WARGA SCP

Ahad, Disember 04, 2011

FILTER KEHIDUPAN

UV Filter Hoya 72 mm untuk lensa 18-200

ALHAMDULILLAH

Filter dalam istilah inggeris atau penapis dalam istilah melayu.

Dalam dunia fotografi, ia memainkan peranan yang boleh dikira penting juga untuk menghasilkan foto yang menarik . Terdapat pelbagai jenis filter hingga beratus2 jenisnya . Namun yang kira agak "wajib" antaranya ialah UV Filter dan CPL Filter.

UV Filter bertindak sebagai penapis kepada sinaran matahari agar tidak menerobos ke dalam lensa kamera hingga menghasilkan satu cahaya yang kuat. Kekadang dia juga bertindak sebagai pelindung kepada cermin lensa asal agar tidak kotor dan bercalar .yang tentunya harga lensa tersebut agak mahal hingga mencecah ribuan ringgit.Kalau dah bercalar, pasti akan meninggalkan kesan selamanya .

Manakala CPL Filter pula lebih kepada foto landscape untuk menjadikan awan kelihatan lebih menarik dan kebiruan .

Harga sesuatu filter juga bergantung pada jenama yang antara jenama yang memberikan impak yang bagus ialah B+W buatan German dan Hoya pula buatan Japan. Namun harganya juga boleh tahan bagus juga .

Hoya antara jenama yang boleh dipercayai

CPL Filter 72mm untuk lensa 18-200

Apa yang nak aku kongsikan sedikit pagi ni ialah kaitan filter dalam kehidupan kita seharian . Dunia hari ini semakin mencabar dan menggoda dengan pelbagai salah laku yang sering kita baca saban hari. Isu rasuah , kecurangan dalam rumahtangga, salah laku dan pelbagai lagi dah semacam menjadi budaya dalam hidup masyarakat hari ini yang membelakangkan pegangan agama hanya semata2 kerana nafsu .

Terdapat segelintir suami atau isteri yang curang ke atas pasangan masing2. Pekerja2 pula curang ke atas amanah yang diberikan tak kiralah peringkat atasan atau bawahan. Pemimpin2 juga samada yang berjawatan atau tidak pula curang ke atas golongan marhaen yang memilih mereka dan banyak lagi kalau nak dicatatkan satu persatu.

Semuanya bertitik tolak dari hati dan juga nafsu sebenarnya. Tu sebab jangan terperanjat kerana salah laku yang berlaku tidak mengenal insan samada yang beragama atau tidak, yang bersongkok atau sebaliknya dan juga yang telah menunaikan rukun ke 5 atau tidak.

Kenapa ia berlaku.

Kerana filter atau penapis di dalam hati kita sering "bocor" dan terpesona dengan bisikkan syaitan dan iblis . Kita tidak dapat "menapis" segala pujuk dan cumbu rayu nafsu agar melakukan perkara2 yang bertentangan .

Mengapa filter hati kita bocor.

Pelbagai sebab sebenarnya, antaranya kita terleka dan tak "cuci" setiap masa dengan cahaya keimanan dan cahaya ketakwaan . Sebenarnya hati kita mesti selalu dibajai setiap masa agar kita tidak terleka dan terlupa. Dari situlah, kita semacam membina "satu penapis" atau filter yang semakin kuat dan utuh dan sentiasa ingatkan dosa jika ada bisikan2 syaitan yg mengajak kita kepada kemungkaran .

Kalau berlaku kebocoron pada filter hati dan kehidupan, segeralah perbaikinya dengan cahaya keimanan dan ketakwaan kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Jangan biarkan filter kehidupan kita terus bocor dan akhirnya tidak dapat diperbaiki lagi kerana ketika itu saat "rumah kata pergi, kubur kata mari" telah berkumandang.

Daripada Anas bin Malik berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu."


Setelah itu, kita pastikan agar "filter" kita terus kukuh dan utuh agar tidak berlaku lagi kebocoran dan insyallah selamat kita dunia dan akhirat.

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari ku buat diri ku dan juga pembaca sekalian untuk kebaikan kita bersama .

Insyallah


foto yang tak seberapa dari hasilan ku
menggunakan filter CPL
tapi setting juga kena betul dan sesuai
tak boleh harapkankan filter sahaja

begitu juga dengan kehidupan kita
. . .


hasil yang menggunakan filter CPL
tapi setting juga kena betul



10 ulasan:

  1. Salam pak itam

    Ya benar sekali,dalam hidup ini kita sentiasa perlu ingat mengingati antara satu sama lain. Mudah-mudahan apa yang baik dapat dikongsi dan di panjangkan kepada yg lain begitu juga sebaliknya mudahan2 dapat dibendung.

    BalasPadam
  2. Salam Pak Rezeki...
    makin mantap ya foto2 nya.. kapan lagi mau outing sama2

    BalasPadam
  3. pak itam, banyak lagi gadget yang kpah perlu beli. Kalau dah gila gambar ni duit pun gila-gila keluar.

    bagus n3 pak itam. Staf yang dah berbelas tahun kerja telah menikam kpah dari belakang. Filter dah bolos dan perlu diganti..

    BalasPadam
  4. As Salam Pak Menakan,

    Teng kieu atas peringatan.. bila usia dah mencapai satu tahap macam cheq nie (4 series).. kenalah selalu bersihkan filter, p servis & gantikan mana2 part yg dah karat.. supaya ianya kukuh.. doakan anak menakan terus istiqamah arrr..

    pssttt, gambaq anak teruna dah kluaq.. fameslah dia pas nie.. tinggai gambaq pak anak truna, mak anak truna & kak anak truna menanti giliran.. heh heh

    BalasPadam
  5. salam pak itan,

    I like ..suka saya dengan penggunaan filter ni. Mudah dan jelas difahami..
    Sama2 istiqamah muga filter mngekalkan fungsinya. InsyaALLAH

    Bab pic memang saya tabik springlah degn kreativiti pak itam yang dikongsikan..Semua hebat2 dan menarik..rasa mcm dah ikut mngembara jer...boleh kan pak..tumpang "semangkuk" kat lens tu.

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam shami

    semoga memberi manafaat buat semua

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam bung nazir

    kapan jangan di sebut bung hehehe

    BalasPadam
  8. kak pah

    hehehe

    kalau ikut hati main kamera ni , mati kita kak pah hehehehe

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam anak menakan

    hehehe

    anaknya memang dah femes hehehe

    paknya dah tua2 ni tak payah le hehe

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam ain

    alhamdulillah

    sekadar coretan ringan yg mudah difahami

    foto bapak sekadar biasa2 je

    BalasPadam