WARGA SCP

Sabtu, Disember 03, 2011

AKU MASIH SETIA DI SINI

"GOLDEN HOUR"
hanya beberapa minit sahaja
sebelum ia melabuhkan tirainya


ALHAMDULILLAH

Tatkala sang matahari bakal menutup tirai siangnya,
aku sempat merakamkan saat2 indah di belakang pondok usang ku di tepi hutan.

Terus terang aku katakan yang aku sungguh gembira ketika berada di teratak usang ku di tepi hutan ini. Jika tidak, masakan aku betah tinggal di sini hampir 22 tahun . Hanya hujung minggu sahaja baru ku pulang ke pekan HC sedangkan hari2 lainnya aku menghabiskan sisa2 kehidupan ku sini.

Suasana kehijauan masih kelihatan di sini dengan udara yang segar lagi nyaman . Tiada hiruk pikuk kenderaan , tiada pencemaran . Namun segala keperluan asas semuanya tersedia berbanding 22 tahun yang lalu masa aku menjejakkan kaki ku ke sini .

Sesekali kelibat babi hutan yang tersesat mencari makan menghampiri pondok usang ku kerana berdekatan dengan hutan kecil dan paya . Jika dulu aku sering terserempak dengan lipan bara yang sebesar jari kaki , tapi kini tiada lagi .

Mungkin juga lipan tersebut telah berhijrah ke bandar2 besar mencari rezeki sedangkan aku masih terus setia di sini.

Sesekali hujan lebat yang turun menyebabkan dapur usang ku dibanjiri air melalui celahan atap yang telah usang dimakan usia, namun aku tetap setia di sini .

Terima kasih Allah kerana aku bisa lagi menatap keindahan alam semulajadi mu berbanding insan2 lain di kota2 batu .




4 ulasan:

  1. Salam Rezeki.
    Saya pernah ditanya seseorang kenapa masih bermotor pergi dan balik dan bila nak berpindah ke rumah yang lebih meriah? Jawapan saya ialah, "I'm just being myself!". Pernah ditahan security bila nak meeting di Bank Negara dgn orang penting sana....selepas mengetahui saya ada meeting dgn "siapa", saya diarahkan untuk meletakkan motor cabuk saya Honda Wave 125cc di parkir kereta VIP dengan diapit BMW dan Merc.....tapi saya terus ke parkir motor dan park dgn kawan2 despatch yang lain!!!

    BalasPadam
  2. Salam pak itam

    Biar sejauh mana pun kita pergi, sehebat manapun hidup yang kita kecapi, biarlah diri kita sentiasa dibawah petunjuk dan hidayah dariNya, supaya kita tidak lupa akan siapa diri kita di sisiNya,

    suatu waktu dulu adalah siapa kita hari ini...mudah-mudahan kita semua sentiasa dlm perlindunganNya

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam uncle

    tak jadi kudis jika "kita memandang ke bawah dan tidak mendongak ke atas" kerana itu lebih baik

    kita tahu asal usul kita dan tak leka serta bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan

    tapi hakikatnya manusia sekarang suka memandang luaran ,

    psss saya pun tak segan bawak ke hulu ke hilir proton cabuk berumur 20 tahun lebih dah yang dah bertampal2 dgn selotape hehehe

    apa org nak kata, katalah hehehe

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam shami

    asal tanah , ke tanah juga kita kembali

    BalasPadam