WARGA SCP

Khamis, Mei 10, 2012

TAK NAK KAH KITA KELEBIHANNYA SEPERTI YANG DIJANJIKAN


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh (27) darjat iaitu ganjaran.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sembahyang berjemaah menyamai 25 sembahyang, maka apabila seseorang itu bersembahyang di tanah lapang yang luas, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, nescaya ia dapat menyamai sampai 50 sembahyang.
(Riwayat Abu Daud dari Abu Sa’id al-Khudri)


Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak".
(Riwayat Bukhari Muslim)


Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam.
(Riwayat Muslim)

Dapatlah dirumuskan di sini, solat berjemaah itu bukan satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut hingga ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Alhamdulillah

Banyak sebenarnya hadis-hadis Rasulullah yang ditekankan dalam mengerjakan solat berjemaah kalau kita perhatikan betul2 . Tentu sekali banyak fadilat dan ganjarannya kerana Baginda Rasulullah kerap kali memperkatakan tentangnya dan menekankannya.

Namun tuntutan kerja hari ini di dunia menyebabkan kita tidak dapat mengerjakan solat berjemaah sepenuhnya.

Sebelum membuka cerita, terlebih dahulu ku mohon keampunan dari Allah S.W.T kerana niat ku bercerita hanya untuk peringatan kepada diri ku dan tidak terniat untuk riak atau sebaliknya .

Seboleh2 aku akan pergi menunaikan solat berjemaah di masjid seperti yang disarankan oleh islam kepada orang lelaki. Namun kekadang akibat tuntutan kerja dan faktor2 yang tak dapat dielakkan, aku kekadang terlepas waktu berjemaah bersama2.


Semalam setelah selesai semua urusan dibeberapa buah tempat di sekitar HC, aku ke JB agak lewat jugak. Waktu asar belum masuk ketika itu. Keadaan lalu lintas yang sekarang begitu kritikal setiap petang selepas jam 4.30 petang di Jalan Pasir Gudang menyebabkan semalam aku begitu resah kerana ketika itu aku belum lagi berpeluang menunaikan solat asar . Nak singgah mana2 stesyen minyak berdekatan, tiada pula kelihatan kemudahan surau di premis mereka .

Aku dah terbayang surau di Jaya Jusco Tebrau City bila sahaja aku dapat keluar nanti dari kesesakkan Lebuh Raya Tak Bertol Pasir Gudang . Namun aku tersekat hampir 1 jam lebih jugak dan bergerak mengesot2 . Hanya aku mampu berdoa agar Allah permudahkan kerana takut bahana sekiranya meninggalkan solat Asar , dosanya sama seperti meruntuhkan Kaabah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Kaabah.Bayangkan betapa kita saban waktu dan masa merindui Baitullah, tapi kita seolah2 meruntuhkannya bahana terlepas menunaikan solat asar .


Akibat kesesakkan yang melampau , berlaku pulak kemalangan akibat jarak yang terlalu rapat antara mereka menyebabkan kesesakkan bertambah teruk . Aku hanya mampu memohon keampunan Allah dah minta dipermudahkan .

Alhamdulillah, aku dapat keluar dari kesesakkan hampir jam 6.30 petang lalu terus memecut ke arah JJ Tebrau City dan hanya dapat mengadap Allah bersendirian di hujung waktu asar dalam 6.45 petang . Aku hanya mampu memohon keampunan dari Allah agar diampunkan dosa kerana lambat menunaikan solat atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.


Memecut kereta kerana jarak perjalanan ke tepi hutan hampir 100 km lagi, memasuki lebuhraya E22 yang akan berakhir di Desaru . Perancangan aku nanti singgah di R&R ketika waktu magrib nanti dan dapatlah solat berjemaah tak kira dengan sesiapa kerana pahala berjemaah melebihi pahala solat bersendirian.

Seperti yang dirancang, berhenti di sana dan terus menuju ke surau yang tersedia di situ, toleh kiri kanan kerana kalau ada sorang je pun , kami dah boleh berjemaah. Rugi sangat aku rasai waktu tu kerana peluang nak tambah pahala dan ganjaran lagi 27 terlepas begitu sahaja sedangkan kemungkinan pahala itu nanti dapat membantu mengimbangi dosa2 yang aku lakukan pada hari itu yang tanpa aku sedari.

Alhamdulillah, niat ku nak berjemaah terlaksana bila aku sampai di tepi hutan hampir memasuki waktu isyak.


Coretan ini adalah peringatan dan berpesan-pesan pada diri aku yang hina dan lemah ini.Tiada niat lain . Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku. Kuatkanlah iman ku dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebenaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.

Jika aku sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki kualiti kehidupan di dunia yang sementara, maka aku kena carilah jalan yang sama untuk memperbaiki kualiti kehidupan aku selepas mati kelak kerana di situlah aku akan kekal selama-lamanya seperti janji Allah dan ketika itu pasti semua amalan terputus melainkan tiga perkara sahaja seperti sabda Rasulullah s.a.w :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi manafaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
( Riwayat Imam Ahmad)


Sekali lagi aku mohon keampunan Allah kerana coretan ini sebagai peringatan buat diri ku insan yang lemah dan hina di sisi Allah dalam mempersiapkan diri menghadapi saat2 kembali nanti yang entah esok lusa yang hanya Allah Maha Mengetahui.

Ya Allah, permudahkanlah hamba mu ini dalam apa jua urusan .


* aku suka sekali walaupun berada seketika di bumi dalam foto2 yang terdapat di atas kerana lihatlah betapa banyakkan masjid yang terletak berdekatan antara satu sama lain yang memberikan kemudahan untuk jemaah menunaikan solat .

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yob,

    Kalau ramai org lelaki berkesedaran seperti Yob ni, tentu surau dan masjid kita selalu penuh! Tima kasih dgn entry yg memperkayakan ingatan kita pd kelebihan solah berjemaah ni.Rugiiiiiilah sapa yg tak amalkannya!

    Tentang gambar2 Istanbul kat sini, SubhanaAllah, cantik2. Selain Makkah dan Madinah, Istanbul antara bandar yg saya kagumi kerana terdapat masjid yg cantik2 dan bersejarah. Satu ari saya komen pd suami kenapa masjid di Anadolu (Istanbul belah Asia) tak sebanyak di belah Eropah. MR T kata, belah Eropah tu dulu pusat pemerintahan Uthmaniah. Sultan2 bina banyak masjid dan surau utk kemudahan rakyat bersolat. Dan lelaki yg tak solat jumaat kena besit! Allah cucuri rahmat ke atas Sultan2 yg menjalankan kewajiban mereka sebagai Khalifah!
    Thanx for this entry! Cok guzel!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak

      sebagai insan biasa, saya cuba berubah ke arah kebaikkan dan sekadar coretan kpd diri sendiri akan tak lupa dan alpa

      memang Istanbul pada saya begitu indah luaran dan dalaman kerana di situ dahulu ramai para aulia' dan anbia' yg memperjuangkan islam , namun jangan faktor kemodenan menyebabkan mereka terpaksa menghadapi masalah seperti suatu masa dulu zaman bawah kamal attarturk

      Padam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    sukarnya untuk mengejar 27 darjat itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      memang tuntutan kehidupan dan kerja terutama di kota raya menyebabkan ia agak sukar , namun dalam kesukaran tersebut, pasti ada kemanisannya bila dapat mengapainya

      insyallah

      Padam
  3. Assalam bapak,
    masyaAllah cantiknya pemandangan Istanbul..

    hmm ngeri apabila mengingatkan 'dosa meruntuhkan kaabah' tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      memang indahkan yg menyebabkan kalau diizinkan Allah, pasti bapak nak ke sana lagi menerokai buminya yg penuh peninggalann sejarah

      Padam