WARGA SCP

Sabtu, Jun 29, 2013

JDT LUASKAN KUASA MU JOHOR : ADA ORANG YANG DOK BERATUR UNTUK AKU

ALHAMDULILLAH

Benda alah sekeping ni dok orang sebut tetiap hari kat surat kabo. Ada yang dok bergasak pasal benda alah ni. Ada orang yg dok beratur panjang untuk benda ni.

Alhamdulillah
Ada yang dok beratur utk aku kat Bukit Jalil pagi Jumaat lepas dan dapatkan benda alah ni untuk aku 4 keping . Jap lagi , kami nak ke Stadium Nasional Bukit Jalil pakai jesey JDT kaler hitam tu pasal aku mmg suka kaler hitam.

Moga perlawanan malam ni menghiburkan dan tiada
insiden yang tak baik berlaku
samada dalam dan luar padang.

Kalah memang adat pertandingan,
Moga JDT menang final piala FA malam ni.
Mana tau esok depa umum cuti ,
tak payah aku gi noreh hehehe

JDT
LUASKAN KUASA MU JOHOR   




ni Teddy pun nak ikut sama
hehehe
dah pi asah gigi je kat tepi tu 
hehehe 


Rabu, Jun 26, 2013

USA PART 66 : MAYDAY, MAYDAY, MAYDAY come help me

ALHAMDULILLAH

Mayday is an emergency procedure word used internationally as a distress signal in voice procedure radio communications. It derives from the French "venez m'aider", meaning "come help me". 

Selalunya bila kita tengok cerita kat tv jenis yang ada adegan kapal terbang nak jatuh terhempas , pasti pilot dok cakap "mayday,mayday" kat menara kawalan sambil dua belah tangan pegang stereng . Rupa-rupanya "MAYDAY" tu adalah kod atau singkatan yang digunakan di seluruh dunia untuk mengambarkan saat-saat kecemasan . 

Tapi lepas ni kalau sapa terserempak ular , biasanya kita akan jerit "ULAR,ULAR" . Tapi orang Melaka pasti jerit "ULAU,ULAU", orang utara pulak jerit "ULAQ,ULAQ", takda satu yang standard .

Kita ubah ini kalilah , jerit MAYDAY,MAYDAY, pasti haram sorang pun tak tolong kita hehehe

Berbalik cerita kapalterbang terhempas ni , aku berpeluang melalui set pengambaran Boeing 747 di Universal Studio ni sambil mulut aku terlopong kerana melihatkan kebijaksanaan dan betapa kreatif dan bijaknya pengarah filem tersebut dan krew mereka  membina set tersebut yang pasti pada mulanya hanya bermain difikiran ketika itu dan akhirnya direalisasikan dalam bentuk seakan-akan benar berlaku.

Kalau lihat kesannya apabila sebuah Boeing 747 yang terhempas di atas sebuah kawasan perumahan, ngeri juga kerana mengakibatkan kemusnahan yang besar dan tentunya melibatkan banyak nyawa.

nampak" real" sungguh

tu enjin kapal terbang dan kereta dok berasap

Kalau fobia, mau lepas ni tobat tak naik dah kapal terobang, tapi itulah satu-satunya pengangkutan masa kini yang dapat menghubungkan satu-tempat dengan satu tempat dengan cepat berbanding kalau nak naik cup cai ke US, mau dah berjanggut baru tiba kot hehehe

Melihat kesan kemusnahan di set Boeing 747 ni, terkenang dulu masa aku kekecik . Kami tinggal di Kuaters Kastam di Tg Puteri masa tu. Satu peristiwa yang tentu masih kekal dalam lipatan sejarah negara hingga kini apabila sebuah kapalterbang MAS Boeing 737 telah meletup dan terhempas di kawasan Tg Kupang dekat gelang Patah ketika itu .

Tragedi Tg Kupang berlaku pada senja 4 Disember 1977 , 36 tahun yang lalu ketika aku berumur 10 tahun .Pesawat MH 635 telah melencong ke Singapura semasa rampasan tersebut yang akhirnya meletup di udara hingga mengorbankan hampir 100 penumpang termasuk anak kapal .



Ketika itu , aku yang tinggal di Tg Puteri dan bersekolah agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah di kawasan belakang Istana Besar Johor ketika itu. Jadi aku kan  hero yang akan berjalan kaki setiap pagi untuk ke sekolah agama dari Tg Puteri yang akan merentas  Bandar JB sebelum sampai ke Bukit Zaharah . 

Seringkali kali ketika itu, langkah ku akan terhenti di beberapa kedai gambar ketika itu kerana ralit mengadap foto-foto yang sempat dirakamkan tentunya jurugambar mereka di kawasan kapal terbang tersebut terhempas.

Kebanyakkan foto sangat mengerikan kerana hanya cebisan-cebisan dari anggota badan mangsa yang kelihatan tersangkut di sana-sini pada ranting dan batang pokok dapat dirakamkan.Ada yang gambar tangan je, kaki je yang terputus masih tersarong di kasut dan daging terbakar dapat mereka rakamkan.

Kesemua mayat pada masa tersebut tidak dapat dikenali kerana tak sempurna langsung hinggakan pada masa tersebut semua cebisan daging dan anggota badan yang ditemui telah dikumpul dan diikat dalam bungkusan2 kecil untuk dikumpulkan .

fiuslaj atau badang kapalterbang
complete siap dengan asap kesan terbakar lagi

enjin Boeing 747


rumah yang terlibat impak dari terhempasnya kapal terbang tu

Akibat dari itu , maka pihak pemerintah masa tu telah mengambil keputusan untuk mengebumikan cebisan-cebisan tersebut dalam satu liang lahad atau lubang yang besar di Tanah Perkuburan Kebun Teh , JB ketika itu yang dimasukkan dalam 7 buah keranda  .Pening jugak kerana yang pasti terdapat mangsa yang terdiri dari yang beragama Islam. 

Maka akibat darurat, solat jenazah secara ghaib dijalankan dan diikuti dengan upacara keagamaan agama-agama lain ketika itu.

Akibat peristiwa tersebut, katanya penduduk sekitar Tg Kupang ketika itu fobia dan takut keluar malam kerana pelbagai peristiwa aneh dan menakutkan berlaku selepas itu di kawasan persekitaran tempat terhempasnya kapal terbang tersebut .

Ajal maut semua di tangan Allah S.W.T. Kalau dah tertulis nak mati, atas perut pun boleh mati . Cuma yang biasa aku lakukan sebelum kapal terbang "take off", aku akan mengucap 2 kalimah syahadah, berdoa dan tawakkal pada Allah S.W.T agar perjalanan dan penerbangan  ketika itu sentiasa dalam perlindungan Allah .

Insyallah.


Isnin, Jun 24, 2013

USA PART 65 : SET BACK TO THE FUTURE DAN FAST AND FURIOS 5 TOKYO DRIFT AT UNIVERSAL STUDIO HOLLYWOOD

ALHAMDULILLAH

Jika tadi , Studio Tour membawa kami menjelajahi set-set pengambaran dalam bentuk binaan, kini tram dah mula memasuki set-set pengambaran yang mengunakan teknologi terkini dan kesan-kesan khas atau "special effect" yang memang kepakaran mereka dalam menjadikan sesebuah filem nampak macam "ye ye ooooo je" kata Mak Bedah  hehehe

Memula tram membawa kami ke set dipenuhi kenderaan dan peralatan yang pernah terlibat dalam pengambaran filem "Back To The Future" lakonan Michael J Fox yang mukanya nampak macam bebudak dan muda je yang sangat popular satu ketika dulu.



 tram terbakar dalam pengambaraan Back To The Future

Pengarah filem ni tak lain tak bukan Steven Speilberg yang terkenal dengan khayalan yang kemudian akan diadaptasikan dalam bentuk filemnya menggunakan teknik-teknik pengambaran yang penuh dengan "special effect".

Cerita pasal filem "Back to The Future" , rasa-rasa kita ni kan sebagai manusia biasa pasti suatu masa dulu atau mungkin sekarang ni pun pernah terpikir dan berangan nak kembali ke zaman silam kita walaupun ia suatu yang mustahil .Mesti kita rasa nak tebus dan baiki apa jua kelemahan dan kesilapan yang pernah kita buat dulu . Selalunya kita berangan sedemikian bila timbul sesuatu isu atau perkara atau saja takde kerja dah hehehe.

Aku katakanlah  kalau diberi peluang untuk kembali ke zaman silam , aku nak kembali masa zaman aku budak-budak dulu yang seronok dan main je masa tu dan tak payah pikir apa2 masalah pun hehehe

Cuma kalau boleh , tiba je masa bab nak bersunat , kira "skip" je peristiwa tu pasal azab sungguh masa tu wooooooooo hahahahaha


kenderaan asal yg digunakan dalam Back To The Future


Lepas seround kat set Back to The Future, memasuki pula set yang mana kereta yang mereka gunakan untuk pengambaran filem Fast and Furios : Tokyo Drift . Aku memang minat cerita Fast and Furios ni dan aku tonton semua filemnya hinggalah Fast and Furios 6 yang baru ditayangkan baru-baru ni . 

Kami masa tu kebetulan ke JJ Aeon tebrau City ada hal sikit dan lepas settel semua hal terus beli tiket kat TGV tu dan layan filem tu tiga beranak sampai habis yang memang tak rugi dan berbaloi beli tiket kerana aksinya dari mula sampai habis 2 jam lebih jugak . 

Kalau tengok cerita ku kat layar perak macam "real" je kereta tu berlumba terbang sana sini dan terbalik serta meletup sedangkan hakikatnya masa pengambarannya apabila aku lihat sendiri dengan mata kepala aku yang kereta tu semasa pengambaran Fast and Furios 5 : Tokyo Drift semua jenis kereta replika yang bawahnya ada lengan robotik besar yang mengawal kereta tu dan lengan robotik tu yang menhayun kereta tu ke sini dan ke sana diikuti letusan api meletup . 

Memang sah-sah, kita ni semua kena tipu je apabila menonton filem aksi lasak macam ni hahahahaha

Dah nama pun filemkan dan bukan betul-betul
Tapi laaaaa ni ramai pulak manusia yang jadi pelakon atas dunia ni yang "hidupnya berlakon" ...


terasa bahang panas juga sampai ke muka
bila kereta tu meletup

tram berhenti kat sini lama jugak untuk
kami menyaksikan aksi2 kat sini diiringi muzik latar sama mcm kat filem tu


lihat lengan robotik bawah kereta tu yang mengerakkan kereta tu
ikut arahan pengarah




bila dah jadi filem
semua nampak real

Rabu, Jun 19, 2013

USA PART 64 : STUDIO TOUR AT UNIVERSAL STUDIO HOLLYWOOD , KAYU DAN PLYWOOD JE RUPANYA

ALHAMDULILLAH

Kami bergegas menuju ke tram yang akan membawa kami ke dalam perut utama Universal Studio Hollywood yang menempatkan set-set pengambaran yang selama ini hanya dapat kita lihat dari layar perak atau di kaca-kaca t.v sahaja.

The Studio Tour ni merupakan tarikan utama di  Universal Studio Hollywood ni yang mana kalau kita ke Universal Studio Singapore, takde benda alah ni. The Studio Tour ini juga dikenali sebagai The Back Lot Tour kerana kita dapat melihat dibelakang tabir sebenar set-set pengambaran .

Pemandunya akan berada di tram yang paling depan . Setiap tram pula ada paparan T.V nya dengan sistem audio yang dikendalikan secara automatik seiring dengan kawasan atai tempat yang kita lalui. Memang maju teknologi mereka dalam memberikan hiburan dan perkhidmatan terbaik buat pengunjung.





Aku ambik tempat duduk kat  hadapan di tram yang tengah agar permandangan lensa ku nanti tidak terlalu terhalang semasa aku mengetik DSLR ku nanti.

Studio Tour ni dijangka akan memakan masa hampir 45 minit juga dan sememangnya jika pegunjung nak lihat set-set pengambaran yang terdapat di sini , kena naik tram ni dan tak dibenarkan jalan kaki. 

Lagi pun ada masanya ketika itu mereka sedang melakukan pengambaran filem dan takut terganggu nanti . Cuma sapa yang beli tiket masuk paling mahal iaitu VIP Pass je akan dibawa ikut Studio Tour ni secara personel gunakan MPV .

stage 20
tengah shooting filem labu-labi?

cerita Wicked tengah shooting kat dalam stage tu

nampak real, tapi "pelesu" semata
kalau bina bangunan kekal , dah kena runtuh lepas habis shooting

Dari penerangan secara langsung yang dibuat oleh "Host Tour" ni , rupa-rupanya kebanyakan set-set pengambaran yang sedang aku lalui ni sebenarnya hanya kosmetik luaran  dan dibuat dari kayu dan plywood je. Tu sebab tadi aku terlihat banyak betul kayu dan plywood dok bersusun belakang "stage" dan ramai juga tukang kayu sedang dok bekerja .

Kelihatan dari luaran macam bangunan betul je tapi sebenarnya hanya bangunan kotak je .Memang hebat mereka dan selama ni kita ni kena tipu hidup-hidup je hahaha

Kebanyakkan set-set ni depa akan runtuhkan apabila tak mau lagi dan akan bina pula set-set yang baru mengikut kehendak skrip filem baru tu nanti. Manakala kalau lakonan dalam bangunan pula, depa akan buat set-set kecil dalam stage atau bangunan kotak tu macam stage 20 yang aku tunjukkan tadi kat atas.


 
macam sebuah bandar kecil je

kalau takde shooting filem
dah macam bandar hantu tiada penghuni

dok stanby dengan kren kamera dan shoot filem

jalan je "real"
yang lain semua "pelesu" hehehe

siap dengan stesyen minyak lagi

lihat betul-betul foto atas tu
lihat DINDING sebelah kiri tu
Dinding macam real je buat dari plywood dan di cat menunjukan bahagian depan sebuah bangunan
belakang dinding takda apa hehehe
tengah shooting cerita apa le tu


nampak real je bangunan ni
tapi semua dari kayu je
esok lusa dah tak mau set ni, depa runtuh buat baru ikut kehendak skrip filemnya



teksi tu replika je rasanya

Selasa, Jun 18, 2013

ALHAMDULILLAH, DAH SELAMAT

ALHAMDULILLAH 

Semalam Isnin pukul 4 petang dah masuk operation teater seperti yang dijadualkan. Sebelum tu sebelah kaki yg cedera tu dan berbulu mcm paknya juga dah licin kena cukur dan dibalut untuk proses nyah kuman. Paginya lepas buat MRI sekali lagi dan doktor dah confirmkan mana nak kena belah, jadi lepas sarap, dah kena puasa kerana memang kena bius masa lakukan pembedahan. 

Pukul 3.30 petang , nurse dah datang dengan kereta sorong khas tu lalu tanyalah beberapa soalan pada senarai semaknya. Turun je tingkat 2 ke operation teater, sekali lagi petugas di sana tanya lagi soalan yg sama untuk "double check" sebelum terus masuk ke bilik pembedahan . Soalannya seperti nama pesakit, mana yang nak kena operate  ikut senarai semak dalam fail yang dibawa sekali atas pengusung.

Mak pak juga kena ada kerana mereka nak confirmkan siapakah yang turunkan tanda tangan kat atas borang tu. Masa tu ada 2-3 pengusung tengah "queue" nak masuk operation teater.

A line or sequence of patient awaiting their turn to be attended  or to proceed for operation.Dah macam nak bording flight pulak nak terbang tapi "pasenjel" semua atas pengusung yang kepala mereka semua dah balut plastik hijau macam pakai "shower cap" pulak.

Teringat perkataan "pasenjel" , teringat arwah bapak aku . Ialah, orang dulu-dulukan perkataan bahasa inggeris depa dah dimelayukan. Pasenjel dari passenger .Tu perkataan yang selalu digunakan oleh arwah ayah.

Memula ingat just a minor surgery operation, tapi agak rumit jugak dan kena bius samada 1/2 ke bawah sahaja  atau bius penuh. Anak aku minta bius penuh. Kalau dedulu pembedahan secara konvensional, pasti depa dok tokak lutut tu belah, tapi laa ni, depa dok tebuk kiri kanan lubang dan semua kerja pembedahan dalam lutut tu dijalankan oleh mesin mekanikal yang dikawal oleh tangan doktor kat luar.

Alhamdulillah 6.30 ptg lepas 2 jam lebih dah selamat . Kira aku dah ada waris , tapi bukan 'Waris Jari Hantu" macam filem tu, ni "Waris Lutut Rosak" kerana lutut aku sebelah kiri ni dah rosak juga dan mengambil masa 2 tahun untuk pulih dulu yang hanya pakai urutan . Dedulu mana ada kemudahan dan teknologi untuk lakukan pembedahan macam sekarang ni.


Tak tahu bila lagi boleh keluar . Nanti nak kena pakai alat sokongan kat lutut dan tongkat sementara benda alah tu pulih dan lepas ni baru kena jalani proses fisiotrapi pula.

Lepas tu maknya dah cakap , "No Futsal Anymore, Just Play Dam Aji Je or play masak-masak" 

Alhamdulillah. 

 
 Dah standby nak kena usung
dengan pengusung ke dewan pembedahan jap lagi


Org tak sakit dah rampas kuasa katil org sakit kat bilik 
sementara tunggu siap pembedahan
sebenarnya kami keletihan dan tak cukup rehat

pukul 6 lebih baru siap dan dihantar ke bilik selepas sedar
Sakit katanya pasal bius tadi masa pembedahan dah habis
darah dok mengalir dalam botol dari bahagian yang dibedah

 Menahan kesakitan
Doktor dah kasi morpin a.k.a pain killer dalam mesin hijau tu
melalui drip
Kalau tak muntah dah boleh makan kerana puasa dari pagi tadi hingga dah nak magrib

Ahad, Jun 16, 2013

MINOR SURGERY PROCEDURES

ALHAMDULILLAH

Kami dok busy sikit menguruskan son of gun aku yang kini kat sepital kena tahan
dan buat rawatan lanjut kerana setelah 5 kali menjalani fisiotrapi kat lutut
sepanjang sebulan lalu masih tak menunjukkan tanda2 pemulihan.
Hikmahnya, kalau selalu cuti sekolah kami akan pi cuti,
Tapi kali ni kerana menjalani fisiotrapi yang telah dijadualkan,
maka kami pi lah piknic kat sepital je.

Semalam lepas menjalani sessi fisiotrapi kali ke berapa entah dan juga
pertemuan dengan specialist ortopedik,
maka dia kata kena buat Minor Surgery Procedures yang akan dilakukan
esok pagi hari senin nak tengok apa yang koyak kat
bahagian dalam tu yg buat tak baik2 .

Kalau tak baik jugak,
aku ingat nak ganti dgn lutut unta je
pasal lutut unta kuat sikit hehehe

Mohon doa kat Allah S.W.T moga cepat sembuh kerana
agak sukar baginya yang duduk di asrama sebelum ni
dan tahun ni nak periksa SPM

Insyallah