WARGA SCP

Jumaat, Februari 03, 2012

TETAMU TAK DIUNDANG

ALHAMDULILLAH

Kalau ada butang ni kat rumah kan seronok, jadi bila kita tidak bersedia menerima tetamu, maka kita tekankan je suis sebelah kiri tu . Jadi sesiapa yang kita tak kenal pasti teragak2 nak tekan loceng kat pintu pagar , lepas tu kalau rumah bersepah je, tekan pula loceng sebelah kanan, dah ada pembantu datang tolong kemaskan hehehe

Tapi rumah aku kat tepi hutan ni mana ada pagar , kira terbuka kepada sesiapa dan lagi satu kami memang takda pembantu rumah , jadi ada loceng tu pun tak berfungsi hehehe

Lepas tekan loceng tu, kemudian sendiri datang dan sendiri kemas hahaha

Apa yang aku nak kongsikan untuk bahan hari ini ialah tentang ibu ku yang tinggal berdua dengan penjaganya a.k.a pembantu rumah di kampung.

Semalam lepas pembantu rumah mak aku mandikan ibu ku lalu tengah nak keringkan rambutnya di atas kerusi roda , tetiba terjonggol sorang anak dara dengan seorg wanita dengan anak kecil yang katanya ibunya kat kerusi luar beranda rumah.

Kira dia masuk dalam kawasan rumah yg berpagar tanpa diundang. Katanya nak cari rumah rumah Jamilah . Dalam pada tu wanita yg berumur tu nak tumpang bilik air dengan anak kecilnya lalu anak dara yg tak diundang tu pula menemankan ibu ku yg berada atas kerusi roda.

Dengan perasaan belas ibu ku yang sudah tua yang melihat seorang muslim yang nak tumpang bilik air , dia membenarkan lalu ditemankan oleh pembantu rumah sementara anak dara keparat tu menemankan ibu ku di beranda .

Tak semena2 disorong ibu ku masuk ke dalam tanpa disuruh,
ibu ku bertanya,

"nak buat apa sorong makcik"

Kemudian melalui sms yg dihantar oleh anak dara keparat tu, tetiba muncul lagi 2 orang lelaki pula berparang lalu mengancam nyawa pembantu rumah ibu ku .

Pasti smsnya berbunyi "line clear"

Dalam kekecohan , sedikit berlaku pergelutan antara pembantu rumah menyebabkan luka2 juga namun mereka terus meninggalkan rumah setelah gelang tangan di tangan ibu ku diragut serta gelang tangan pembantu rumah juga.

Alhamdulillah
Allah melindungi ibu ku dan pembantu rumah dari ditetak dengan parang.

Tapi yang aku tak sangka penjenayah yg terlibat ialah sorang anak dara, sorang wanita yg berumur serta anak kecil dan dua orang lelaki yang sedia menunggu dalam kereta dan masuk apabila menerima isyarat sms dari anak dara keparat tu.

Kita kena redha kerana semua tu ujian dari Allah dan masuk ni dah 3 kali ibu ku mengalaminya dengan modus operandi yang hampir serupa. Aku pesan kat dia agar pastikan pintu pagar kecil tu sentiasa dimangga dan kita berdoa pada Allah .

Insyallah
hanya kepada Allah aku memohon dan Allah Maha Mendengar akan permintaan hambaNya yang teraniaya.

Semoga dengan izin Allah, penjenayah keparat tu tertangkap sebelum dia bermaharajalela di kampung yang pastinya ramai orang2 yang sudah tua menjadi mangsanya dan sebelum ada yang mengalami kecederaan dan dikhuatiri berlaku pembunuhan.

YA ALLAH
KAU PELIHARALAH KAMI SEMUA DARI SEBARANG MALAPETAKA DAN BENCANA SERTA MUSIBAH

YA ALLAH
KAU TUHAN MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA

AMIN

18 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Semoga Bonda tuan sentiasa di bawah peliharaan Allah s.w.t. Ameen.
    Sangat2 terdesak mereka2 itu...sanggup melakuka apa sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      ibu selamat cuma terperanjat, bibik je ada kesan luka2 kecil

      Padam
  2. Innalillahiwainnailaihiroji'un. Apapun alhamdullillah ibu pak itam & pembantu rumah selamat tiada kecederaan atau yg lebih teruk lagi. Teringat ibu di Puchong yang tinggal berseorangan. Betul kata Mieza, puak2 nie kalau terdesak sanggup melakukan apa saja. Tak tahu apa nk jadi dh dunia nie. Mungkin saranan berbaik sangka tidak lg relevan. Jika ada yg kemalangan di j/raya minta tolong pun kita terpaksa berburuk sangka. Hanya kpd Allah Ya Salam, Ya Mukmin, Ya Muhaimin kita mohon perlindungan

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sekarang ni kena berhati2
      hanya kepada Allah je kita berserah dan bertawakkal, tapi Allah suruh kita berwaspada dahulu ,

      moga kita semua sentiasa dlm perlindungannya

      Padam
  3. Assalammualaikum Pak Itam..!

    terkejut dengar berita ni..
    kesian ibu dan pembantu rumah Pak Itam..

    mmg melampau betul lah manusia skrg ni... kerana desakan hidup.. tak kira keadaan dan siapa.. org tua yg tak berdaya pun boleh jadi mangsa..

    harap2 cepatlah depa2 semua tu tertangkap ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      terkejut org tua tu diperlakukan sedemikian

      semalam ramai polis dtg buat siasatan

      Padam
  4. Astaghfirullah hal'azim... tetap syukur mak dan bibik selamat Pak Itam. Tempat kakak nie satu perempuan jual keropok (bertudung lagi) lebih kurang sama nak tumpang kencing. Si anak kawan kakak ni dok bagi, masuk dalam rumah tak ada org dewasa sebab Sabtu mak-ayahnya kerja half-day. Siap di suruh budak tu tutup pintu, habis barang kemas, laptop, handset sampai duit tabung pun dikebas....

    Tempat kita ni semakin lama semakin teruk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka ni ambil kesempatan diatas kebaikan orang lain. Mesti mak dan bibik tu trauma. Nasib baiklah tak diapa-apakan..

      Padam
    2. kak zakie

      sekrg ni mcm2 taktik mereka ni
      mana2 kejadian ini berlaku hingga ada yang dibunuhnya

      dunia semakin menuju kehancuran

      Padam
    3. kak pah

      mana tak terperanjat org tua, dahlah keadaannya mcm tu tak berdaya

      bibik ada luka2 psl parang diacu dileher

      Padam
  5. Aduhhhhh.. Meremang FM dgr. Abah n mak FM pon tak sihat mana lagi. Alhamdulillah bonda bapak tak di apa2 kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      moga kita semua dihindarkan dari perkara sedemikian

      Padam
  6. Alhamdulillah bonda & pembantu tu selamat...kena hati2...tak boleh percaya dgn org nak tumpang buang air bagai...suruh dia buang jer kat tepi hutan tu...dulu kat tmn akak ni pun ada kes hampir sama modus operandinya...tumpang bilik air!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah byk kali pesan, kalau org dtg tanya apa2 yg kita tak kenali, jangan keluar , biarlah org kata kita sombong krn kejadian ni dah 3 kali berlaku .

      sekali dulu ada cina dtg kata haus nak air,krn kasihan diambilkan mak air segelas hulur lalu direntap rantai kat keher terus pecut dgn motor

      Padam
  7. salam

    syukur tak diapa-apakan,,,moga penjenayah tu cepat di tangkap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalm

      alhamdulillah

      hanya Allah yg akan membalasnya buat mereka ni, kalau tak dunia, akhirat pasti mendapat pembalasan

      Padam
  8. bila taktik durjana berasaskan belas kasihan. dunia ni nak buat baik pun kena hati2 kerana muslihat si penipu. dah lah merai simpati orang kemudian takde hati perut, target mereka yg tua dan lemah. namun Allah maha Adil. semuga dipelihara ibubapa kita dan keluarga kita dari tipu muslihat durjana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dunia hari ini semakin ramai yg tak berhati perut

      Padam