pilihan aku menginap di Bumbung Room
kerana aku nak menikmati permandangan indah dari atas
nasib baik takda Atap Room
Siap ada bekas basuh kaki
mcm zaman atuk-atuk kita dulu sebelum masuk rumah
kerana aku nak menikmati permandangan indah dari atas
nasib baik takda Atap Room
Siap ada bekas basuh kaki
mcm zaman atuk-atuk kita dulu sebelum masuk rumah
ALHAMDULILLAH
Itulah motto TJR. Begitulah juga cara mereka menguruskan resort ini yang dimiliki sepenuhnya oleh YTL yang terletak di Tanjung Jara dalam daerah Dungun. 2 hari sebelum kami sampai ke sini, pihak resort telah menelefon kami dan mengalu-alukan ketibaan kami nanti .
Setibanya kami di perkarangan resort disambut dengan pukulan gong besar seperti pahlawan melayu zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu dan semua urusan bagasi diuruskan oleh mereka . Di sambut oleh seorang pegawai perkhidmatan pelanggannya dengan sepucuk surat rasmi yang diserahkan pada ku dari pihak pengurusan sebagai mukadimmah .
Aku ingat surat apa hehehe
UNMISTAKABLY MALAY

Rupanya surat ucapan selamat datang dan tanda terimakasih kerana memilih TJR sebagai tempat percutian

Jadi dari situ "first impression" ialah kedatangan kami dialu-alukan dan pasti seronok berada di situ. "Welcome drink" serta tuala panas menanti kami sambil urusan check in semua diuruskan oleh pihak mereka tanpa aku perlu ke "reception".
Sebelum tu kuda tunggangan ku dah ikat kat tepi pokok.
Kami dihantar sendiri oleh seorang pegawai perkhidmatan pelanggan ke penginapan kami sambil diserahkan lampiran aktiviti petang nanti yang boleh kami sertai yang dianjurkan oleh pihak resort kepada para tetamu di Kampung Village.
memang luas kerana lebih kurang
55 kaki persegi Bumbung Room ni
55 kaki persegi Bumbung Room ni
Five Star Diamond Award The American Academy of Hospitality Sciences 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 & 2007. Itu antara pencapaian gemilang yang dicapai oleh TJR yang pasti menjanjikan pengalaman indah buat kami di sini nanti.
Tidak dapat disangsikan akan akan anugerah yang mereka terima kerana sebelum datang lagi hingga hari kami pulang, memang layanan mereka tip top dan sukar dinafikan .Nanti aku akan ceritakan cara mereka melayani dan menghargai tetamu TJR.
Semua penginapannya diperbuat dari kayu menyerupai perkampungan melayu di dalam sebuah kawasan istana dengan empat pilihan penginapan dari Anjung Suite, Anjung Room, Serambi Room dan Bumbung Room. Nasib baik takda Atap Room . Rasanya semua sekali ada lebih kurang 100 bilik penginapan yang terletak di sepanjang pantai Tanjung Jara kerana semuanya mengadap ke laut .
dedulu kekecik mandi dalam besen
ni bathtub punya besar gedabak
ni bathtub punya besar gedabak

pandangan dari penginapan
Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak TJR kepada tetamu seperti Snorkelling or Diving in Tenggol Island , Jara Walk with the Resort Naturalist, Cooking Class with Chef Ann, Chemerung Waterfall Excursion with Picnic Lunch , Eco-adventure Marang River Cruise , Guided Bicycle Tour, Batik Painting , Golf dan Traditional Handicraft Tour.
Kebiasaannya aktiviti-aktivitinya pasti disertai oleh pelancong asing a.k.a "mat salleh dan minah salleh" yang menginap di sini yang ada yang sampai 3 hingga 4 minggu terutama golongan yang telah berusia dan menghabiskan masa usia emas dengan wang persaraan mereka dengan melancong .