ALHAMDULILLAH
Mayday is an emergency procedure word used internationally as a distress signal in voice procedure radio communications. It derives from the French "venez m'aider", meaning "come help me".
Selalunya bila kita tengok cerita kat tv jenis yang ada adegan kapal terbang nak jatuh terhempas , pasti pilot dok cakap "mayday,mayday" kat menara kawalan sambil dua belah tangan pegang stereng . Rupa-rupanya "MAYDAY" tu adalah kod atau singkatan yang digunakan di seluruh dunia untuk mengambarkan saat-saat kecemasan .
Tapi lepas ni kalau sapa terserempak ular , biasanya kita akan jerit "ULAR,ULAR" . Tapi orang Melaka pasti jerit "ULAU,ULAU", orang utara pulak jerit "ULAQ,ULAQ", takda satu yang standard .
Kita ubah ini kalilah , jerit MAYDAY,MAYDAY, pasti haram sorang pun tak tolong kita hehehe
Selalunya bila kita tengok cerita kat tv jenis yang ada adegan kapal terbang nak jatuh terhempas , pasti pilot dok cakap "mayday,mayday" kat menara kawalan sambil dua belah tangan pegang stereng . Rupa-rupanya "MAYDAY" tu adalah kod atau singkatan yang digunakan di seluruh dunia untuk mengambarkan saat-saat kecemasan .
Tapi lepas ni kalau sapa terserempak ular , biasanya kita akan jerit "ULAR,ULAR" . Tapi orang Melaka pasti jerit "ULAU,ULAU", orang utara pulak jerit "ULAQ,ULAQ", takda satu yang standard .
Kita ubah ini kalilah , jerit MAYDAY,MAYDAY, pasti haram sorang pun tak tolong kita hehehe
Berbalik cerita kapalterbang terhempas ni , aku berpeluang melalui set pengambaran Boeing 747 di Universal Studio ni sambil mulut aku terlopong kerana melihatkan kebijaksanaan dan betapa kreatif dan bijaknya pengarah filem tersebut dan krew mereka membina set tersebut yang pasti pada mulanya hanya bermain difikiran ketika itu dan akhirnya direalisasikan dalam bentuk seakan-akan benar berlaku.
Kalau lihat kesannya apabila sebuah Boeing 747 yang terhempas di atas sebuah kawasan perumahan, ngeri juga kerana mengakibatkan kemusnahan yang besar dan tentunya melibatkan banyak nyawa.
nampak" real" sungguh
tu enjin kapal terbang dan kereta dok berasap
Kalau fobia, mau lepas ni tobat tak naik dah kapal terobang, tapi itulah satu-satunya pengangkutan masa kini yang dapat menghubungkan satu-tempat dengan satu tempat dengan cepat berbanding kalau nak naik cup cai ke US, mau dah berjanggut baru tiba kot hehehe
Melihat kesan kemusnahan di set Boeing 747 ni, terkenang dulu masa aku kekecik . Kami tinggal di Kuaters Kastam di Tg Puteri masa tu. Satu peristiwa yang tentu masih kekal dalam lipatan sejarah negara hingga kini apabila sebuah kapalterbang MAS Boeing 737 telah meletup dan terhempas di kawasan Tg Kupang dekat gelang Patah ketika itu .
Tragedi Tg Kupang berlaku pada senja 4 Disember 1977 , 36 tahun yang lalu ketika aku berumur 10 tahun .Pesawat MH 635 telah melencong ke Singapura semasa rampasan tersebut yang akhirnya meletup di udara hingga mengorbankan hampir 100 penumpang termasuk anak kapal .
Ketika itu , aku yang tinggal di Tg Puteri dan bersekolah agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah di kawasan belakang Istana Besar Johor ketika itu. Jadi aku kan hero yang akan berjalan kaki setiap pagi untuk ke sekolah agama dari Tg Puteri yang akan merentas Bandar JB sebelum sampai ke Bukit Zaharah .
Seringkali kali ketika itu, langkah ku akan terhenti di beberapa kedai gambar ketika itu kerana ralit mengadap foto-foto yang sempat dirakamkan tentunya jurugambar mereka di kawasan kapal terbang tersebut terhempas.
Kebanyakkan foto sangat mengerikan kerana hanya cebisan-cebisan dari anggota badan mangsa yang kelihatan tersangkut di sana-sini pada ranting dan batang pokok dapat dirakamkan.Ada yang gambar tangan je, kaki je yang terputus masih tersarong di kasut dan daging terbakar dapat mereka rakamkan.
Kesemua mayat pada masa tersebut tidak dapat dikenali kerana tak sempurna langsung hinggakan pada masa tersebut semua cebisan daging dan anggota badan yang ditemui telah dikumpul dan diikat dalam bungkusan2 kecil untuk dikumpulkan .
fiuslaj atau badang kapalterbang
complete siap dengan asap kesan terbakar lagi
complete siap dengan asap kesan terbakar lagi
enjin Boeing 747
rumah yang terlibat impak dari terhempasnya kapal terbang tu
Akibat dari itu , maka pihak pemerintah masa tu telah mengambil keputusan untuk mengebumikan cebisan-cebisan tersebut dalam satu liang lahad atau lubang yang besar di Tanah Perkuburan Kebun Teh , JB ketika itu yang dimasukkan dalam 7 buah keranda .Pening jugak kerana yang pasti terdapat mangsa yang terdiri dari yang beragama Islam.
Maka akibat darurat, solat jenazah secara ghaib dijalankan dan diikuti dengan upacara keagamaan agama-agama lain ketika itu.
Akibat peristiwa tersebut, katanya penduduk sekitar Tg Kupang ketika itu fobia dan takut keluar malam kerana pelbagai peristiwa aneh dan menakutkan berlaku selepas itu di kawasan persekitaran tempat terhempasnya kapal terbang tersebut .
Ajal maut semua di tangan Allah S.W.T. Kalau dah tertulis nak mati, atas perut pun boleh mati . Cuma yang biasa aku lakukan sebelum kapal terbang "take off", aku akan mengucap 2 kalimah syahadah, berdoa dan tawakkal pada Allah S.W.T agar perjalanan dan penerbangan ketika itu sentiasa dalam perlindungan Allah .
Insyallah.
salam ziarah rezeki
BalasPadamWaalaikumsalam YB AZ
PadamAssalammualaikom wbt tuan Hj pak itam....seronok tgk gambar2 di atas....cerita di kebun teh tu sy tahu...tempat kawasan ronda2 naik basikal zaman kanak2 dulu kala
BalasPadamWaalaikumsalam MI
Padamsemua dikebumikan kat situ
Assalamualaikum Bapak,
BalasPadamSaya try jugak gugel nak tau cerita pasal tragedi Tg Kupang yg berlaku pada senja 4 Disember 1977 tu.
Kut tak sampai ari ni saya tak tau cerita pun yg kat M'sia ni pernah ada tragedi yg sebegitu.
Al-Fatihah utk semua mangsa yg terkorban.
Waalaikumsalam ibuk sham
Padamlama peristiwa tu berlaku dan menjadi sejarah hitam negara ketika itu
Salam bapak. Ni baru saya tau pasal nahas kapal terbang tu. Ngeri jugak la bila terbayang cebisan daging & anggota badan di sana sini..Allahu akbar..Al-Fatihah buat yg telah pergi.
BalasPadamErr, rampasan apa yg bapak maksudkan dalam perenggan ke 9 tu?
Waalaikumsalam ciku
Padammmg peristiwa ngeri ketika tu
menurut penyiasatan dan melalui rakaman cockpit pilot dgn menara kawalan ketika tu, mmg kapalterbang tu kena rampas , tapi tak dapat buktinya sahaja kerana semua terkorban .
disyaki dirampas oleh penganas Tentera Merah Jepun yang sama merampas di bangunan AIA KL suatu ketika dulu
salam bapak,
BalasPadamsama macam kak dinas..ni baru tau pasal tragedi tg kupang tu. belum lahir lagi tahun 77 tu...hehehe.
moralnya, mayday tu tak boleh digunapakai kalau terserempak ulaq...hehehe
waalaikumsalam anak murni
Padamhehehe bapak masa tu baru 10 tahun
kalau mayday jumpa ular, mmg mati le kena geget dulu hehehe