WARGA SCP

Ahad, Disember 18, 2011

KOTA SINGA PART 4 : BEREHAT DAN BERLUNJUR

mem itam tgh kusyuk baca novel

ALHAMDULILLAH

Walaupun hotel ini dibangunkan oleh bukan orang islam, namun petunjuk arah kiblatnya terdapat di dalam bilik hotelnya. Terpampang anak panah menunjukkan arah kiblat diletakkan di dalam laci meja solek . Arah kiblat yang diletakkan pasti tak beralih kerana ia jenis lekapan ke dinding .

Aku dah terbayang kesejukan kolam renangnya yang begitu besar sekali dan siap dengan pasir halus putih seakan2 di tepi kepulauan Caribean . Macam biasa baju dan seluar berkubang aku bawa kerana aku nak berkubang kat bawah nanti.Sempat aku merakamkan beberapa keping foto dari balkoni bilik ku sebelum kami turun ke bawah .



Cari port baik punya tempat kami nak melunjur nanti . Sambil tu macam biasa mak itam dengan sebuah novelnya yang akan menemaninya sementara aku membobok dalam kolam renang nanti. Tapi sebelum tu, aku sempat merakamkan beberapa foto menarik sekitarannya.

Berada di kolam renangnya yang aku rasakan seluas beberapa ekar juga dengan pasir putih halus yang diletakkan serta pokok2 kelapa seakan2 berada di tepian pantai. Sungguh kreatif sekali arkitek yang membinanya .


kawasan pantai landai tak dalam sesesuai untuk anak2

Agenda seterusnya, biasalah menyelam dan membobok dalam air .Habis semua aku selam dan menguak dalam air . Sejam juga aku berenang namun apabila "sotong-sotong kurita" telah mula memenuhi kawasan kolam selepas itu, aku pun ajak anak aku naik dan menamatkan aktiviti riadah kami petang ni .

Takkan aku nak berenang dengan memejamkan mata ku pula macam orang buta, karang lain pula jadinya hehehe





kalau rajin boleh berenang menyusurinya


Apabila berada di tempat2 orang sebegini, terus terang aku katakan itulah cabaran yang perlu dihadapi. Bukan nak kata aku ni baik, tapi seboleh2 aku cuba menjaga pandangan mata dan hati. Kalau dulu masa aku memuda remaja, pasti terjojol bijik mata hehehehe

Moga Allah S.W.T mengampunkan dosa2 ku yang lalu

Pernah suatu ketika dulu , Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie yang ketika itu masih remaja kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya itu dengan kegelapan maksiat".

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud:

"Kami tidak mampu untuk bangun malam untuk beribadat".
Jawab Ibnu Masud:
"Dosa kamu menjauhkan kamu daripada beribadat di waktu malam".


Dosa juga boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Walaupun memandang sesuatu "seperti itu" tergolong dalam dosa-dosa kecil, tapi cubalah kita elakkan kerana kecil2 pun kalau dikumpul pasti nanti setinggi gunung dan takut tak terbawa nanti diakhirat kelak.

Jumaat, Disember 16, 2011

KOTA SINGA PART 3 : RWS

ALHAMDULILLAH

2.30 petang , aku tinggalkan kawasan Orchard Road untuk menuju ke Resort World Singapore (RWS) yang terletak di Pulau Sentosa .

Sebenarnya mulanya kami bercadang nak bercuti di Hard Rock Hotel Penang , tapi memikirkan nak memandu berjam2 ke sana dan nanti nak balik pun sama, akhirnya kami pilih untuk ke RWS Singapore sahaja kerana 30-60 minit dah sampai dari rumah ku .

Perut dah kenyang , menu makan tengahari kami hanya di McD Lucky Plaza yang terletak di Orchard Road. Tanggungjawab dengan Allah pun telah dilaksanakan . 20 minit memandu dah sampai ke Pulau Sentosa yang terletak di bahagian kawasan Jurong.

Kerana kami telah membuat tempahan, jadi bayaran masuk ke Pulau Sentosa semua percuma . Kalau tidak, kereta dan individu sekali dikenakan bayaran. Hanya perlu menunjukkan salinan tempahan bilik hotel kepada penjaga di gantri masuk ke Pulau Sentosa .Semua dilakukan secara "online".

Sungguh mudah sekarang kerana "dunia tanpa sempadan" tapi pastikan Islam dan agama kita mesti dijadikan sempadan agar kemudahan internet yang menawarkan "dunia tanpa sempadan" tidak kita salah gunakan untuk tujuan yang tidak baik dan mendatangkan dosa pula .

asal tempahan satu katil besar king size
tapi kerana tiada kekosongan
2 katil besar queen saiz pun sudah memadai
kerana kami bertiga je ,
jadi tak payah nak membazir untuk 2 bilik

aku kidnap kejap tuala dan sabun ni
dari bilik mandi
letakkan atas katil
kerana aku nak ambil fotonya
menarik sekali susun aturnya dalam gitar

RSW ni besar sangat yang dibangunkan oleh syarikat negara kita mengandungi beberapa buah hotel seperti Festive Hotel, Hard Rock Hotel, Michael Hotel serta Crockfords Tower.

Di sini juga teletaknya Universal Studio Singapore (USS).Kami tak berniat nak masuk ke USS kerana telah pernah berkunjung ke USS beberapa bulan lepas . Pilihan kami ialah nak meneroka Kota Singa dengan menaiki MRT mereka yang sungguh effesian sekali menghubungkan semua tempat di Kota Singa ini.


bilik air yang cantik serba moden
terpisah 3 bahagian

Hard Rock Hotel menjadi pilihan penginapan kami nanti ketika di sini dengan pilihan bilik deluxe pool view yang tentu sungguh indah dan banyak memberikan ku ilham nanti untuk merakamkan foto2 menarik sebagai koleksi ku dari balkoni bilik kami di tingkat 5 .

Bilik yang disediakan sungguh selesa dengan tilam yang begitu empuk dan bilik air yang luas serba moden seiring dengan jenama yang dibawanya . Kemudahan safety box tersedia disamping tv plasma dengan siaran satelit dan juga kemudahan2 lain membuatkan kami seperti di rumah sendiri. Aku bersyukur kerana semua itu semuanya adalah nikmat dari Allah sebenarnya buat ku yang tidak dapat aku dustakan.

Teringat aku sepotong ayat Al Quran dalam Surah Ar-Rahman ayat 29 dan 30:

"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "

Dan dalam Surah Hud, ayat 6 pula Allah S.W.T berfirman :

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya"

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T yang memberikan kami nikmat dunia ini sebagai pinjaman sementara hayat dikandung badan dan agar kami tidak leka akan nikmat2 yang Allah kurniakan ini yang hanya bersifat sementara kerana tiada kenikmatan yang sangat bernilai di dunia ini sebenarnya selain syurga.

Firman Allah dalam Surah Ar- Rahman ayat 26 hingga ayat 28:

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa.
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
"

Insyallah

tea & coffee facilities

lepak2 kat kerusi sambil baca kitab tajul muluk

Dari balkoni bilik kami
indah sungguh

Khamis, Disember 15, 2011

KOTA SINGA PART 2 : AMBILLAH YANG BAIK SEBAGAI PEDOMAN

ALHAMDULILLAH

Banyak yang negara kita serta rakyat kita sebenarnya boleh mempelajari dari Singapura. Bukan niat ku untuk mengagong-agongkan negara lain dari negara tempat tumpah darah ku sendiri. Tapi tidak salah jika kita mengambil sesuatu yang baik sebagai contoh manakala yang tak baik kita jadikan sempadan .

Macam baru2 ni ketika membaca di sebuah kolum akhbar harian , disuarakan di situ keluhan pengguna jalanraya di Lembah Klang atau lebih tepat lagi di KL yang rata2 mengeluh keadaan jalanraya yang tidak mencapai tahap seperti sebuah bandaraya kerana lubang sana, lubang sini, korek sana, timbus sini .

Tu belum lagi hari ni baru siap tar jalan , esok dah ada pulak yang korek sana sini nak tanam tak apa2 yang macam pihak berwajib takda perancangan langsung .

Rasanya kat mana2 tempat kita ni masalahnya tetap sama , cuma nampaknya kritikal di bandar2 besar seperti KL , JB .

Tangs Orchard Road
kalau sapa minat ,
set pinggan Correle murah 100-200 dari di KL

persimpangan Scott Road dgn Orchard Road
di mana terletakknya Masjid Al Falah

Lalu penulis kolum tersebut menyarankan agar kita mengambil contoh keadaan jalanraya di kota Bangkok atau Jakarta kerana katanya kalau nak bandingkan dengan di Singapura adalah terlalu sukar bak langit dengan bumi.

Itu kita mesti mengakuinya kerana tanyalah secara jujur rata2 pemandu di KL, apa pendapat mereka tentang jalanraya di KL.

Tu sebab aku boleh bagi A+++++ pada kondisi jalan di singapura ni tak kira ceruk mana sekali pun . Tadke la aku bawa motor roda tiga asyik nak terbrek dan mengelak lubang je berbanding kat negara sendiri . Kekadang terpikir juga, tak kasihankah mereka kepada penunggang motosikal ni yang kerap terbabit dalam kemalangan akibat keadaan jalan yang sebegitu.


SLE means Seletar Express Way
salah satu highway percuma dari kebanyakkan highway di sini

Kesempatan yang Allah kurniakan pada ku untuk mengembara di muka bumi ini menunjukkan banyak sebenarnya yang kita perlu pelajari dan perbaiki untuk kesejahteraan rakyat sebenarnya.

Kesempatan ku dulu berkunjung di Afrika Selatan suatu masa dulu menunjukkan jalanraya di sana lebih baik kualitinya tak kira di pendalaman sekali pun berbanding negara kita sedangkan Afrika Selatan suatu masa dulu merupakan negara Dunia ke 3 berbanding kita yang nak menuju taraf negara maju.




Penjaja ais cream di kaki lima Orchard Road

Apabila disuarakan, banyak sangat alasan yang diberikan kenapa kita tak boleh sampai ke tahap itu . Kekadang timbul pula cakap2 yang:

"Singapura kecil je "

Tapi KL pun bukan sebesar mana pun. Rasanya masalah rakyat ni dah berlarutan dan macam takda kesudahan .

Tentu juga timbul cakap2 yang keadaan jalan kita seperti lebuhraya baik dan bertaraf dunia , tapi kalau nak bandingkan dengan negara lain, jalan biasanya je dah sama taraf dengan lebuhraya kita .

Tapi ada juga lebuhraya tol berbayar kita yang teruk dan tak mencapai tahap lebuhraya pada ku macam lebuhraya ............. yang tak rata dan banyak sangat yang pecah dan berlubang di sana sini walaupun baru saja dibuka tak berapa bulan hinggakan laporan audit negara baru2 ini ada membangkitkan tentang perkara tersebut akibat pembuatannya yang tidak menepati spesifikasi dan turapannya pula tidak mencukupi ketebalan yang sepatutnya.

Kenapa berlaku begitu, bak kata Nabil Raja Lawak "Lu Pikir La Sendiri" hehehe

Kenapa berlaku sedemikian sedangkan pengguna yang menggunakannya perlu membayar harga yang tinggi, tapi tak setimpal sedangkan lebuhraya di Singapura pula percuma dan tiada tol . Yang perlu dibayar hanya ERP bagi zon2 tertentu ketika waktu2 puncak sahaja bagi mengelakkan kesesakan.

Macam aku cakap tadi, sesuatu yang baik perlu kita ambil dan pelajari demi kesejahteraan rakyat kita .Tak kiralah dari pihak mana sekali pun pemimpin2 tersebut berada samada pihak kerajaan atau pembangkang, tapi janganlah asyik berpolitik sahaja siang malam sehinggakan keperluan dan kesejahteraan rakyat diabaikan kerana apabila di akhirat kelak , golongan ini dahulu akan dipersoalkan nanti .

Memetik sepotong ayat Al Quran dari surah
Surah al-A'raf, ayat 129 :

Firman Allah bermaksud:

"Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah di atas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan."

Disokong oleh hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apa yang dipimpinnya."

Paragon Shopping Compleks


ERP 0.50 sen bila memasuki Orchard Road waktu puncak
untuk mengelakkan kesesakkan
jadi yang nak berjimat tak perlu masuk ke sini

Janganlah salah faham pula akan bebelan ku di sini kerana aku menegur kerana sayangkan negara ku dan aku juga mahu melihat negara ku mencapai tahap kemajuan dari segala segi dan bukan hanya ditakuk lama .

OK, aku tinggalkan cerita dan senerio di atas . Biarlah mereka sebagai pemimpin memikirkan kerana aku hanya seorang pemimpin rumahtangga sahaja yang tentu akan dipersoalkan juga kelak bila tiba hari pembalasan kelak.

Tengahari ni kami sempat meronda2 di Takashimaya , nak kata shopping sakan takde la, tapi adalah 2-3 barang yang berkenan di hati mak itam yang tiada di negara kita dan setelah "diconvert" dengan RM masih berbaloi untuk membelinya . Lagi pun discount dalam 20-30 % juga dari rega asal kerana "krismas sale".Aku pula hanya cuci2 mata je , bak kata orang "window shopping" kerana aku lebih leka melayan dslr merakamkan persekitaran Orchard Road .

Puas di Takasyimaya, lantas ke Tangs dan Isetan pula diseberang jalan . Nasib baik Isetan, kalau Al Syaitan hehehehe

tak mau bapak masuk,
bahayaaaaaaaaaaaaaaaaa hehehe

Rabu, Disember 14, 2011

KOTA SINGA PART 1 : NYEBERANG TAMBAK

ALHAMDULILLAH

Dulu semasa kecil tengah terkinja-kinja masa tu , aku sering memandang Kota Singa dari kejauhan semasa aku tinggal di kuarters kastam Tanjung Puteri . Kekadang aku rasa kalau berenang tentu sampai ke sana , tapi tak tahu le bila sampainya. Hanya seberang tambak je .

Aku pun tak tahu apa yang ada di Kota Singa. Tapi yang aku tahu seminggu sekali bapa ku dan ibu pada hari minggu tak kerja akan ke Kota Singa kekadang hanya nak beli buah epal dan laici tin sahaja.Jarak Woodlands dengan Tanjung Puteri hanya sepelaung sahaja . Bayangan motor cub cai arwah terbayang dalam kepala ku dan masih kekal dalam ingatan ku walaupun peristiwa itu telah berpuluh tahun berlalu.

Hanya itu sajalah yang arwah termampu beli dengan gaji ketika itu sebagai kakitangan awam yang tak seberapa disamping menyara bilangan adik beradik yang ramai. Tapi kami tak pernah kebuluran kerana berkat dari duit gaji yang diterima .

Aku memang cukup "tabik" dengan arwah ayah ku kerana jika sekarang ramai mengatakan kakitangan awam beruniform yang dikatakan terlibat dengan gejala rasuah, tapi arwah ayah ku dapat menghindari semua itu ketika itu .Tu sebab ia hanya mampu memiliki sebuah motor cub cai je hinggalah ia bersara .

Sedikit perkongsian dari ku untuk kita ambil sebagai iktibar , perbuatan rasuah amat dilarang keras sama sekali oleh syariat Islam hinggakan ia dihitung sebagai suatu dosa besar.

Memetik sepotong ayat Al Quran
dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177 yang bermaksud:

“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”

Nabi S.A.W. pula bersabda:

“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.


Namun begitu kehidupan kami masa tu takda lebih dan takde kurang kerana masih cukup makan dan tinggal pula di kuarters kastam yang hanya punya dua bilik kecil .

Seingat aku masa tu kakitangan awam takda bonus hujung tahun macam sekarang . Hanya sesekali ayah mendapat sedikit ganjaran dari kerajaan yang dipanggil "reward" hasil rampasan dari para penyeludup yang dapat ditumpaskan oleh pasukannya . Wang tersebut akan dimasukkan sekali dalam gaji selepas barangan yang dirampas telah selesai segala proses menurut undang2 dan akhirnya dilelong oleh pihak kerajaan.

Itu pun hanya 300-400 ratus je walaupun rampasan berjumlah ratusan ribu ringgit . Tapi masa tu nilai wang sangat tinggi berbanding sekarang.


Semasa aku menyeberangi Tambak Johor seminggu yang lalu , segera ingatan ku kembali berputar mengingati peristiwa semasa tinggal di Tanjung Puteri.

Kali ini kami memilih Kota Singa untuk percutian hujung tahun kami . Melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam dengan begitu lancar sekali kerana ketika itu bukan waktu puncak dan terus menuju ke Orchard Road . Masih ada waktu 2-3 jam lagi sebelum check in hotel jam 3.00 petang nanti .


Segala2 ada di Orchard Road . Deretan pusat membeli belah dan yang paling penting Masjid Al Falah di Scott Road di persimpangan Orchad Road depan Paragon memudahkan kami menunaikan tanggungjawab yang dipikul nanti . Motor roda tiga ku seperti biasa ku letakkan di aras atas Meritus Mandarin lalu kami pun memulakan langkah kami :

"Kembara di Kota Singa"

Selasa, Disember 13, 2011

I'M BACK

ALHAMDULILLAH

Setelah berhari2 juga bermusafir mengukur jalan, hari ni betapa nikmatnya dapat peluk bantal peluk busuk kat rumah. Kepenatan memang terasa , tapi mengembara di bumi Allah ni merupakan suatu nikmat yang Allah kurniakan untuk ku mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang Allah ciptakan dan juga dari apa yang manusia binakan .

Yang pasti ciptaan manusia memang pasti tidak dapat menandingi langsung ciptaan Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya.


Surah Al Baqarah ayat 117

بَدِيْعُ السَّمَاوَاتِ وَ الْأَرْضِ وَ إِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ

"Yang mencipta semua langit dan bumi dengan tak ada bandingan. Dan apabila Dia telah menentukan sesuatu, Dia hanya berfirman kepadaNya Jadilah ! Maka diapun terjadi."


Alhamdulillah ,
syukur ke hadrat Allah yang tak terhingga kerana kami semua sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah , selamat pergi dan selamat kembali dan semua dipermudahkan.

Ok,

layan jelah beberapa keping gambar dulu ,
nanti esok lusa akan aku coretkan ceritanya nanti






Ahad, Disember 04, 2011

FILTER KEHIDUPAN

UV Filter Hoya 72 mm untuk lensa 18-200

ALHAMDULILLAH

Filter dalam istilah inggeris atau penapis dalam istilah melayu.

Dalam dunia fotografi, ia memainkan peranan yang boleh dikira penting juga untuk menghasilkan foto yang menarik . Terdapat pelbagai jenis filter hingga beratus2 jenisnya . Namun yang kira agak "wajib" antaranya ialah UV Filter dan CPL Filter.

UV Filter bertindak sebagai penapis kepada sinaran matahari agar tidak menerobos ke dalam lensa kamera hingga menghasilkan satu cahaya yang kuat. Kekadang dia juga bertindak sebagai pelindung kepada cermin lensa asal agar tidak kotor dan bercalar .yang tentunya harga lensa tersebut agak mahal hingga mencecah ribuan ringgit.Kalau dah bercalar, pasti akan meninggalkan kesan selamanya .

Manakala CPL Filter pula lebih kepada foto landscape untuk menjadikan awan kelihatan lebih menarik dan kebiruan .

Harga sesuatu filter juga bergantung pada jenama yang antara jenama yang memberikan impak yang bagus ialah B+W buatan German dan Hoya pula buatan Japan. Namun harganya juga boleh tahan bagus juga .

Hoya antara jenama yang boleh dipercayai

CPL Filter 72mm untuk lensa 18-200

Apa yang nak aku kongsikan sedikit pagi ni ialah kaitan filter dalam kehidupan kita seharian . Dunia hari ini semakin mencabar dan menggoda dengan pelbagai salah laku yang sering kita baca saban hari. Isu rasuah , kecurangan dalam rumahtangga, salah laku dan pelbagai lagi dah semacam menjadi budaya dalam hidup masyarakat hari ini yang membelakangkan pegangan agama hanya semata2 kerana nafsu .

Terdapat segelintir suami atau isteri yang curang ke atas pasangan masing2. Pekerja2 pula curang ke atas amanah yang diberikan tak kiralah peringkat atasan atau bawahan. Pemimpin2 juga samada yang berjawatan atau tidak pula curang ke atas golongan marhaen yang memilih mereka dan banyak lagi kalau nak dicatatkan satu persatu.

Semuanya bertitik tolak dari hati dan juga nafsu sebenarnya. Tu sebab jangan terperanjat kerana salah laku yang berlaku tidak mengenal insan samada yang beragama atau tidak, yang bersongkok atau sebaliknya dan juga yang telah menunaikan rukun ke 5 atau tidak.

Kenapa ia berlaku.

Kerana filter atau penapis di dalam hati kita sering "bocor" dan terpesona dengan bisikkan syaitan dan iblis . Kita tidak dapat "menapis" segala pujuk dan cumbu rayu nafsu agar melakukan perkara2 yang bertentangan .

Mengapa filter hati kita bocor.

Pelbagai sebab sebenarnya, antaranya kita terleka dan tak "cuci" setiap masa dengan cahaya keimanan dan cahaya ketakwaan . Sebenarnya hati kita mesti selalu dibajai setiap masa agar kita tidak terleka dan terlupa. Dari situlah, kita semacam membina "satu penapis" atau filter yang semakin kuat dan utuh dan sentiasa ingatkan dosa jika ada bisikan2 syaitan yg mengajak kita kepada kemungkaran .

Kalau berlaku kebocoron pada filter hati dan kehidupan, segeralah perbaikinya dengan cahaya keimanan dan ketakwaan kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Jangan biarkan filter kehidupan kita terus bocor dan akhirnya tidak dapat diperbaiki lagi kerana ketika itu saat "rumah kata pergi, kubur kata mari" telah berkumandang.

Daripada Anas bin Malik berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu."


Setelah itu, kita pastikan agar "filter" kita terus kukuh dan utuh agar tidak berlaku lagi kebocoran dan insyallah selamat kita dunia dan akhirat.

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari ku buat diri ku dan juga pembaca sekalian untuk kebaikan kita bersama .

Insyallah


foto yang tak seberapa dari hasilan ku
menggunakan filter CPL
tapi setting juga kena betul dan sesuai
tak boleh harapkankan filter sahaja

begitu juga dengan kehidupan kita
. . .


hasil yang menggunakan filter CPL
tapi setting juga kena betul



Sabtu, Disember 03, 2011

AKU MASIH SETIA DI SINI

"GOLDEN HOUR"
hanya beberapa minit sahaja
sebelum ia melabuhkan tirainya


ALHAMDULILLAH

Tatkala sang matahari bakal menutup tirai siangnya,
aku sempat merakamkan saat2 indah di belakang pondok usang ku di tepi hutan.

Terus terang aku katakan yang aku sungguh gembira ketika berada di teratak usang ku di tepi hutan ini. Jika tidak, masakan aku betah tinggal di sini hampir 22 tahun . Hanya hujung minggu sahaja baru ku pulang ke pekan HC sedangkan hari2 lainnya aku menghabiskan sisa2 kehidupan ku sini.

Suasana kehijauan masih kelihatan di sini dengan udara yang segar lagi nyaman . Tiada hiruk pikuk kenderaan , tiada pencemaran . Namun segala keperluan asas semuanya tersedia berbanding 22 tahun yang lalu masa aku menjejakkan kaki ku ke sini .

Sesekali kelibat babi hutan yang tersesat mencari makan menghampiri pondok usang ku kerana berdekatan dengan hutan kecil dan paya . Jika dulu aku sering terserempak dengan lipan bara yang sebesar jari kaki , tapi kini tiada lagi .

Mungkin juga lipan tersebut telah berhijrah ke bandar2 besar mencari rezeki sedangkan aku masih terus setia di sini.

Sesekali hujan lebat yang turun menyebabkan dapur usang ku dibanjiri air melalui celahan atap yang telah usang dimakan usia, namun aku tetap setia di sini .

Terima kasih Allah kerana aku bisa lagi menatap keindahan alam semulajadi mu berbanding insan2 lain di kota2 batu .