WARGA SCP

Khamis, Februari 02, 2012

TG. SEDILI

ALHAMDULILLAH

Tg. Sedili, itulah destinasi ku dalam program ku dalam segmen jalan-jalan. Sebuah perkampungan lama tradisional dan perkampungan nelayan yang terletak lebih kurang 30 KM dari bandar HC. Ia terletak dalam mukim Sedili . Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Kiranya ketika foto2 ini dirakamkan, ia di sebelah Sedili Kecil sementara Sedili Besar terletak di seberangnya.




Jika dahulu, penduduk yang hendak ke Sedili Besar terpaksa menggunakan bot penambang yang tambangnya dalam 50 sen, kini dah hampir setahun lebih, semenjak pembinaan jambatan merentanginya, bot2 penambang semua telah mulai dilupakan dan akhirnya hilang begitu sahaja kerana arus permodenan. Semuanya tinggal kenangan.

Kalau dulu guru2 yang berkhidmat di SK Sedili Besar perlu menyabung nyawa bila tiba musim hujan dan musim tengkujuh utk ke sekolah, tapi kini tidak lagi. Kini mereka tidak lagi mendapat elaun kritikal sebanyak RM500.00 sebulan kerana kemudahan jambatan dan jalanraya telah tersedia.

Pembinaan jambatan ini telah memendekkan jarak perjalanan hampir 80 km juga kerana jika tiada jambatan tersebut, kenderaan yang hendak ke Sedili Besar perlu ke Sg. Ara dahulu lalu melalui Felda Tenggaroh 1,2,3,4,5,6 dan Tenggaroh Selatan hanya untuk ke Sedili Besar jika menaiki kereta.

Jambatan Mohd Lazim



Sebuah pekan kecil yang jauh dari arus pembangunan, namun aman dan tenteram dengan deretan bot2 pukat tunda laut dalam yang menangkap ikan sekitar laut China Selatan dan semuanya tersadai dan berhenti ke laut apabila tiba musim tengkujuh seperti sekarang ni.Kebanyakkan ikan2 di sini dihantar ke JB dan juga Singapura dan sungguh segar .

Aku pernah merasai suasana di sebuah pengkalannya di sini beberapa tahun lalu ketika menanti kepulangan bot ini yang biasanya akan keluar selama seminggu dua sebelum pulang ke pengkalan dengan deretan puluhan tong2 biru yang penuhi ikan2 segar yang telah disejukkan sementara bot pulang ke pengkalan nanti.

Di persekitaran perkampungan di Sedili ini juga, kita bisa ketemu dengan masyarakat kaum orang asli yang antara kerja mereka ialah menangkap hasil laut secara tradisional dan juga membuat atap2 dari daun nipah kerana aku pernah berurusan dengan salah sorang dari mereka bila salah sebuah sekolah sebagai pelanggan ku mengkehendaki atap nipah dengan jumlah yang banyak bagi tujuan pembinaan rumah cendawan mereka .




penghujung jalan di perkampungan ini
inilah pusat bandar pekan Sedili yang masih mengekalkan
kedai2 usang kayu

14 ulasan:

  1. Salam, lama tak tengok laut.. nampak dalam bentuk gambar pun ok la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam salam che mid

      saya selang dua hari lihat laut hehehe

      Padam
  2. cantiknya! terimakasih kerana mengenalkan saya pada tempat sebegini, dekat pulak tu. boleh lah saya sekeluarga mampir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semalam dlm metro yg mati lemas 12 org pendatang asing tu kat area situlah

      Padam
  3. He..he...
    Tak agak-agak Tuan Tanah tulis;
    HC- High Castle(^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehehe

      cepat madam yana tangkap maksud singkatan HC hahaha

      Padam
  4. Salam.. Boleh bagi info untuk orang yg jual atap nipah tu tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      no. hp nya bapak tak simpan, yg bapak ingat namanya Amy dan rumahnya sebelum sampai pekan sedili , kalau dari jb sebelah kiri kira deretan perkampungan org asli dekat area sebelum Gembut, Tg Sedili

      Padam
  5. salam.

    tiang jambatan tu adalah lokasi memancing yang terbaik menurut kata seorang kawan, tetapi tambang yang dikenakan untuk ke sana amat tak masuk akal.

    keropok lekor yang dijual di kedai hujung menuju ke jeti mempunyai rasa yang tersendiri.

    sekian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      mungkin dia tgk org luar, tu yg dia letak harga tinggi hehehe
      atau pun dia kira sekali dengan harga kena tunggu semasa memancing kat situ

      Padam
  6. saya rasa org asli hanya di kg ulu selangi sahaja.. selepas daripada kawasan itu, bkn lah terdiri daripada org asli.. jgn smpai silap fakta.. marah org sedili bila dgr bnda camni.. just sharing ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nisaa

      rasanya tak silap fakta pasal Nissa tak baca habis.

      Bapak hanya menulis "Di persekitaran perkampungan di Sedili ini juga, kita bisa ketemu dengan masyarakat kaum orang asli ......."

      Perkataan persekitaran itu sendiri membawa konteks yang lebih luas dan besar hehehe

      Terima kasih krn sudi menyinggah kat SCP

      Padam
  7. saya sejak lahir duduk sedili..pembetulan fakta..gambar bot tu diambil dari pekan tanjung sedili, bukan di sedili kecil..nelayan di kg sedili kecil hanyalah nelayan pinggir pantai..guru di sk sedili besar tidak pernah dapat elaun pedalaman (elaun kritikal hanya untuk guru yg mengajar subjek kejuruteraan).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rifana

      elaun kritikal bukan hanya diterima oleh guru yang mengajar subjek kritikal seperti contohnya Bah Inggeris , kejuteraan dll, tapi elaun krikital juga diterima oleh guru yang menghadapi kesukaran utk ke tempat bertugas yg dipecahkab kepada 3 kategori

      P1=RM 500
      P2=RM 1000
      P3=RM 1500

      biasanya kalau disemenanjung ni, kebanyakkan elaun kritikal a.k.a elaun hidup susah dalam kategori P1 seperti yang dinikmati oleh guru si SK Tg Surat, SK Sempang dan dulu SK Sedili Besar sebelum adanya jambatan.

      Bapakkan dulu guru beso sekolah malam , tu yang bapak tahu hehehe

      yup , foto tu dari pekan tg sedili , rasanya pekan tg sedili ni jugak adalah disebelah bahagian Sedili kecil ,

      Padam