WARGA SCP

Isnin, Jun 28, 2010

ROAD TO AFRICA : UMFOLOZI SAFARI GAME PARK part 1

ALHAMDULILLAH

Kami berpeluang mengunjungi Umpolozi Safari Game Park, safari yang kedua di Benua Afrika selepas kunjungan kami ke Pilannesburg Safari berdekatan Johannesburgh tempohari.
Rasanya ini adalah antara safari tertua yg wujud di benua Afrika.

Safari ni terletak lebih kurang 200 km dari durban dengan jarak perjalanan lebih kurang 4 jam melalui lebuhraya .

Hampir 10 Km ke pintu masuk no 15, terjumpa pekan rabu di pekan berdekatan. Tak berani nak singgah pasal semua hitam je , hehe

Di benua afrika, mereka tak kisah kalau kita panggil Black (pak itam) , tapi jangan panggil mereka Negro. Pantang mak bapak kerana negro dianggap hamba abdi dan banyak sejarah hitam dan menyayat hati. Kalau panggil "gelap" pun ok

Palbagai barangan dijual dari pemerhatian ku. Meriah suasana kat pekan rabu tu, dah mcm kat pekan rengit , Batu Pahat pula.


kerusi terpakai

baju jualan longgok kat bawah je , mcm kat makkah juga

kambing ni jgn sampai terlanggar bila berkereta di kawasan perkampung
kambing lebih mahal dari kereta woooo

jual buah-buahan

Dari pintu gate tadi, kami meneruskan perjalanan hampir 25 KM lagi ke pintu masuk utama. Seperti biasa permit untuk seorang rand 105.00 perlu dibayar sebelum dibenarkan memasuki kawasan Umfolozi Safari ni.

pintu masuk utama sebelah Nyalazi Gate

Lepas sahaja pintu gate ni, kami disambut oleh ketua 6 jahanam yang berjalan dengan megahnya dengan muka yang bengis, lalu tingkap kereta ditutup rapi.


Ini mmg betul2 geng 6 jahanam tau.

Babun ini bukan boleh buat main2 kerana mereka bisa menyebabkan kecederaan dan kematian.Terpaksa aku minta izin masuk kawasan mereka dengan alasan nak melawat haiwan peliharaan yang aku lepas kan dulu.

Ketua 6 J pun kata

"Ok, bayar pengeras dulu"

"Baik Boss" jawab ku

ini sarjan kepada Boss tadi , kaki bodek ni hehe

Dan kunjungan kami juga disambut oleh cik zirafah dari kejauhan berseorangan, rasanya tgk cari boy friend dia yang hilang entah kemana.

Zebra juga kelihatan keseorangan, terpisah dari kumpulan mereka. Rasanya kekawannya reramai pi tengok "Tiger Show" hehehe

Tok Besar yang keseorangan juga tetiba muncul dari dalam semak berdekatan. Aku tak melepaskan peluang mengabadikan foto2 mereka .

Alhamdulillah, baru masuk dah jumpa dengan mereka.



besar, tinggi, gagah

cantik cik belang ni


tumpang lalu tok besar

14 ulasan:

  1. Salam Pak Rezeki

    Wah! Best yaa...boleh berbicara dengan member2 baru.

    Banyak gak pakai duit yer...

    Wslm

    BalasPadam
  2. salam cr,

    hebat pak hitam ni boleh faham bahasa haiwan, tu sebab kekuranya boleh sampai rumah semula

    BalasPadam
  3. salam from Makkah


    wahh...ada gak ketua 6J yer...bravooo..


    waslam

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Serononya bace cerita pak Itam yang ada unsur2 humor. Sah kalau masuk pertandingan Raja Lawak, saya undi Pak Itam jadi pemenangnya.

    BalasPadam
  5. Salam Pak Hitam,
    Si leher jinjang tuuu macam jauh hatiii jer....tak der ker yg nak pujukkk...!!!!!!!!
    ciannnnnyeer dia......

    BalasPadam
  6. Salam CR

    Seronoknya dapat tgk real kuda belang dan zirafah.
    Sampai 2 zoo CR pegi? Minat sungguh kat member2 tu...

    BalasPadam
  7. Assallamualaikum Pak Itam,

    Alangkah bertuahnya dapat tengok haiwan macam tu dalam kehidupan habitat mereka..
    Sebenarnya benda nyata begini memberi keindahan visual yang tak terkata..
    salam.

    BalasPadam
  8. salam kak su

    mmg seronok bila faham bahasa mereka hehehe

    BalasPadam
  9. salam cl

    tu tok ketua 6J bukan sembarangan tau heheh

    sekali dia kokang kita , habiss hehe

    BalasPadam
  10. salam az


    hehe

    saya biasa berbicara dgn kekura dan kucing saya

    BalasPadam
  11. salam kak ina

    sekadar bercerita je hehehe

    hilang tension kepenatan bekerja kan

    BalasPadam
  12. salam rni


    cik jiraf tu merajuk hehehehe

    BalasPadam
  13. salam mama ju

    safari tak sama dengan zoo

    di safari haiwan bebas dgn cara kehidupan mrk, kita yg masuk ke dunia mereka , jadi semua real dpn mata , kalau zoo tengok dlm kandang besi je

    kita dpt lihat habitat sebenar kehidupan haiwan yg dijadikan oleh Allah

    BalasPadam
  14. salam cikgu nadz

    mmg betul tu

    semua dpn mata kat safari tiada ulang tayang

    BalasPadam