WARGA SCP

Rabu, November 20, 2013

ISTIADAT KONVOKESYEN ANAK POMPUAN AKU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Tanggal 18 November 2013, kami sebagai kedua ibu bapa dijemput hadir ke Istiadat Konvokesyen ke 79 UiTM bertempat di Shah Alam. Jadi sebulan sebelum tu selepas dah confirm tarikh dan hari serta sessi ke berapa melibatkan anak sulung kami, aku dah buat tempahan awal di Concorde Shah Alam kerana berdekatan dengan UiTM dan memudahkan kami ke sana awal pagi. 

Kerana tempahan awal di Concorde , maka harga biliknya diskaun banyak jugaklah. Depa panggil "early bird" punya booking. Setahu aku yang tak sekolah tinggi ni, early bird tu membawa maksud  "burung awal" hehehe

Executive Deluxe aku tempah kerana anak bongsu kami tak dapat ikut pasal tengah dok berperang dengan SPM . Tapi si akak yang memang tinggal di asrama di kampus UITM sekarang ni pulak nak tidur sama dgn mak paknya. Maka aku buat permintaan pulak untuk extra bed pula.

Kakak sekarang ni baru semester pertama untuk ijazah pertama selepas menamatkan kursus peringkat diploma tahun lepas .  Jadi hari ni, kakak akan mengulung segulung diploma dan kalau takde aral melintang , tak sampai 2 tahun lagi barulah mengulung segulung ijazah pula . Kerana dulu buat diploma pun kat UITM , jadi katanya pengajian untuk ijazah pula hanya 2 tahun kerana "credit hours" peringkat diploma dulu boleh dibawa ke peringkat ijazah pula.

Aku bab2 ni mana le tahu pasal aku pun bukan sekolah tinggi dan takde ijazah pun .



Pepagi Ahad, aku dah kayuh motor roda tiga aku . Macam biasa aku singgah ziarah pusara kedua orang tua aku dan datuk serta nenek  aku di kampung yang semuanya dah pergi menghadap ilahi. Diam tak diam arwah bapak aku dah berpuluh tahun meninggal iaitu tahun 1991 . Masa tu anak sulung aku ni dalam perut lagi baru 7 bulan.Terkenang aku masa arwah ayah aku meninggal malam tu. Aku dah terlelap . Rasanya masa tu dah nak pukul 12 malam. Bunyi motor berhenti depan pondok aku tepi hutan. Rerupanya sorang pegawai polis dari balai polis berdekatan memaklumkan pada malam tu. 

Aku kan duduk tepi hutan . Jadi masa tu mana ada telepon-telepon ni.Jadi pepehal berlaku, kena contact balai polis terdekat je.Dekat tak dekat pun , balai polis tu 25 km jugak dari pondok aku. Kebetulan koperal polis tu memang kenal aku.

Tu cerita 22 tahun sudah dan umur anak sulung aku pun laaa ni mencecah 22 tahun dan alhamdulillah dah selamat menjalani pengajian peringkat diploma .




Lepas saja dari kubur, aku koner baring ke pekan dan macam biasa kami berdua pekena satay perut yang memang terkenal di bandar Maharani . Krap krup krap krup , banyak jugak kami makan sebagai melepaskan rindu kerana bukan selalu dapat makan satay perut yang enak ni.

Dah kenyang dan dah selesai semua , sambung kayuh lagi hinggalah dalam pukul 2.00 petang jugak sampai di Concorde Shah Alam. Sedang elok la dah dan terus ke bilik . Petang tu anak sulung kami tiba dan dok bawak kami ronda pekan kecik entah apa nama kat depan UiTM tu. 

Melepaskan dahaga di restoran AP . Pasal kenyang pagi tadi dengan Satay Babat yang kami makan, maka aku dan mak itam hanya pekena soto . Pada pandangan aku rasanya biasa-biasa sahaja dan dah lah "setoet" berbanding reganya.Pada aku lebih sedap dan kick kat "warung kayu bodoh je" . Aku cakap begitu pasal aku selalu merayau dan kira banyak tahu mana tempat makan yang sedap dan mana yang tidak  kat Johor. Namun Alhamdulillah kerana dah rezeki kami petang tu berbanding negeri orang yang makan pun takde.



Petang tu lepas aku lelap kejap , aku ingat nak bercebor kat kolam renang , tapi tetiba hujan lebat pulak. Aku batalkan niat dan capai tracksuit serta kasut sukan dan terus ke gym. Sejam jugak aku kat gym mengerjakan treadmill tu hingga menjojos peluh. Kena bakar sikit kalori pasal pagi tadi pekena satay babat banyak tuuu hehehe

Tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di malam hari pasal malamnya sebagai meraikan kejayaan anak kami tu, maknya belanja "dinner" kat Melting Pot Concorde . Kami dok hantam buffet dengan pelbagai hidangan dan menu hehehehehe

Kalau tadi dok bakar kalori atas gym, ni pi tambah balik kalori bertingket-tingket hehehe

Takpalah, sesekali sebagai meraikan anak sulung kami.



Pagi Senin pukul 6.30 pagi, kami hanya ambil sarapan ringan je kat Melting Pot walaupun buffet sarapan pagi melambak pasal pukul 7 dah nak kena gerak ke UITM . Lambat takut jammed la pulak. Betul tekaan ku pasal nak masuk belok simpang UITM dari jalan besar tu punyalah sibuk dengan orang nak pi kerja dan jugak para ibubapa yang memang untuk menghadiri majlis konvokensyen anak2 mereka.

8.30 pagi , para graduan yang diraikan berarak masuk diikuti dengan perarakan membawa cokmar sambil diringi tiupan nobat berserta ketibaan Naik Cancelor UiTM . Debak gedebuk, pukul 9 jugak baru mula setelah pengisytiharan watikah untuk menyempurnakan majlis pagi ini. Semua penuh adat istiadat dan penuh dengan protokol . 

Pagi tu saja ada 4 sessi semua sekali dan tamat hampir pukul 12.00 tgh hari jugak . Kelaur je dewan , aku tengok kat depan dewan besar tu, punyalah ramai umat . Rupa-rupanya depa semua adalah jemputan dan jugak sanak saudara yang datang untuk sessi petang yang akan bermula pukul 1.00 pula.Memang hiruk pikuk pasal yang pagi tak habis keluar lagi . Tu yang aku dengar ada yang kereta tak dapat masuk dan kena parking kat Jakel . Dari situ depa dibawa ke UITM naik bas . 

Kami tak ambil masa panjang . Hanya ambil 3-4 keping gambar bersama anak kami sebagai kenangan dengan jubah dan topi konvo masih tersemat dibadannya, lepas tu terus balik ke hotel kerana nak checkout pulak . Kalau takde kucing aku Teddy dan Penny yang ditingglkan kat rumah, pasti semalam lagi kami di sini. Tulah pasal, dah takda anak kecik, maka belalah pulak anak kucing .





KL-HC , pukul 6 lebih jugak baru sampai. Punyalah letih dan mengantuk kerana dalam 2 hari memandu hampir 1000 km jugak. Tapi  its ok, bukan selalu . Kucing kami dua ekor ni yang kekadang aku panggil kambing alhamdulillah semua ok dan ceria bila kami balik.

2 hari tak jumpa, rasa rindu jugak kami dengan dua ekor kambing ni pasal melayan telatah mereka yang menghiburkan kala kami hanya tinggal berdua je . 

Alhamdulillah
Selamat pergi dan selamat kembali semula dan aku bersyukur kerana semuanya terpelihara dan dipermudahkan serta dalam perlindungan dan rahmat Allah .

Akhirkata, buat anak sulung kami, tahniah.
Perjalanan masih jauh dan teruskan mencari ilmu bukan untuk dunia sahaja, tapi yang lebih penting kerana Allah. Insyallah  dunia dapat dan akhirat yang pasti .




12 ulasan:

  1. Alhamdulillah..
    Mabrook buat si Kak Long serta tahniah jugak buat si Ayahanda & Bonda kerana telah berjaya mendidik anak hingga berjaya ke peringkat ini.
    Insya'Allah.. dengan izin Allah.. perjalanan yg seterusnya akan lebih mudah. Banyakkan doa serta tingkatkan usaha.

    P/s;
    Teringat pulak kenangan semasa hari convo yg dulu.. anak dah sorang. Siang kerja malam kelas. Hujung minggu suami pulak ke kampus. Dugaaannnn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ibuk

      perjalanan mereka masih jauh sedangkan kehidupan kita ni semakin singkat, moga mereka berjaya dunia dan akhirat, insyallah

      Lepas ni si adik pulak akan melanjutkan pelajaran pula

      Padam
  2. Alhamdulillah. Congrats untuk anak sulong pak .

    BalasPadam
  3. Salam,

    Tahniah untuk Kak Long, Mak itam & PAk itam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ibu sara

      Alhamdulillah,
      semoga perjalanan anak2 kita semua dipermudahkan Allah

      Padam
  4. Salam bapak. Tahniah untuk si kakak & jugak pada mak bapaknya sekalilah, hehe. Lepas ni konvo ambik ijazah pulak, amin.
    Teringat pulak masa bapak saya meninggal dulu, saya di Terengganu. Polis jugakla yg datang sampaikan berita sebab rumah guru kat felda tu masa tu takdak telefon. Nasib baikla sempat balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      Thanks ciku
      dedulu kalau org dok ketuk pintu memalam , dalam hati dah rasa pasti ada sesuatu yang berlaku kat kampung

      Padam
  5. Tahniah dari saya. Anak kawan saya jugak konvo pada hari isnin tapi sebelah petang dan depa menginap di rumah tumpangan saya. Pun orang johor. Rezeki kalau ada kelapangan pi lah jenguk rumah tumpangan depa yang bernama 'Batu-Batu Resort'. Boleh tengok kat website dengan nama yang sama. Dari Mersing cuma 20 minit dengan bot laju!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks uncle

      Batu Bata Resort mmg satu resort yang unik dan menarik pasal dia terletak kat "private Island" , saya tahu tempat tu tapi tak berkesempatan lagi pergi, Insyaallah suatu hari nanti pasti sampai, kalau nak pegi sana nanti, saya contact uncle minta contact person kawan uncle tu
      Dari HC ke Mersing pun tak jauh dalam sejam perjalanan je, last time saya pergi ke Sibu Island Resort pun cantik tempatnya

      Padam
  6. Firstly..tahniah untuk anak bapak...dan bapak sekeluarga. lagi 2 tahun konvo untuk ijazah pulak. so..all the best. saya pun 2 tahun lebih lagi..in shaa allah, jika diberikan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semuanya dalam menggengam segulung ijazah.

    Tempahan burung awal memang berbaloi-baloi kan..haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks anak murni

      Insyallah, moga anak murni pun dipermudahkan untuk menuntut ilmu, bapak ni tak kematol, dah tak masuk lagi kepala ni hehehe

      tempahan awal burung depa kasi disc utk bilik tu seratus lebih jugak hehehe
      tapi kena tempah 30 hari sebelum tu dan term and conditionnya tak boleh kansel macam beli tiket air asia tu hehehe

      Padam