WARGA SCP

Khamis, Oktober 21, 2010

MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR

ALHAMDULILLAH

TARIKH : 20102010
MASA : 8.00 PAGI - 9.00PAGI
LOKASI : TEPI HUTAN
SITUASI : KEADAAN BERJEREBU YG TEBAL
PELAKON TAMBAHAN : POKOK PINANG

MATAHARI KELIHATAN SURAM DAN BERSEDIH,
SEOLAH-OLEH MERATAPI SEBUAH PEMERGIAN
PEMERGIAN YANG TAK DIDUGA SAMA SEKALI

TAPI PADA HAKIKATNYA
JEREBU TEBAL YANG MENYEBABKANNYA
TANGAN-TANGAN MANUSIALAH JUGA
YANG MENYEBABKAN KEMUSNAHAN DI MUKABUMI INI

"JEREBU" DI DUNIA TAK SEHEBAT "JEREBU" DIAKHIRAT KELAK
JANGAN LUPA KEKAWAN SEKALIAN,
MARI KITA TAMBAH SEDIKIT AMALAN KITA DENGAN SOLAT SUNAT ISRAK DAN SELEPAS WAKTUNYA PULA DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA.
AGAR HATI TENANG DAN TIDAK BERJEREBU


LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH YANG MENTADBIR SELURUH SEKALIAN ALAM
ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR










NI PUN JEREBU JUGA
TAHAP TAK SIHAT
INDEKSNYA CECAH 850
KALAU TAK JEREBU
TERANG NAMPAK IKAN TU



20 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Kena pakai mask kalau buat kerja luar. Bahaya tu!

    Di Trg pulak bermula musim tengkujuh, kena duk dalam rumah aje lah.

    BalasPadam
  2. Salam Pak itam...

    Tiap2 hari mesti baca n3 pak itam sebab boleh buat saya senyum2 hahaha...

    tahniah pak itam..cantik gambar matahari dicelah2 pokok tu...

    Pelakon tambahan pokok pinang pun hebat jugak...heheh

    BalasPadam
  3. jerebu masak asam pedas... mak itam masak apa pun mesti sedaaaaaaappp!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum CR...

    terima kasih kerana mengingatkan akak yg terlalai seketika untuk sunat dhuha...

    malam tadi hubby ummi mohon bantuan dr zaujah n anak2nya " tolongler , nie abah minta tolong ,siap cepat , jap lagi pukul 8.10 minit mlm kita bergambar sama2 , coz jam 8.10 bersamaan pukul 20.10 min pada tarikh 20/10/2010 "
    haaa kelam kabut semua kena bersiap sedia....

    ok nk gi amik wuduk nie

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Ayoyo..cantik sungguh keindahan ciptaan Tuhan

    Tp pak itam pls explain apa pulak kena mengena mentari merah dgn asam pedas tuh uwaaa..merah memang ler sama..tp motif? hehehe..

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Buah pinang tu nampak cam buah kurma la pulak... hehehe

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Sekolah di Muar kena tutup hari ini. Semakin teruk jerebu di Muar dan Melaka sekarang.

    Terima kasih dengan peringatan ini. Moga kita bertembah dekat denganNya.

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Teruk juga jerubu di selatan yer..kat KL lom lagi..jaga diri jaga kesihatan..kurangkan aktiviti luar ..

    BalasPadam
  9. Salam bapak itam,

    W/pun berjerubu, gambar yg bapak itam tembak tetap mantop...jelesnya dgn kebolehan pak itam. Boleh buat duit tu pak itam...betambah2 rezeki.

    Tp shot yg last tu anti klimaks betul le...tengah sedap2 menghayati mentari pagi, tetiba...

    BalasPadam
  10. Salam.

    Hai asam pedas. Hari ni pekena asam pedas ikan pari.

    BalasPadam
  11. Waalaikumsalam ibu

    kalau saya pakai mask dah mcm zorro pulak hehehe

    BalasPadam
  12. Waalaikumsalam shami

    alhamdulillah,
    bacalah sementara pak itam masih mampu menulis dan berkarya
    esok lusa tak tahu lagi

    saya mmg suka ambik gambar celah2 pokok ni hehehe

    BalasPadam
  13. kog

    alhamdulillah, sodapppppp hehehe

    BalasPadam
  14. Waalaikumsalam kak ummi

    mengingati diri sendiri sebenarnya

    wah, ummi rakam potret keluarga ya
    mesti istimewa

    BalasPadam
  15. Waalaikumsalam syima

    nasib baik syima tanya motif, kalau minta sekali dgn DNA , mati pak itam

    hehehe

    BalasPadam
  16. Waalaikumsalam tikah

    buah pinang kacuk kurma tu hehehe

    BalasPadam
  17. Waalaikumsalam kak zakie

    sekadar saling ingat mengingati sesama islam

    BalasPadam
  18. Waalaikumsalam kak sidah

    nampaknya semakin teruk jerebu di sini

    suasana siang mcm kelam je

    BalasPadam
  19. Waalaikumsalam kak ina

    menembak sekadar suka2 je kak hehehe

    tetiba .... heheh
    keluar pulak mentari merah dalam mangkuk hehehe

    BalasPadam
  20. Waalaikumsalam abg sulong


    heheheheh kalau ikan terubuk masak asam pedas, alangkah enak

    adoiiiii

    BalasPadam