WARGA SCP

Khamis, Disember 15, 2011

KOTA SINGA PART 2 : AMBILLAH YANG BAIK SEBAGAI PEDOMAN

ALHAMDULILLAH

Banyak yang negara kita serta rakyat kita sebenarnya boleh mempelajari dari Singapura. Bukan niat ku untuk mengagong-agongkan negara lain dari negara tempat tumpah darah ku sendiri. Tapi tidak salah jika kita mengambil sesuatu yang baik sebagai contoh manakala yang tak baik kita jadikan sempadan .

Macam baru2 ni ketika membaca di sebuah kolum akhbar harian , disuarakan di situ keluhan pengguna jalanraya di Lembah Klang atau lebih tepat lagi di KL yang rata2 mengeluh keadaan jalanraya yang tidak mencapai tahap seperti sebuah bandaraya kerana lubang sana, lubang sini, korek sana, timbus sini .

Tu belum lagi hari ni baru siap tar jalan , esok dah ada pulak yang korek sana sini nak tanam tak apa2 yang macam pihak berwajib takda perancangan langsung .

Rasanya kat mana2 tempat kita ni masalahnya tetap sama , cuma nampaknya kritikal di bandar2 besar seperti KL , JB .

Tangs Orchard Road
kalau sapa minat ,
set pinggan Correle murah 100-200 dari di KL

persimpangan Scott Road dgn Orchard Road
di mana terletakknya Masjid Al Falah

Lalu penulis kolum tersebut menyarankan agar kita mengambil contoh keadaan jalanraya di kota Bangkok atau Jakarta kerana katanya kalau nak bandingkan dengan di Singapura adalah terlalu sukar bak langit dengan bumi.

Itu kita mesti mengakuinya kerana tanyalah secara jujur rata2 pemandu di KL, apa pendapat mereka tentang jalanraya di KL.

Tu sebab aku boleh bagi A+++++ pada kondisi jalan di singapura ni tak kira ceruk mana sekali pun . Tadke la aku bawa motor roda tiga asyik nak terbrek dan mengelak lubang je berbanding kat negara sendiri . Kekadang terpikir juga, tak kasihankah mereka kepada penunggang motosikal ni yang kerap terbabit dalam kemalangan akibat keadaan jalan yang sebegitu.


SLE means Seletar Express Way
salah satu highway percuma dari kebanyakkan highway di sini

Kesempatan yang Allah kurniakan pada ku untuk mengembara di muka bumi ini menunjukkan banyak sebenarnya yang kita perlu pelajari dan perbaiki untuk kesejahteraan rakyat sebenarnya.

Kesempatan ku dulu berkunjung di Afrika Selatan suatu masa dulu menunjukkan jalanraya di sana lebih baik kualitinya tak kira di pendalaman sekali pun berbanding negara kita sedangkan Afrika Selatan suatu masa dulu merupakan negara Dunia ke 3 berbanding kita yang nak menuju taraf negara maju.




Penjaja ais cream di kaki lima Orchard Road

Apabila disuarakan, banyak sangat alasan yang diberikan kenapa kita tak boleh sampai ke tahap itu . Kekadang timbul pula cakap2 yang:

"Singapura kecil je "

Tapi KL pun bukan sebesar mana pun. Rasanya masalah rakyat ni dah berlarutan dan macam takda kesudahan .

Tentu juga timbul cakap2 yang keadaan jalan kita seperti lebuhraya baik dan bertaraf dunia , tapi kalau nak bandingkan dengan negara lain, jalan biasanya je dah sama taraf dengan lebuhraya kita .

Tapi ada juga lebuhraya tol berbayar kita yang teruk dan tak mencapai tahap lebuhraya pada ku macam lebuhraya ............. yang tak rata dan banyak sangat yang pecah dan berlubang di sana sini walaupun baru saja dibuka tak berapa bulan hinggakan laporan audit negara baru2 ini ada membangkitkan tentang perkara tersebut akibat pembuatannya yang tidak menepati spesifikasi dan turapannya pula tidak mencukupi ketebalan yang sepatutnya.

Kenapa berlaku begitu, bak kata Nabil Raja Lawak "Lu Pikir La Sendiri" hehehe

Kenapa berlaku sedemikian sedangkan pengguna yang menggunakannya perlu membayar harga yang tinggi, tapi tak setimpal sedangkan lebuhraya di Singapura pula percuma dan tiada tol . Yang perlu dibayar hanya ERP bagi zon2 tertentu ketika waktu2 puncak sahaja bagi mengelakkan kesesakan.

Macam aku cakap tadi, sesuatu yang baik perlu kita ambil dan pelajari demi kesejahteraan rakyat kita .Tak kiralah dari pihak mana sekali pun pemimpin2 tersebut berada samada pihak kerajaan atau pembangkang, tapi janganlah asyik berpolitik sahaja siang malam sehinggakan keperluan dan kesejahteraan rakyat diabaikan kerana apabila di akhirat kelak , golongan ini dahulu akan dipersoalkan nanti .

Memetik sepotong ayat Al Quran dari surah
Surah al-A'raf, ayat 129 :

Firman Allah bermaksud:

"Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah di atas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan."

Disokong oleh hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apa yang dipimpinnya."

Paragon Shopping Compleks


ERP 0.50 sen bila memasuki Orchard Road waktu puncak
untuk mengelakkan kesesakkan
jadi yang nak berjimat tak perlu masuk ke sini

Janganlah salah faham pula akan bebelan ku di sini kerana aku menegur kerana sayangkan negara ku dan aku juga mahu melihat negara ku mencapai tahap kemajuan dari segala segi dan bukan hanya ditakuk lama .

OK, aku tinggalkan cerita dan senerio di atas . Biarlah mereka sebagai pemimpin memikirkan kerana aku hanya seorang pemimpin rumahtangga sahaja yang tentu akan dipersoalkan juga kelak bila tiba hari pembalasan kelak.

Tengahari ni kami sempat meronda2 di Takashimaya , nak kata shopping sakan takde la, tapi adalah 2-3 barang yang berkenan di hati mak itam yang tiada di negara kita dan setelah "diconvert" dengan RM masih berbaloi untuk membelinya . Lagi pun discount dalam 20-30 % juga dari rega asal kerana "krismas sale".Aku pula hanya cuci2 mata je , bak kata orang "window shopping" kerana aku lebih leka melayan dslr merakamkan persekitaran Orchard Road .

Puas di Takasyimaya, lantas ke Tangs dan Isetan pula diseberang jalan . Nasib baik Isetan, kalau Al Syaitan hehehehe

tak mau bapak masuk,
bahayaaaaaaaaaaaaaaaaa hehehe

10 ulasan:

  1. Satu ulasan yang menguji minda untuk berfikir dengan berhemah apa yang patut dituruti dan apa yang tidak walaupun saya sendiri tidak berminat langsung dengan mereka. Tapi yang pasti, apa yang baik wajar dijadikan contoh!

    BalasPadam
  2. betul lah kata pepatah,jauh berjalan luas pandangan,terbuka minda dan yg lbh utama,kita mengagumi kebesaran ALLAH...

    BalasPadam
  3. Salam pak itam...

    Bila berbicara bab lebuhraya...saya akui benar semua tu..sebab saya berada dalam dunia kerjaya yang macam tu...mungkinkah pengurusan dan prosedur yg dibuat terlalu menekan sebelah pihak sahaja. Rata2 kerja2 lebuhraya disub kepada kontraktor kecil..segala risiko diletakkan atas batu jemala mereka, lebih2 lagi hal kewangan...bayaran yg diterima amatlah lambat...
    bayaran utk tahun lepas, baru dapt tahun ni...itupun telah digores sana sini...heheh
    sehingga kadang2 terpaksa memajak kobun2 getah atau menjual ladang2 ternakan lembu hatta mau meneruskan kerja hehehh ...yg mana kalu gagal ganjarannya ditamatkan kontrak serta disenarai hitam serta merta...nak meminjam bank nanti dikejar pihak bank pulak hehehe nampak macam menyalahkan sebelah pihak tapi kenyataaan...
    semua tu perlu diubah..yg besar patut meringankan yg kecil...biar seimbang...smua pihak inginkan yang terbaik..namun pihak yg berkuasa perlulah menimbang sebaik mungkin...
    kekadang pegawai2 pemantau pun tak berapa nak bijak...hehehe sebab harapkan gaji bulan..itupun kekdang
    kontraktor2 nilah yg tolong bayar duit sekolah anak...Allahuakbar...
    macam2 hal...itulah sebahagian catatan pengalaman yg saya telah lalui..dan berlaku di depan mata...suatu perubahan perlu dibuat agar rakyat negara ni mempunyai nilai2 hidup yg murni dan menepati redha Allah...demi kesejahteraan semua...baik kepada pemimpin dan yg dipimpin..semua kena main peranan tidak boleh serahkan semua hal untuk diselesaikan oleh sebelah pihak saja...sebaliknya semua pihak perlu bangun dan harmonikan masyarakat dan negara. Masing2 menunaikan tugas yang diamanahkan dengan baik...insyallah akan berubah..
    maaf pak itam panjang lak menulis..

    BalasPadam
  4. As salam Pak Itam,

    Kak Ina di sini....ingat lagi? Lama sungguh tak meninggalkan jejak, rindu plak rasanya. Kat Melaka nie, alhamdullillah keadaan jalan bolehla dipuji...tar sampai depan pintu rumah. Tp masih ada ruang utk diperbaiki.

    BalasPadam
  5. uncle

    betul tu, sesuatu yang baik boleh kita ambil dan pelajari sementara yg tak baik dan negatif pula perlu kita hindari

    itulah proses perjalanan sebuah kehidupan sebenarnya

    BalasPadam
  6. kamsiah

    selamat datang ke SCP dan terima kasih

    sejauh mana pun kita melangkah , semuanya atas kehendak Allah dan Dia yang mengaturkan dari a sampai z,

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam shami

    hehehe

    jika masing2 tahu tanggungjawab masing2 dan semua berpaksikan kepada agama , insyallah semua urusan akan berjalan dengan baik

    moga kita semua semua sentiasa melakukan sesuatu berlandaskan prinsip agama

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam kak ina

    alhamdulillah

    moga negara kita terus kekal aman dan damai mencapai kemajuan seperti yang diharapkan

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam saifudin

    terima kasih sudi jenguk bapak di sini

    sedikit perkongsian yang tak seberapa

    alhamdulillah

    BalasPadam
  10. Aduh penat nya nak tunggu tuan blog masuk cerita TIPs berjalan di Spore. Dah 2 entry masih cerita benda yg sama. Comparison spore n msia.

    BalasPadam