mem itam tgh kusyuk baca novel
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Walaupun hotel ini dibangunkan oleh bukan orang islam, namun petunjuk arah kiblatnya terdapat di dalam bilik hotelnya. Terpampang anak panah menunjukkan arah kiblat diletakkan di dalam laci meja solek . Arah kiblat yang diletakkan pasti tak beralih kerana ia jenis lekapan ke dinding .
Aku dah terbayang kesejukan kolam renangnya yang begitu besar sekali dan siap dengan pasir halus putih seakan2 di tepi kepulauan Caribean . Macam biasa baju dan seluar berkubang aku bawa kerana aku nak berkubang kat bawah nanti.Sempat aku merakamkan beberapa keping foto dari balkoni bilik ku sebelum kami turun ke bawah .

Cari port baik punya tempat kami nak melunjur nanti . Sambil tu macam biasa mak itam dengan sebuah novelnya yang akan menemaninya sementara aku membobok dalam kolam renang nanti. Tapi sebelum tu, aku sempat merakamkan beberapa foto menarik sekitarannya.
Berada di kolam renangnya yang aku rasakan seluas beberapa ekar juga dengan pasir putih halus yang diletakkan serta pokok2 kelapa seakan2 berada di tepian pantai. Sungguh kreatif sekali arkitek yang membinanya .

kawasan pantai landai tak dalam sesesuai untuk anak2
Agenda seterusnya, biasalah menyelam dan membobok dalam air .Habis semua aku selam dan menguak dalam air . Sejam juga aku berenang namun apabila "sotong-sotong kurita" telah mula memenuhi kawasan kolam selepas itu, aku pun ajak anak aku naik dan menamatkan aktiviti riadah kami petang ni .
Takkan aku nak berenang dengan memejamkan mata ku pula macam orang buta, karang lain pula jadinya hehehe
Takkan aku nak berenang dengan memejamkan mata ku pula macam orang buta, karang lain pula jadinya hehehe
kalau rajin boleh berenang menyusurinya
Apabila berada di tempat2 orang sebegini, terus terang aku katakan itulah cabaran yang perlu dihadapi. Bukan nak kata aku ni baik, tapi seboleh2 aku cuba menjaga pandangan mata dan hati. Kalau dulu masa aku memuda remaja, pasti terjojol bijik mata hehehehe
Moga Allah S.W.T mengampunkan dosa2 ku yang lalu
Pernah suatu ketika dulu , Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie yang ketika itu masih remaja kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:
Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya itu dengan kegelapan maksiat".
Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud:
"Kami tidak mampu untuk bangun malam untuk beribadat".
Jawab Ibnu Masud:
"Dosa kamu menjauhkan kamu daripada beribadat di waktu malam".
Jawab Ibnu Masud:
"Dosa kamu menjauhkan kamu daripada beribadat di waktu malam".
Dosa juga boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".
Walaupun memandang sesuatu "seperti itu" tergolong dalam dosa-dosa kecil, tapi cubalah kita elakkan kerana kecil2 pun kalau dikumpul pasti nanti setinggi gunung dan takut tak terbawa nanti diakhirat kelak.
Assalamualaikum - best nya...sungguh malang kami tak berkesempatan ke sini lagi...USS pun ntah bila nak gi ! insyaAllah coming soon
BalasPadamwaalaikumsalam cikgu
BalasPadamsekrg ada tarikan baru di USS seperti tranformer tapi tiket rasanya naik sikit hehe
Assalam Pak Itam ni laut buatan di mana ni? Pool utk HRH ke?
BalasPadamwaalaikumsalam FM
BalasPadampool HRH , besar sangat
Salam Rezeki
BalasPadamNi kat hotel mana ni, boleh gi next time.. Selalu lepak lt JB je bila ke Spore. Good info tentang MRT, memang ingat nak explore dgn MRT je. Hari tu jengah JPO, ramai org dan cukup sesak.
Tahniah dgn kejayaan anak dlm PMR.
Wassalsm.
waalaikumsalam datin
BalasPadamHard Rock Hotel RWS
Kami hari tu singgah JPO seminggu sebelum dirasmikan masa nak balik KL kerana kebetulan dia tepi highway
kira kami dah rasmikan dulu , takde beli apa , just ambil gambar je buat koleksi
Alhamdulillah
sedikit kejayaan dari Allah buat anak2 kita