WARGA SCP

Selasa, Julai 31, 2012

SESSI INTERVIEW

ALHAMDULILLAH
Sabtu pagi berdesup kami ke KL . Jadual interview di US Embassy isnin pagi sessi kedua jam 8.50 pagi . Jadi ahad pagi, sempat aku bersama anak2 ke Garden dan Mid Valley nyopping baju raya dan keperluan anak2 kerana itulah je masa kami dapt berkumpul bersama-sama . Aku hanya jadi tukang bayar je hehehe
Isnin jam 7.30 pagi , kami dah terpacak di US Embassy . Kami tak nak terkocoh-kocoh. Jadi kami keluar awal sikit . Maklumlah , jalan Ampang menuju ke US Embassy memang terkenal dengan kesesakkan lalu lintas.
Pelbagai rupa umat manusia yg aku temui pagi tu dah dok beratur nak masuk dalam US Embassy dengan pelbagai dokumen di tangan mereka . Sessi pertama jam 8.00 sudah dilepaskan masuk ke dalam. Jam 8.20 , untuk sessi temuduga jam 8.50 pagi pula dipanggil beratur depan pintu masuk . Perlu menunjukkan cetakkan komputer jadual interview serta kod barnya sebelum kami diberikan pas "visitor".
Jam 8.30 pagi , baru dibenarkan masuk ke pintu pertama untuk pemeriksaan keselamatan serupa macam nak menaiki kapal terbang sebelum masuk balai berlepas.Semua benda alah yg dibawa kena letak dalam bakul dan di "scan".

Kemudian melalui "metal detector" pula sebelum memasuki pintu lapisan kedua pula dalam kedutaan terus ke satu bahagian dan diminta mengambil no. giliran. Tak sampai 5 minit, bila angka giliran terpapar di papan elektronik, bergegas pula kami ke satu lagi bilik yg besar lalu terus ke kaunter pendaftarannya untuk menyerahkan pula passport, cetakan DS 160 serta pengesahan interview dan sekeping gambar 5cm x 5 cm dan diminta menunggu hingga nombor dipanggil kembali .
Sekali lagi no kami dipanggil untuk diambil semua cap jari biometrik pula kesemua jari tangan kiri dan kanan . Diminta menunggu lagi sehingga dipanggil lagi.
Menunggu kami dipanggil rupa2nya hampir memakan masa 1 jam lebih jugak tanpa kami sedari . Dalam pada tu sempat juga aku melihat pelbagai gelagat pemohon2 yang sedang ditemuduga dalam kiosk kecil hingga ada yang terpaksa berhujah dengan pegawai kedutaan menyatakan rasionalnya mereka mendapat visa ke sama. Ada yang membawa pelbagai dokumen sokongan, namun hanpa kerana permohonan mereka ditolak.

Aku lebih banyak berzikir dalam hati ketika itu dan berdoa moga Allah melembutkan hati individu yang akan menemuramah aku nanti dan Allah memakbulkan niat aku untuk ke sana nanti untuk melihat bumi Uncle Sam ciptaanNYA .
Ada antara pemohon yang keluar dari kiosk selepas temuduga dengan wajah kegirangan dan ramai juga dengan muka monyok yang pasti permohonan visa mereka ditolak . Yang pasti RM 512.00 hangus sekali pun mereka gagal melepasi peringkat interview. Nak interview lagi, kena bayar sekali lagi RM512.00 dan mulakan sekali lagi proses mengisi DS 160.

Ada keluarga berbangsa cina yang masuk ni kali ke 2 pi interview dan siap bawak sekali penyata cukai pendapatannya 5 tahun terkini sebagai bahan dokumen sokongan . Rata2 aku tengok untuk bangsa cina ni, depa agak ketat sikit dan semak semua dokumen sokongan kerana banyak terjadi yang depa pegi lalu tak kembali dan menetap di sana.

Tu sebab ada ura2 yang kerajaan Britain nak kenakan visa utk pelancong dari Malaysia kerana banyak terutama bangsa cina yang pegi sana namun tak kembali, menetap melebihi tempoh waktu dan bekerja . Tu sebab kat mana2 negara di dunia, pasti ada China Town , cuba cari Melayu Town hehehe
Aku pula tawakkal kepada Allah kerana jawapan pada permohonan aku sebenarnya telah ada pada Allah dan telah tertulis sejak azali lagi samada berjaya atau tidak.Apa saja keputusannya, aku akan menerima sebagai suratan takdir.
Kalau berjaya nanti, insyallah kain pelikat gombang aku pasti akan turut serta berkibaran di bumi US , tapi kalau gagal disebaliknya, pasti ada hikmah yang Allah tak izinkan kaki ku menginjak bumi mereka.

9 ulasan:

  1. Salam bapak,
    Saya doakan urusan memohon visa bapak dan family berjalan lancar.
    Dan saya juga baru diberitahu supaya menyediakan visa untuk tujuan ke sana juga...adehhh tak dapat bayangkan bagaimana prosesnya itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      amen

      kena prepare dah segala dokumen2 penting dari sekarang , semua maklumat boleh di dapati di
      http://www.ustraveldocs.com/my/

      visa mereka pelbagai jenis dan kena baca bebetul

      Padam
  2. pak itam pergi US utk ape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi sana nak membawa hati yang lara hehehehe

      Padam
  3. Salam bapak. Prosedur sangat ketat naa, ghenyah sungguh. Insyaallah semoga dipermudahkan, dapat la cek tengok kain pelikat gombang berkibaran di negara Uncle Sam tu nanti. Tumpang bangga cek :D

    Cek ucapkan selamat datang ke Pulau Pinang raya nanti naa. Kalau cek nampak motor roda 3 dengan lelaki pakai pelikat gombang gigi gonggak nanti, cek lambai2, kehkeh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      prosedur memang ketat dan banyak kena buat homework , tapi interviewnya bergantung pada data dan maklumat yg kita submit secara online utk DS 160. Rasanya depa dah selidiki semua maklumat yg yg bagi masa isi tu, depa pun dah tahu nak lepaskan visa atau tidak, mereka je yang tahu cara mereka menilai atas setiap permohonan

      bapak nak pi raya kat penang tahun ni hehehe
      nak pi berpeleseran dgn anak2 dan mak anak sebenonya hehehe

      Padam
  4. Salam,

    Minta maaf klu klu sy menganggu, cuma nak bertanya msa bapak sediakn bnk statement ada x had minimum wang simpanan dlm akaun utk kta dptkn kelulusn visa. Sy nk ke us krna ada invitation letter dri kawan di sna, n dlm akaun cuma ada rm10k. Risau pulak takut direject wlupn kwn dsna yg nak sponsor smuanya. Harap boleh kongsikn sedikit pengalaman d intrvw dan brpa lama msa intrview tu. Trma kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      it's ok
      bapak bawak je , geran tanah , geran kereta serta statment bank sebagai persediaan jika depa nak tengok, tapi depa tak tanya pun

      sebenarnya depa cuma nak pastikan kita ni akan masuk ke US dan akan keluar balik dan komitmen kita di Malaysia macam pekerjaan kita , harta kita dan sebagainya

      senang cerita , kalau kita kerja swasta, dapatkan surat akuan majikan yg kita kerja kat situ sebagai apa dan gaji yang kita terima, kalau kerja kerajaan pun macam tu jugak. Itu mungkin menunjukkan yang kita akan balik

      kalau kerja sendiri , bawaklah dokumen yg sepatutnya macam sijil SSM, penyata bank dan komitmen kita yang lain di tanah air

      pernah sekali satu mamat chinese ni punya duit ratus ribu dalam akaun tapi tak lepas visanya kerana kita sebenarnya tak tahu dan tak boleh agak , apakah kritiria yang mereka gunakan dalam memberi kelulusan visa

      Nur boleh selak lepas n3 ni tentang cerita bapak di interview

      harap membantu

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam