WARGA SCP

Khamis, Jun 17, 2010

ROAD TO AFRIKA : PERTEMUAN DENGAN TOK BATIN ZULU

ALHAMDULILLAH

Aku telah dipertemukan dengan Tok Batin Kaum Zulu ni

Tok Batin ini mempunyai 4 oarng bini , bermakna tok batin ni kaya kerana telah menyediakan 44 ekor lembu seperti disyaratkan 11 ekor untuk seorang bini

Menurutnya, rekod bagi tok batin yang paling ramai bini ialah 100 orang

Kalau 100 mau lembik tubuh badan hehehe

Aku memperkenalkan diri aku Tok Batin dari HC sambil dia mengerutkan dahinya lalu berkata

“HC “
Hehehe

Kami mengadakan perbincangan 2 hala mcm ketua2 negara berbincang semasa siding ASEAN

Kami membincangkan hal dunia dan pasal WC 2010

Tok batin tu juga sempat menanyakan pasal anak menakan dia yang telah melarikan diri ke KL bekerja di ladang gotah hehehe

Tapi kemudian aku minta diri pasal tak tahan asap dalam khemahnya tu

Pedih biji mata

Mereka bakar kayu api untuk memanas kan dalam khemah kerana suasana dingin musim sejuk mencengkan ke tulang


JANGAN BETULKAN SKRIN KOMPUTER ANDA
GAMBAR DLM KHEMAH YG BERASAP


bini 4 empat ni



mana anak menakan aku pegi tak balik2

tgh khusuk mendengar pak itam HC cakap

unggun api panaskan rumah mereka

18 ulasan:

  1. salam from Makkah..


    masyallah..tok batin ada 4 bini....tok mudim takda ka..?


    wsalm

    BalasPadam
  2. Salam ziarah....
    tok batin ini pandai berbahasa apa?
    Arab pandai tak?

    BalasPadam
  3. salam Pak Itam..

    mak aii 4 bini okay lagi..tp yg 100 bini tue apa cer? kalo buat rotation, selepas 101 hari baru isteri pertama jumpa balik suami..huhu sadis hikhik

    psstt: Pak Itam, anak menakan Tok Batin tue dah lupa jalan pulang sebab kat sina takde Ani Sup Utara, takde kedai mamak ooppss..wakakaka

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    tak menuntut ke ilmunya
    he he

    perbicangan dua hala pasal apa
    nak bawa resepi asam pedas ke SA ke

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Assallamualaikum Pak Itam,

    Pengalaman yang segar dikutip dari perjalanan yang jarang-jarang dapat dilakukan oleh Masyarakat Melayu ni...(mama lah contohnya) tak dapat jangkau ke sana.
    Mama suka tengok alat muzik mereka..gendang tu..
    w/salam

    BalasPadam
  6. Salam Pak Menakan HC..

    bila kak ngah baca catatan pak manakan itam.. tiba2 hati kak ngah meratap pilu.. kenangan 15 tahun yang lalu bermain-main diruang mata.. kenapalah kisah lama diungkit semula.. setelah luka lama telah sembuh disiram minyak gamat.. kini ianya berdarah kembali.. sob sob

    sebenar nya.. tok batin zulu tu adalah pak we lama kak ngah.. namun apakan daya.. 'cinta ku yang suci bagai tak kesampaian.. terputus ditengah jalan..' tentangan yang teramat hebat dari pak menakan Abu (sila rujuk episod sebelum2 ini.. bagi mengetahui siapakah Pak menakan Abu..) membuatkan kak ngah membawa diri ke tanah melayu.. menghambakan diri pada pepohon getah..

    teng kieu pak itam.. kerna sudi tangkap gambaq tok batin zulu.. awww.. masih encem seperti dulu.. ahikssss!!

    pssstt.. tit tit cakap.. kalu tn ismet tak balik ari jemaat nie.. dia nak terjun semula dalam kolam.. boring sehh tak dak kawan nak sembang.. heh heh

    BalasPadam
  7. Salam CR,

    Bagus info pasal tok batin zulu ni, tp klu bab 4 bini kaum hawa kat sini mereka kurang suka, kita ok jer dapat info ni ...hehehehe...

    Patutlah mereka bertambah gelap...asyik kena asap jer....lubang hidung mereka mesti penuh dengan jelaga.

    Tk berkongsi maklumat dan cerita

    BalasPadam
  8. salam pak itam

    BHS dan tersenyum-senyum kat sini...sambil makan asam pedas ..yum yum yummmy....

    BalasPadam
  9. Salam Pak Hitam,
    Kite nak nyanyilaaa ngan Tok Batinnn zulu......

    Zulu zamba lulu lulu machika
    lulu machika lulu machika
    kiki ashuka ri ush Africa
    kiki ashuka ri ush Africa........

    Trimaaa Kassssihhhh....hehehhe (david arumugam...Alleycatzzzzz)

    BalasPadam
  10. salam cl

    hehehe

    depa tak sunat, tu sebab takde tok mudim hehe

    BalasPadam
  11. salam MI

    ini tok batin pandai semua bahasa hehehe

    dia ckp masa jumpa pak itam
    "ni hau ma" hehe

    BalasPadam
  12. salam syima

    mmg adat kaum zulu berbini ramai hehe

    BalasPadam
  13. salam atuk

    tok batin tu yg menuntut ilmu pak itam hehehe

    BalasPadam
  14. salam cikgu nadz

    alhamdulillah

    semoga pengalaman saya yg dikongsi bersama bermanafaat

    BalasPadam
  15. salam kak ngah

    pak itam balik lambat lagi

    delay psl khidmat pak itam sebagai striker diperlukan oleh brazil hehehe

    sebenarnya sticker (pelekat) hehe

    BalasPadam
  16. salam rosli

    ada antara mereka yg masih hidup mcm dulu2 juga

    tapi ada juga yg dah moden bila berhijrah ke bandar

    BalasPadam
  17. salam bhs


    hehehe

    kami pun baru lunch, mak itam masak daging masak kicap dann sambal french fries dgn ikan sepat masin hehehe

    BalasPadam
  18. salam rni

    hahahahahha

    BalasPadam