki ke SA yg terlalu byk tmpt menarik utk diterokai lain dr tmpt lain

    balik, kalau khidmat saya masih diperlukan oleh brazil kot hehehe

    BalasPadam
  8. salam az

    sini makanan halal banyak, kfc , mcd , nandos pun halal

    BalasPadam
  9. Salam PAk Itam,

    Baguslah byk tpt makan yg halal. Tokeh beriani tu org Afrika ke! BEriani ni salah satu makan antarabangsalah yek! Kat MEkah, kat India, kat Afrika, kat Msia dsb

    BalasPadam
  10. salam che

    alhamdulillah

    tokew tu ada yang india, ada pakistan

    etnik mrk ada melata diseluruh dunia, jadi nak cari makanan halal senang

    BalasPadam
  11. salam pak itam

    lapar la....

    BalasPadam