WARGA SCP

Isnin, Jun 24, 2013

USA PART 65 : SET BACK TO THE FUTURE DAN FAST AND FURIOS 5 TOKYO DRIFT AT UNIVERSAL STUDIO HOLLYWOOD

ALHAMDULILLAH

Jika tadi , Studio Tour membawa kami menjelajahi set-set pengambaran dalam bentuk binaan, kini tram dah mula memasuki set-set pengambaran yang mengunakan teknologi terkini dan kesan-kesan khas atau "special effect" yang memang kepakaran mereka dalam menjadikan sesebuah filem nampak macam "ye ye ooooo je" kata Mak Bedah  hehehe

Memula tram membawa kami ke set dipenuhi kenderaan dan peralatan yang pernah terlibat dalam pengambaran filem "Back To The Future" lakonan Michael J Fox yang mukanya nampak macam bebudak dan muda je yang sangat popular satu ketika dulu.



 tram terbakar dalam pengambaraan Back To The Future

Pengarah filem ni tak lain tak bukan Steven Speilberg yang terkenal dengan khayalan yang kemudian akan diadaptasikan dalam bentuk filemnya menggunakan teknik-teknik pengambaran yang penuh dengan "special effect".

Cerita pasal filem "Back to The Future" , rasa-rasa kita ni kan sebagai manusia biasa pasti suatu masa dulu atau mungkin sekarang ni pun pernah terpikir dan berangan nak kembali ke zaman silam kita walaupun ia suatu yang mustahil .Mesti kita rasa nak tebus dan baiki apa jua kelemahan dan kesilapan yang pernah kita buat dulu . Selalunya kita berangan sedemikian bila timbul sesuatu isu atau perkara atau saja takde kerja dah hehehe.

Aku katakanlah  kalau diberi peluang untuk kembali ke zaman silam , aku nak kembali masa zaman aku budak-budak dulu yang seronok dan main je masa tu dan tak payah pikir apa2 masalah pun hehehe

Cuma kalau boleh , tiba je masa bab nak bersunat , kira "skip" je peristiwa tu pasal azab sungguh masa tu wooooooooo hahahahaha


kenderaan asal yg digunakan dalam Back To The Future


Lepas seround kat set Back to The Future, memasuki pula set yang mana kereta yang mereka gunakan untuk pengambaran filem Fast and Furios : Tokyo Drift . Aku memang minat cerita Fast and Furios ni dan aku tonton semua filemnya hinggalah Fast and Furios 6 yang baru ditayangkan baru-baru ni . 

Kami masa tu kebetulan ke JJ Aeon tebrau City ada hal sikit dan lepas settel semua hal terus beli tiket kat TGV tu dan layan filem tu tiga beranak sampai habis yang memang tak rugi dan berbaloi beli tiket kerana aksinya dari mula sampai habis 2 jam lebih jugak . 

Kalau tengok cerita ku kat layar perak macam "real" je kereta tu berlumba terbang sana sini dan terbalik serta meletup sedangkan hakikatnya masa pengambarannya apabila aku lihat sendiri dengan mata kepala aku yang kereta tu semasa pengambaran Fast and Furios 5 : Tokyo Drift semua jenis kereta replika yang bawahnya ada lengan robotik besar yang mengawal kereta tu dan lengan robotik tu yang menhayun kereta tu ke sini dan ke sana diikuti letusan api meletup . 

Memang sah-sah, kita ni semua kena tipu je apabila menonton filem aksi lasak macam ni hahahahaha

Dah nama pun filemkan dan bukan betul-betul
Tapi laaaaa ni ramai pulak manusia yang jadi pelakon atas dunia ni yang "hidupnya berlakon" ...


terasa bahang panas juga sampai ke muka
bila kereta tu meletup

tram berhenti kat sini lama jugak untuk
kami menyaksikan aksi2 kat sini diiringi muzik latar sama mcm kat filem tu


lihat lengan robotik bawah kereta tu yang mengerakkan kereta tu
ikut arahan pengarah




bila dah jadi filem
semua nampak real

6 ulasan:

  1. hihihi mesti cuak kete tu melambung lambung kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe syok tau tgk benda alah tu

      Padam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    hidup2 kena tipu yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam tu

      hehehe bulat2 dan hidup2 tipah tertipu hahaha

      Padam
  3. Salam bapak. Walaupun kena tipu hidup2 tapi berbaloi la sebab nampak real ja kan, kehkeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      mmg berbaloi hehe
      lps ni bapak nak jadi pengarah pilem la pulak haha

      Padam